REZEKI HARI RAYA KALI NI LEBIH MERIAH

REZEKI HARI RAYA KALI NI LEBIH MERIAH | Alhamdulillah untuk rezeki tahun ni, dapat hamper dari hotel-hotel yang umi pernah bekerjasama dengan mereka.Sangat bersyukur atas rezeki yang umi dapat tahun ni.

Yelah, mungkin mereka berterima kasih kerana umi kerja umi dalam membantu mereka mempromosikan hotel mereka dengan kehadiran umi sebagai blogger.Jadi tahun ni bertambahlah kuih raya kat rumah ni.Ikutkan sayang nak sediakan untuk mereka yang datang sebagai tamu, tetapi rezeki tu kan untuk dikongsi bersama.

Lama bebeno kan tak update pasal blog, pasal makan-makan dan sebagainya.Serius tak boleh nak menghadap blog selalu sepanjang bulan puasa ni.Ini pun sebab umi nak mengabadikan kenangan pemberi hamper kat blog tersayang.Yelah, blog nilah punca pendapatan umi.Jadi kenalah sebaik mungkin jaga reputasi blog kan.EH gitu..Tapi datang malas, takde masa, memang terabailah blog ni kan.

Antara hamper yang umi dapat pada tahun ini ialah dari Pulai Springs Resort, GBW Hotel, Opero Hotel dan juga Hotel Holiday Inn JBCC.

Terima kasih GBW Hotel
Terima kasih Pulai Springs Resort
Terima kasih Holiday Inn JBCC Hotel
Terima Kasih Opero Hotel

Semoga lepas ni mereka berterusanlah untuk berkolaborasi dengan blogger-blogger Johor yang lain.Terima kasih kerana mempercayai kami sebagai blogger.Gituuu

 

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.