Kali pertama umi makan nasi kepal yang dibulat-bulatkan dimakan bersama dengan sup.Ianya hanya boleh didapati di Nasi Kepal di Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Melaka.
Walaupun dah lama popular nasi kepal ni, ia tetap baru bagi umi.Sebelum ni pun tak pernah lagi dengar.Pernah tengok video Cupcake Aisyah dia bawa family dia makan kat sini.Tapi umi tak pernah pun amik port.
Sampailah kawan umi si Rihana ni bagi tau yang Hanis Zalikha masa zaman muda mudi dulu rajin makan kat sini.Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball ni kedai china tetapi korang jangan risau sebab ada sijil halal di restoran ini ye.
Jadi korang boleh makan tanpa was-was.Masuk restoran ni as usual kena follow sop ye.Beratur pun tak lama.Sekejap je kami dah dapat meja.Nasib baik dapat meja luar.Jadi tak terasa bahangnya bila kat dalam tu.
Tengok menu terus tak tau nak order apa.Tapi apa yang diorang rekemenkan adalah Rice ball tu.Kira nasi ayam yang dibulat-bulatkan tu hah.Itulah signature Nasi Kepal di Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Melaka
So, kami decide untuk order Rice ball,dua jenis ayam iaitu ayam roasted dan juga boiled.Pilihan umi of courselah roasted kan.Kami ambil yang ada 5 ketul rice ball tu je.Sebab sebelum tu pun dah menyinggah Cendol kampung hulu.Boleh je kalau korang nak tambah Rice ball tu.
Dan kami add on Sotong Sambal petai.Umi rasa not bad jugaklah sambal petai dia tu.Macam sambal ikan bakar je kekdahnya.
Sementara menunggu makanan sampai, datanglah 2 orang yang join semeja kami.Dan pelanggan yang join meja kami tu, pagi tu kami dah jumpa diorang ni masa makan Roti Canai Kayu Arang.Pagi dia bagi duduk semeja dengan mereka, petang pulak, kami bagi diorang share meja kami.
Umi, measandra, julia dan rihana.comel si mea tu tau.
Kalau dah jodoh tak kemana 😆 😆 .Tak sangka boleh jumpa balik diorang.Sambung menyembang dengan diorang tempat makan best di Melaka ni yang diorang dah terjah.
Adalah suggestion dari diorang, tapi memandangkan hari pun dah nak petang, jadi plan lepas makan keria antarabangsa terus nak balik JB.Anak dah menunggu dah tu oiii…
Ini makanan mea dan julia.Diorang bagi izin untuk umi snap gambar..Thanks sesangat tau.Dari kedai roti canai tu baiklah sungguh bagi umi ambil gambar makanan..hahahah…
Itulah blogger kan, sana sini nak ambil gambar.
Dah sampai makanan kami.Alhamdulillah..Settle je makan chicken rice ball tu kami bergerak balik menuju ke destinasi masing-masing.
Overall semua not bad.Sedap pun sedap.Cuma umi tak rasa dia punya sup tu jelah.Kang order bebanyak tak habis pulak.
So, kalau ada kelapangan lagi mungkin umi akan repeat makan kat sini.Nak cuba menu lain pulak.
Untuk korang yang nak ke sana, macam biasa umi sertakan alamat dan maps.
p/s dah beberapa hari ni memang entry makan-makan sahaja ye.Umi nak habiskan segala jenis cerita makan-makan dengan kadar segera.Tak sanggup dah phone tu menanggung banyak sangat gambo..hahahah
Alamat :
275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Maps :
Perghhh ini kalau makan memang tak cukup sepinggan uitt…Sis dulu pergi anak banak siap bertambah 2 kali hahahaha…
Sotong Sambal Petai dia nampak sungguh sedappppp..
Akak pernah makan di sini sekali je
Hoiiii lama siot tak makan sini. Dulu zaman study rajin juga ke sini.
Tak pernah pergiii segab dulu bukan sejenis food hunting masa zaman study kt Melakaaa.. hihi.. nak madukkan dalam list la.. nanti leh terjahhhh.. huhu