RESEPI

Resepi Sawi Jeruk Homemade mudah disediakan

Resepi Sawi Jeruk Homemade mudah disediakan

Resepi Sawi Jeruk Homemade mudah disediakan | Macam dah lama je umi tak buat asam pedas letak sawi jeruk ni.Sesekali kalau dapat pekena asam pedas ikan sawi jeruk tu memang sedap.

Selalunya umi beli je sawi jeruk tu dengan kawan umi.Tapi disebabkan lama dah tak jumpa dengan dia, so memang takdelah asam pedas sawi jeruk lagi.Nak cari sawi jeruk homemade sekitar sini ada je.Hari tu umi nampak dekat pasar basah.Tapi sedikit ragu-ragu kalau nak beli dekat pasar tu.

Sawi jeruk ni kalau orang hokkien dia panggil Kiam Chai.Selalunya sawi jeruk ni dimasukkan sekali dalam asam pedas.Memang sedap la tambah dengan sawi jeruk ni sebagai penyedap rasa.

Umi lebih suka beli dengan kawan umi je.Sebab kita tau siapa yang buat sawi jeruk homemade tu kan.Tau jelah kalau beli kat pasar, kita tak tau macam mana proses dia buat.Sebab jenis umi ni paranoid sikit kalau bab-bab macam ni.

Sebab tu umi jarang beli kat pasar.Nak buat sawi jeruk homemade sendiri ni sebenarnya mudah je.Cuma terpulang pada masa masing-masinglah kan.Alasan nak selamat ler tu.Bukan taknak buat sendiri, tapi kan memandangkan umi sorang je yang makan, rasa macam rugi pulak buat.Jadi jalan terbaik adalah tolong menolong.Bantu orang lain untuk dapatkan pendapatan.Tak gitu? Itu tanda kita support kawan.Tapi jangan mintak diskaun melampaui batas ye.

Umi kongsikan pada korang yang nak cuba buat sawi jeruk sendiri di rumah hasil perkongsian Puan Rashidah Abu Bakar .Nanti kalau umi free boleh la cuba buat.

RESEPI SAWI JERUK HOMEMADE MUDAH UNTUK DIBUAT

BAHAN – BAHANNYA :

1 kg sawi jenis lebar
150 gram garam kasar, tumbuk sedikit biar halus
2 liter air
4 camca besar garam kasar
1 inci halia, dihiris nipis
1/2 inci kunyit hidup, dihiris nipis
1 3/4 camca besar tepung beras
Balang kaca atau plastik yang bersih untuk menjeruk sawi
Sehelai plastik bersih yang baru (pastikan tidak bocor)
2 cawan air (atau secukupnya)

CARA MEMBUATNYA

UNTUK AIR JERUK :- Masukkan air bersama garam kasar (yang 4 camca besar), halia, kunyit hidup dan tepung beras ke dalam periuk. Kacau rata dan masak hingga menggelegak dan gara larut. Matikan api dan biar hingga sejuk (che mat letak depan kipas angin). Ketepikan untuk kegunaan kemudian.

1 – Sawi dibelah 2 setiap satu, kemudian rendam dalam air dan cuci bersih terutama dicelah 2 pelepah sawi. Toskan hingga sawi kering.

2 – Lumur garam (garam kasar yang ditumbuk tadi) pada setiap kelopak sawi hingg rata termasuk dibahagian pangkalnya. Buat hingga siap, kemudian biarkan sawi tadi terperap selama 4 jam.

3 – Sawi yang telah diperap selama 4 jam akan mengeluarkan air. Buang airnya dan perah sedikit sawi. Tak perlu dicuci, pada masa ini sawi sudah mula kecut dan lembut tapi tetap rangup.

4 – Sediakan botol bersih, kemudian susun sawi hingga 3/4 penuh. Boleh guna apa2 bekas yang sesuai sama ada balang kaca, balang plastik atau pasu.

5 – Tapis air jeruk tadi (kacau dulu sebelum anda tapis). Kemudin tuangkan ke dalam balang berisi sawi sehingga tenggelam (seperti dalam gambar), tapi jangan sampai melimpah (seperti dalam gambar, dan che mat simpan baki air jeruk dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian).

6 – Untuk memastikan sawi betul2 tenggelam dalam air jeruk, anda kena tindihkan permukaannya. Dan gunakan plastik bersih yang diisi dengan air dan diikat. Pastikan plastik tadi tiada gelembong udara untuk memudahkan anda masukkan ke dalam mulut botol (seperti dalam gambar). Tutup balang tadi ketat2.

kemudian simpan botol di sudut dapur.Mudah kan.

Hujung minggu ni ingat nak buatlah asam pedas sawi jeruk.Teringin pulak bila tengok gambar asam pedas letak sawi jeruk ni.

Teringin tu mengalahkan ibu mengandung pulak umi nko ni kan..lepas ni tak taulah teringin apa pulak..

 

 

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(2) Comments

  1. Nanti dah buat ko update… sebab Sis biasa beli yang paket jee, pun dah sedap, agak kalau buat sendiri lagi sedap ekkk..

  2. tak pernah makan la kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *