Resepi Telur Masak Kurma yang mudah dan sedap!

Resepi Telur Masak Kurma yang mudah dan sedap!|Hahaha..Sedaplah sangat.Aduii...resepi mudah ni , semua orang boleh buat lah. Punyalah umi lama nak update pasal resepi mudah,cepat dan tak pedas untuk dak Naura ni.

Dak Naura ni sejenis yang TAK MAKAN PEDAS!! Kalau nampak masakkan merah tu, dalam kepala otak dia, dah fikir PEDAS!! Even, kalau umi buat rasa tak pedas pun, dia akan kata pedas waima tak merasai dulu makanan tu..Haishh..geram.A pa menu kegemaran dia?TELURRRR…Kalau boleh hari-hari telur.Bila gorengkan ikan, maunya dia nak makan.Cari telur jugak sudahnya. Dan satu lagi menu yang dia suka adalah Sup..Tak kira sup sayur ,sup telur atau sup ikan.Dia akan hirup kuah bagi habis.

Tapi hari tu, nak masak apa semuanya dah habis.Nasib baik hari tu umi ada beli Serbuk Kurma ni buat standby kat rumah.So, terus terfikir nak buat Menu Telur masak kurma yang simple,senang dan sedap untuk dimakan seisi keluarga…. 😆  😆  😆 

Sebab umi tau, resepi telur kurma tu memang mudah,cepat dan tak pedas.So, Dak Naura pun boleh makan.So, terjadilah resepi mudah Telur Masak Kurma ko!!

Hah…korang masak ape tu? pepetang ni kot takde idea, hah..ni hah…masak je telur…hahahah

Resepi Telur Masak Kurma yang mudah dan sedap!

Bahan-bahan

Telur yang siap di rebus( ikutlah korang nak berapa bijik)

2 ulas bawang putih**

1 biji bawang besar**

Sedikit Halia**

1/2 biji bawang besar dihiris halus

sedikit rempah sekawan

garam secukup rasa

1/2 kotak santan kara

Rempah kurma

Kentang( siap rebus senang sikit)

 

** Blend

Cara memasak

Panaskan minyak, dan masukkan bawang yang dihiris.Dah naik bau masukkan bahan blend.Kemudian baru masukkan rempah sekawan tu.buat wangi² ler..

Baru masukkan rempah kurma dan nampak macam garing dan pecah minyak, baru masukkan santan.Nak letak boleh, taknak letak pun takpe jugak santan tu.

Masukkan telur dan kentang dan perasakan dengan garam.Lepas tu nampak semua dan ok, rasa pun dah cun, sedia untuk dihidang.

Haduii..senang yakmat.. hahaha..

Kurmak Telur

 

Nak lagi menarik bila di dalam pinggan, hias ler dengan lada merah tu, tak pun tabur sikit daun sup bagi nampak cantik.

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.