RESEPI SARDIN BAKED BEANS SEDAP RUPANYA

RESEPI SARDIN BAKED BEANS SEDAP RUPANYA | Tak pernah pun terlintas sardin boleh dicampur dengan baked beans ni.

Ini gara-gara PR ada bagi umi 2 tin baked beans.Selama ni baked beans ni umi guna untuk buat makan dengan roti je.Tapi bila google rupanya ada sardin kacang panggang ala Tunku Azizah yang unik dan sedap ni.Jadi umi pun google lagi resepi sardin baked beans ni macam mana rupanya ek.

Sedap di makan dengan apa ye agaknya.Kalau tengok resepi sardin kacang panggang ni biasanya makan dengan nasi.Tapi masa tu baru lepas makan nasi.Takkan nak makan nasi lagi.

Kebetulan hari tu, umi ada beli roti perancis, kononnya nak buat menu yang umi makan masa singgah di Calanthe Art Cafe Melaka dua tahun lepas.Tapi tak menjadi pulak sebab hari tu kebetulan abang ipar dari Pahang datang nak melawat mak.Jadi malas nak serabut kat dapur.

Terus idea nak makan sardin baked beans ni dengan roti perancis.Kena dengan Teh O memang sedap weh!! Tu kalau tambah cheese lagi sedap rasanya.Ke tak ek? hahaha…Kalau cheese sedap jelah kan.Makan dengan sardin kacang panggang panas-panas tu memang sedap la weh!

resepi sardin kacang panggang

Gambar photoshoot jelah kita tepek kat sini.Masa kejadian kengkonon nak buat video reels.Tapi dah M melekat memang taklah umi buat.

RESEPI SARDIN BAKED BEANS ALA TUNKU AZIZAH

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin sardin besar
  • 1/2 tin kecil kacang panggang
  • 1 biji bawang holland – dipotong ikut citarasa **
  • 10 biji cili api – belah dua
  • 1 batang serai – diketuk **
  • 2 inci halia – dihiris **
  • 3 ulas bawang putih – dihiris halus **
  • 2 biji limau kasturi – perah ambil jus
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh garam halus atau secukup rasa
  • 1/2 sudu teh gula – optional untuk sesuaikan rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Tumis bahan yang bertanda **
  2. Masukkan Sardin
  3. Masukkan sedikit air jika perlu
  4. Letak sos cili dan perahan jus limau.Kemudian perasanya dengan garam dan gula.
  5. Kemudian masukkan kacang panggang.Kacau sebati, rasa dan tambah la apa yang perlu.

Siap!!

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Rohaida Yusof (@sitirohaida_yusof)

Maka jadilah menu minum petang kami bersama air Teh O pujaan hati kanda.Haduii..Tu kalau buat Teh Tarik maunya tak cukup satu jug.

 

 

Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi
https://t.me/katasemangathidup

Malaysia Blogger Influencer &

Loading

2 Comments

  1. Dan dan datang resepi ni. Dapnya! Nanti nak try sebab ada setin tu xtau nak buat apa. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *