5 ANEKA RESEPI TERUNG YANG BOLEH KORANG CUBA

5 ANEKA RESEPI TERUNG YANG BOLEH KORANG CUBA

5 ANEKA RESEPI TERUNG YANG BOLEH KORANG CUBA | Selain dari menjadi bahan sampingan untuk kari dan sebagainya, ada beberapa resepi terung yang boleh korang cuba.

Kepada korang yang suka sangat dengan terung, tapi tak tau macam mana nak pelbagaikan resepi untuk terung, entry ini untuk korang.

Umi adalah salah seorang peminat terung dan suka untuk jadikan terung ni sebagai ulam.Tapi sesekali kenalah ubah selera ye dak.

Di bawah ni umi senaraikan 5 aneka resepi terung yang boleh korang cuba hasil dari perkongsian rakan-rakan di facebook.Jom kita cuba

5 ANEKA RESEPI TERUNG

#1 TERUNG GORENG CRIPSY

5 ANEKA RESEPI TERUNG

Bahan-bahannya

  • Terung
  • Sedikit garam
  • Tepung bestari
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

  1. Potong terung kepada 2 atau 4 bahagian.
  2. Taburkan garam pada setiap terung dan perapkan selama 10 minit.
  3. Lapkan terung yang diperap dengan garam tadi kerana terung akan mengeluarkan lebihan air.Jadi kita kenalah lap sikit.
  4. Masukkan terung ke dalam tepung bestari yang dah siap dibancuh.
  5. Masukkan ke dalam minyak yang panas di dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.
  6. Angkat dan hidangkan

kredit masakkan : Zaharah Mazrul

 

#2 SAMBAL TERUNG IKAN BILIS

5 ANEKA RESEPI TERUNG

Bahan-bahannya

  • 10 biji terung potong ikut suka
  • 150 gram ikan bilis yang dah digoreng garing

Bahan kisar

  • 10 biji cili besar campur dengan cili merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 15 biji cili padi(optional)
  • Sedikit halia
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit perahan limau/air asam jawa

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.Kacau sehingga naik minyak dan garing.
  2. Masukkan garam dan gula serta serbuk perasa.
  3. Masukkan juga perahan limau atau asam jawa.
  4. Selepas itu, masukkan terung dan ikan bilis
  5. Kacau rata dan tutup api
  6. Siap

#3 TERUNG BAKAR AIR ASAM SANTAN

5 ANEKA RESEPI TERUNG

Bahan-bahannya

  • Terung panjang dibersihkan dan dibakar sehingga lembik
  • 3 biji bawang merah
  • 5 biji cili api ditumbuk kasar
  • sedikit belacan
  • 3 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 5 biji cili api dipotong
  • Santan pekat secukupnya
  • 2 biji limau nipis dan diambil jusnya
  • garam
  • gula

Cara membuatnya

  1. Panaskan santan dan biarkan sekejap.Kemudian masukkan semua bahan-bahan dan perasakan dengan selera masing-masing.
  2. Terung yang dah lembik dibelah dua dan jangan putus.
  3. Kemudian susun di pinggan dan tuangkan kuah santan.
  4. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas

Kredit masakkan : Ummi hanna

#4 PAJERI TERUNG

Bahan-bahan

  • 2 biji terung dipotong mengikut citarasa masing-masing
  • 1 biji nenas dipotong bulat
  • 1 biji kelapa di ambil santannya.
  • 2 sudu makan kerisik 

Bahan untuk tumis

  • 10 biji bawang merah kecil di mayang halus
  • 3 ulas bawang putih mayang halus
  • Sedikit halia dimayang halus
  • 3 sudu rempah kari dibancuh dengan sedikit air
  • rempah 3 sekawan

Cara membuatnya

  1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 3 sekawan.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia ke dalam kuali dan goreng sehingga kuning dan wangi.
  3. Masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak
  4. Masukkan santan dan masak sehingga menggelegak .
  5. Masukkan garam, gula dan air asam jawa
  6. Last sekali barulah masukkan kerisik, dan masukkan juga terung serta nenas.
  7. Kacau dan biarkan seketika sehingga mendidih dan boleh la dihidangkan

kredit masakkan : azizah daud

#5 RESEPI TERUNG GORENG BERLADA

Bahan-bahannya

  • Terung
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air asam jawa
  • Bawang besar dihiris halus
  • Ikan bilis digoreng garing

Bahan untuk menumis

  • Bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 2 biji cilir besar merah
  • cili padi ikut kepedasan korang

Cara membuatnya

  1. Terung dibasuh dan dibelah tengah.Kemudian goreng di dalam minyak panas tetapi jangan terlalu lembik
  2. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau wangi.
  3. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula.Kalau korang nak berkuah boleh masukkan sedikit air
  4. Masukkan terung yang dan ditoskan tadi bersama bawang besar yang dihiris.
  5. Biarkan sekejap dan sedia untuk dihidangkan

https://www.facebook.com/photo?fbid=471770355059639&set=pcb.471771111726230

 

 

Loading

One thought on “5 ANEKA RESEPI TERUNG YANG BOLEH KORANG CUBA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *