REWARD DIRI DENGAN KAIN NORWEX, BERBALOI KE BELI?

REWARD DIRI DENGAN KAIN NORWEX, BERBALOI KE BELI?

REWARD DIRI DENGAN KAIN NORWEX, BERBALOI KE BELI? | Beli dah lama tapi baru ni nak cerita pasal kain lap kayangan ni.

Kain buruk kayangan Norwex ni dah lama viral.Masa mula-mula tengok kawan-kawan umi cerita pasal kain norwex ni, macam teruja pulak.Yelah, bila tengok review tu kemain bersih bersinar-sinar.Nak cuci tempat yang susah nak hilang pun bukan main mudah guna kain norwex ni.

Of course umi teruja, tapi masa tu takdelah nak membeli.Bila tengok harga tu bukan kemain kayangan lagi.Jadi umi lupakan seketika untuk dapatkan kain Norwex ni.Sampailah satu hari ni, sajalah umi tengok dekat Shopee kain-kain norwex tu.Macam teringin nak dapatkan satu.

Teringinlah nak merasa walau sehelai je pun dah ok.Jadi masa bonus Mommyhappy masuk bulan tu, umi pun sambarlah dua kain iaitu Norwex kitchen cloth dengan Norwex counter cloth.

Maaf sesangat kat ejen Norwex ni sebab beli kat Shopee.Sebab umi ni tak mampu nak beli set.Jadilah beli satu untuk mencuba kan.

REWARD DIRI DENGAN KAIN NORWEX, BERBALOI KE BELI?
Umi beli di Shoee siap dapat free gift sabun.And beli extra sabun untuk kain norwex

So, dengan penuh kesabaran umi menunggu kain norwes tu sampai.Tak sabar nak betul nak mencuba.Memang teringin nak pakai Norwex Envirowand Enviro Wand Full Set with holder tu.Tapi tunggulah kumpul dulu..hahaha..

Kita guna jelah mana yang ada kan? Yang penting kat dapur tu bersih pada pandangan umi.Kenapa orang nak sangat guna kain Norwex ni.Korang boleh baca 10 kelebihan kain Norwex yang umi baca di entry blogger Kak Azni ni.

10 KELEBIHAN KAIN NORWEX YANG PERLU KORANG TAHU

#1 ANTI BAKTERIA

Produk Norwex ni adalah ianya anti bakteria

  • Kualiti mikrofiber yang luar biasa mengambil zarah dan organisma terkecil ketika basah, termasuk kuman, yang kemudian dibilas sewaktu membilas kain
  • Lining silber dalam tenunan kain menghalang pembiakan bakteria yang menghasilkan bau busuk

#2 MESRA ALAM

Kain Norwex ni sebenarnya membersihkan lebih baik daripada alternatif.Anak-anak pun selamat menggunakannya kerana ia bebas kimia

#3 KMIA VS MEKANIKAL

Ianya adalah pembersihan kimia vs mekanikal.Produk Norwex bebas daripada bahan kimia yang berbahaya, namun anda boleh menggunakannya dengna hanya air untuk keberkesanan maksimum.Bolehlah jimat duit korang membelia cleaning solution

#4 FIZIKAL MIKROFIBER DAN AIR

Norwex hanya menggunakan fizikal mikrfiber dan air sahaja untuk membersihkan sebarang permukaan dengan mudah dan menyeluruh,

#5 MURAH DALAM JANGKA MASA PANJANG

Norwex ni kalau ikutkan sebenarnya murah dalam jangka masa panjang.Investment permulaan yang akan jimatkan wang ada jangka panjang.

#6 RINGKAS DAN MUDAH

Norwex menjadikan pembersihan ringkas dan mudah.Jimat masa tak perlu nak menyental teruk-teruk dan sangat mudah nak gunakan.Jadi jimat masa umi

#7 BACKLOCK

Norwex mengandungi Backlock atau Bakteria Lock yang berkemampuan untuk membersih dengan sendiri dalam tempoh 24 jam apabila basah.Drastik mengurangkan bau kulapuk, fungus dan bakteria.Menjadikan kain lap ini bersedia untuk digunakan berulang kali tanpa perlu kerap dicuci.

#8 SERAPAN YANG HEBAT

Norwex mempunyai kuasa serapan yang hebat.Kalau nak lap pinggan atau  bath towel pun memang cepat dan senang.

#9 MUDAH DICUCI DAN DIJAGA

Norwex tak perlu masuk ke dlam washing machine.Cuma perlu air panas dan sedikit UPP untuk keluarkan kotoran degil.

#10 WARANTY 2 TAHUN

Sekiranya kurang daya serapan ktia boleh tukar semula kain tersebut.Wow!!

Sebab tu korang kena beli dengan ejen-ejen terpilih diseluruh Malaysia ni.Jangan ikut umi ek.

 

REWARD DIRI DENGAN KAIN NORWEX, BERBALOI KE BELI?
Kemain tergantung ek kain kayangan ni.

Insyallah ada rezeki bonus tinggi lagi umi belanja diri umi benda lain pulak.yang pastinya haruslah gadget yang memudahkan kerja umi di rumah.Sebelum ni babah dan reward untuk umi Air Fyer dan juga Pressure Cooker.Lepas ni umi nak cari Periuk batu pulak.

So, apa kata korang, reward diri dengan kain norwex berbaloi ke beli ? Bagi umi tak salahkan kalau nak reward diri dengan hasil usaha kita.Yang penting tak menyusahkan diri sendiri dan orang lain.Masa membersihkan buat umi happy..hah gituuuu

 

 

Loading

1 Comment

  1. Aku paling suka kain counter cloth dia.. best gilerrrr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *