Resepi Wrap Telur Menu Diet Paling Simple

Resepi Wrap Telur Menu Diet Paling Simple yang boleh sesuai untuk sarapan atau minum petang.Bukan itu sahaja, anak-anak pun suka sangat dengan Wrap Telur ni.

Boleh je nak pelbagaikan resepi wrap telur ni menjadi lebih sedap.Masukkan salad, buah tomato ceri atau slice cheese dah menambahkan lagi kesedapan resepi wrap telur diet ni.

Tortilla wrap telur ni rajinlah umi buat memandangkan anak-anak pun suka.Jadi boleh la sihat sama-sama kan.Kalau tak, madang nak makan benda-benda manis je.Tapi tulah, bebudak ni pulak tak makan sayur.Payah betulkan nak ajar anak makan sayur ni.

Baca juga : Cara betul pilih telur

Betul orang kata, dari dalam perut lagi kita kena ajar anak kita makan sayur.Jadi masa preggy tu, korang makanlah sayur-sayuran hijau yang segar, jadi bila anak keluar diorang suka makan sayur.Ke salah fakta ni..hahah…

Serius umi sampai sekarang struggle nak ajar anak makan sayur.Payah bebenau.Tapi bila umi buat wrap telur ni kemain bertambah lagi diorang.Jadi wrap dah jadi satu keperluan untuk umi tambah dalam groceries umi.

Nak buat wrap telur ni punyalah mudah oii..Hanya guna dua bahan ni je.Nak tau cara buatnya? Alah..mudah sangat

RESEPI WRAP TELUR DUA BAHAN YANG MUDAH UNTUK DIBUAT

bahan-bahannya :

resepi wrap telur

  • Wrap 
  • 2 biji telur

Cara membuatnya

  1. Panaskan pan dan masukkan wrap ke dalam pan tu tanpa guna minyak sehingga dia agak-agak garing.Lepas tu keluarkan.

2. Pecahkan dua biji telur dan tuang sedikit minyak ke dalam pan sederhana besar, dan masukkan telur.Buat nipiss-nipis pun takpe.

3. Dah garing telur tu angkat dan letakkan ke atas wrap tadi.

Resepi Wrap Telur

4. Korang boleh juga tambah sos dan cheese untuk menambahkan lagi kesedapan.

5. Lipat dua, boleh potong kecil-kecil macam di bawah ni dan siap dihidangkan

Resepi Wrap Telur

Kalau sorang makan dua keping memang kenyang perut uii…Sampai ke tengahari umi rasa kenyang lagi.

So, korang yang nak diet tu boleh la gunakan resepi wrap telur yang mudah nak disediakan ni.Tak perlu bahan banyak pun nak buat wrap telur. Yang penting boleh pelbagaikan.

 

 

Loading

2 Comments

  1. Senang jer nak buat yang penting sihat kan…akak tgh diet memang sesuai sgt la ni

  2. Walaupun simple tapi sedap dan mengenyangkan. Tak de idea nak makan apa untuk breakfast boleh buat macam akak ni kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *