Pertama Kali Cuba Nasi Kandar Hijrah Taman Molek

Pertama Kali Cuba Nasi Kandar Hijrah Taman Molek | Banyak kali dah nak cuba nasi kandar ni, tapi jarang dapat tunaikan sebab tak berdekatan dengan rumah.Dan yang paling penting untuk saja-saja nak mencari tu memang tak pernah .

Memang tak pernah ada pengalaman pun makan nasi kandar ni.Selalunya orang cari nasi kandar ni bila diorang ke Penang.Yang betul pure nasi kandar ni memang asal sana kan?

Kalau kat JB ni boleh dikatakan kedai mamak pun diorang ada nasi kandar.Tapi umi tak taulah apa perbezaannya dengan yang betul-betul nasi kandar yang diorang dok sebut tu.

Tapi hari tu lepas umi check out Holiday Inn untuk percutian pendek umi hari tu, terus babah cakap nak pekena nasi kandar.Memang dah lama dah dia dok mengidam nak makan nasi kandar tu.Tapi umi saja taknak melayan..hahaha..

So, dengan menggunakan waze kami pun carilah tempat makan nasi kandar di JB yang famous amous ni.Ada beberapa tempat tapi umi berkenan dengan Nasi Kandar Hijrah yang tengah popular ni.

RESTORAN NASI KANDAR HIJRAH TAMAN MOLEK

Cari punya cari rupanya dekat je dengan rumah.Takdelah sampai nak cari nasi kandar kat bandar tu.

Masa lalu di kedai nasi kandar ni memang tengok ramai dan yang tengah beratur tu pun boleh tahan jugak.Nak tak nak beraturlah umi dan babah cop tempat makan.

Kalau tengok memang ramai, tapi alhamdulillah, kami beratur pun tak lama, jadi nak dapat makan tu memang cepat.

Tengok lauk pauk dia memang nampak sedap.Paling femes mungkin la kan kari kepala ikan.

Tengok udang dan sotong dia semua besar-besar.Itu tak tau lagi harga dia berapa.

Banyak lagi menu yang ada kat sini. Tapi ini jelah umi snap.Sebenarnya masa ni ramai orang sangat-sangat.Lepas tu dak dua orang tu kehulu hilir macam kedai tu dia punya.Dah umi dok perati je diorang.Risau kena culik dak tu, memang nangis tak berlagu umi ko ni.

So, umi ambil ayam dua ketul, sayur, Udang, sotong dan juga kepala ikan.

Babah bukan main berselera dapat makan apa yang dia nak.Umi pulak makan apa yang ada.Dok menyuap bebudak ni, sesambil suap umi sendiri.Memang tak syiok..hahaha.

Nak berwefie pun kelaut je.So, habis dah craving nak makan nasi kandar.Next time kita makan tempat lain pulak ye.

Pendapat umi tentang restoran nasi kandar hijrah

Overall, umi berpuas hati dengan layanan, makanan dan juga harga untuk semua menu yang kami makan tu.Makan 6 orang tak habis pun rm100.Not bad la kan.Babah bayar takpe..hahahha.

Tempat makan pun ok.Tak perlu beratur lama untuk dapatkan makanan korang.Suasana dan juga tempat parking pun senang je nak dapat sebab kedai ni kedai paling hujung.Tak berapa nak sibuk sangat dengan kenderaan.

Kot korang tak pernah pergi lagi kan Nasi Kandar Hijrah ni, bolehlah singgah dan umi recommend sangat dekat korang.Buat masa nilah, mana tau umi jumpa lagi sedap, for sure umi akan recommend lagi.

Tak rugi mencuba apa yang kita nak cuba.Janji cuba benda yang halalan toyiban.Dan itulah pertama kali cuba nasi kandar hijrah.Nanti kita cuba lagi menu lain ek.

NASI KANDAR HIJRAH TAMAN MOLEK

Alamat25, Jln Molek 1/5C, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

Related Posts

3 thoughts on “Pertama Kali Cuba Nasi Kandar Hijrah Taman Molek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *