Star Hadramout yang menyediakan makanan arab Yaman Asli terletak di Jalan Wadi Hana Johor Bahru.Menyediakan menu makanan arab seperti kombinasi nasi arab dengan ayam dan daging yang dimasak dengan rempah asli dari Yaman dan dessert seperti baklava dan Kunafa serta lain-lain lagi,
Dulu umi pernah juga makan di salah sebuah restoran nasi arab di Johor ni, tetapi kali ni umi mencuba makanan arab Yaman Asli yang penuh dengan resepi rahsia di dalam masakannya.
Pertama kali ke Restoran Star Hadramout yang terletak di bandar Johor Bahru ni, umi cukup kagum dengan design restoran dan juga cara layanan mereka yang umi rasa sangat berbaloi untuk korang datang dan makan disini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Masa umi datang tu, umi bersama dengan rakan JDT Blogger, kami sepakat memang nak mencuba makanan arab Yaman asli ni.Jadi kami masuk dan minta suggestion dari staff disitu untuk rekemen pada kami menu apa yang kami boleh order untuk kami berenam.
Antara menu yang kami makan malam tu ialah,Menu mixed family set dimana ianya ada 3 jenis nasi arab didalam dulang dihidangkan bersama ayam dan juga daging kambing yang lembut.Ada juga sos dan sup disertakan juga.
Kemudian kami memilih Muluwah yang bersaiz L.Ingatkan makan 6 orang boleh habis, rupanya tidak ye sebab dia lebih besar dari muka umi ni hah.
Makan masa dia panas-panas memang lembut, lepas tu boleh la dimakan bersama dengan Fasha lamb iaitu kambing yang dicincang yang disajikan didalam mangkuk claypot.
Muluwah tu boleh juga dimakan dengan mixed appetizers dibawah ni
Sedap betul tau bila dimakan dengan set ni.Kalau korang tak tau apa didalamnya meh umi cerita sikit.Dalam set ni ada Tabbouleh, hummus, muttabal, arabic salad, baba ghanouj dan Fattoush.
Kalau korang datang ke restoran Star Hedramout ni, korang wajib cuba set ni.
Apa lagi yang kami order?
Kami order juga Mix grilled.Ini pun cukup lengkap untuk makan malam kami.Nampak sikit je kan menu kami, tapi tu pun tak habis.Didalam mix grilled ni ada campuran kebab kambing, kebab ayam, Lamb tikah, Chicken shish taouk dan half grill chicken, ni di sajikan sekali dengan roti lubnani.
And of course bila datang makan ke restoran nasi arab ni, kita kena cuba baklava dan kunafa dia.Pelbagai jenis baklava yang korang boleh pilih tau.
Hah, pilihlah mana satu yang korang nak makan.Semua sedap-sedap belaka.Yang dalam dulang tulah Kunafa.Itu pun sekejap je dah habis satu dulang diganti dengan dulang yang baru.Memang laris betul kunafa kat sini.
Lagi satu yang korang kena cuba ialah Adani Tea pot ni.Dia macam teh tarik la, tapi rasa dia lain sikit dari teh tarik tu.Susah umi nak terangkan tau.Sebab tu korang kena cuba makan dan minum kat sini.Kalau tak, takkan kami repeat order untuk air ni.
Dapat minum panas-panas sedap korang.
Alhamdulillah kekenyangan kami malam tu dengan menu makanan nasi arab.Sebelum balik haruslah bergambar bersama-sama diorang ni.Bukan senang nak jumpa kawan-kawan umi ni tau.
PENDAPAT UMI TENTANG MENU MASAKKAN NASI ARAB DI RESTORAN STAR HADRAMOUT
Sesekali pekena nasi arab memang best oooo, umi suka layanan mereka sepanjang kami makan disini.Menu yang dihidangkan semuanya panas-panas belaka.Itu belum menu masakkan dan persekitaran restoran ni.Makan pun tenang.Dan menu masakkan dia sedap-sedap ye korang.
STAR HADRAMOUT MENYEDIAKAN SERVIS APA JUA SAMBUTAN
Ye korang, kalau korang nak sambut hari jadi, ulang tahun perkahwinan,farewell party atau gathering, just leave it to them.Mereka akan sediakan.Macam masa kami datang tu, ada yang buat majlis sambutan hari jadi, kemain meriah tau dengan api menjulang-julang tu.Nanti korang tengok video yang umi ada kongsikan di ig ye.
So korang, kalau korang nak makan kat restoran Star Hedramout ni, jangan lupa untuk booking dahulu sebab selalunya penuh je restoran ni.
Oh ya, Star Hadramout ni pun ada juga buat buffet ramadhan, nanti umi share kemudian ye
So, segala details tentang Star HEdramout ni korang boleh tengok dibawah ni ye.
? Website⤵️
https://www.starhadramout.com
? Star Hadramout Restaurant
https://maps.app.goo.gl/ttri3Fva9aiMf4K27
?12pm-12am
▪️FOODPANDA
▪️GRABFOOD
▪️ORDERLA
To see menu and Order, click here
https://starhadramout.orderla.my/
WhatsApp to:??
Star Hadramout Restaurant
www.wasap.my/601111854766
Mr. Najib
Www.wasap.my/60182740766
♨️See the menu on the page:
https://www.facebook.com/restoranstarhadramout/menu
Banyaknya portionnya!! Meriah tuuu! Member pernah celebrate birthday sini, puas hati!