Resepi Tomyam Abe Jo seperiuk besar umi masak | Sebenarnya dah lama umi teringin nak buat tomyam ikut resepi tomyam FMK ni.Tomyam dari restoran fizo omar dulu.
Disebabkan selalu sangat follow youtube channel Abe Jo dengan Mek, umi ikut resepi yang abe Jo kongsikan pada salah satu video yang dikongsikan dalam youtube.
Baca juga : Mencuba resepi garlic bread homemade
Korang search Tomyam berharga RM1 juta Abe Jo tu.Actually sebelum ni umi tak pernah lagi buat tomyam letak santan atau susu cair.Mengikut resepi tomyam abe jo ni, memang dia menggunakan susu cair instead of santan.
So, semalam umi tak kerja adalah masa nak buat tomyam ni.
Kalau korang nak tengok macam mana resepi tomyam abe jo ni, boleh follow terus entry umi di bawah ni
RESEPI TOMYAM GUNA SUSU CAIR SEDAP BAK HANG
Bahan-bahannya
- 2 helai akar daun ketumbar (tak tau kira helai ke macam mana)
- 2 batang serai dititik
- Sedikit lengkuas
- 4 sudu perahan lemon
- 3 sudu Pes Tomyam ( tak kiralah nak guna pes apa pun)
- 4 Sudu Sos Ikan
- Udang, sotong, ayam (tak kiralah berapa banyak nak letak)
- Daun limau purut
- 1 bawang holland dibelah 4
- 1 jug air
- Cendawan
- Susu cair( guna setengah/suku sahaja)
Cara membuatnya
- Didihkan air di dalam periuk.Air tak perlu banyak.Bila air dah mendidih, masukkan akar daun ketumbar yang dah diketuk,serai dan juga lengkuas.
- Masukkan pes tomyam dan kemudian kacau hingga mendidih.
- Masukkan ayam dan biarkan ayam tu masak.
- Lepas tu masukkan air perahan lemon dan juga sos ikan.
- Barulah boleh masukkan udang dan sotong.Kemudian masukkan cendawan, bawang holland dan korang boleh nak letak carrot atau sayur lain yang sesuai untuk tomyam ni
- Ambil daun limau purut.Pastikan ambil daunnya sahaja untuk mengelakkan tomyam menjadi pahit
- Bolehlah rasa tomyam tu ikut kesedapan tekak korang ye.
- Last sekali kecilkan api dan masukkan susu cair.Kacau rata dannnn…
- dah siap untuk dihidangkan
Tak perlu tambah garam atau gula sebab sos ikan yang kita letak tu dah gantikan garam.Manis tomyam ni pula adalah dari sotong dan juga udang.
Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ikan Chili Saba Ayam Brand
Tapi ikutlah korang nak rasa macam mana.Yang nak makan pun korang jugak.Sesekali derhaka kat resepi apa salahnya.Janji sedap..hahaha
Seperiuk umi masak hari tu.Memang kerjanya hirup tomyam jelah..
Oh ya..Kalau korang nak pedas, boleh la ketukkan beberapa cili kecik tu dalam tomyam tu..
Baca juga : Resepi ayam bakar air fryer ala kenny rogers
Umi masak nak makan dengan anak-anak, jadi memang tak masukkan cili.Jadi apa lawannya menu tomyam ni, of courselah telur dadar mahupun ikan kering..dah so yummy kan?
Kotlah korang tak faham dengan arahan di atas tu, boleh tengok resepi asal dari abe jo disini ye.
So, selamat menjamu selera dengan Resepi Tomyam Abe Jo seperiuk besar umi masak ko!!
Nampak menyelerakan, nanti nak cubalah.. peberet anak banak ni Tomyam gini..
Wahh boleh cuba plak resepi ni guna susu cair.