Resepi Sandwich Tuna Chili Saba Ayam Brand

Sesekali sarapan kita bersandwich kan, apa salahnya.Kebetulan Tuna Chili Saba Ayam Brand ada lagi jadi kita buat sandwich pulak.Resepi Menu sarapan yang simple dan kenyang.

Lagilah kalau hari bekerja tu, masa nak sediakan sarapan tu terhad.Jadi menu macam ni sangat menjimatkan masa umi jugak.Nak buat menu sarapan paling simple ni korang google jelah..hahaha..

Ok, tanpa membuang masa meh sini umi share resepi sandwich tuna menggunakan Chili Saba Ayam Brand.Kebetulan hari tu memang takde idea sangat nak buat sarapan apa untuk budak-budak ni.

RESEPI SANDWICH TUNA CHILI SABA AYAM BRAND

Resepi Sandwich Tuna Chili Saba Ayam Brand

Bahan-Bahannya

  • 1 tin Chili Saba Ayam Brand
  • Sebiji biji bawang besar – dihiris halus
  • 2 biji lada besar -dihiris halus(ikut korang nak guna cilipadi dan banyak mana ye)
  • 2 Biji telur ayam ( boleh je tambah telur tu)
  • Garam secukup rasa
  • Roti yang dipotong serong(ni pun ikut korang nak potong ikut macam mana

Cara-Caranya

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali roti.
  2. Gaul semua bahan sehingga semuanya sebati.
  3. Ambil roti dan celup ke dalam bahan yang dah di campur seperti dibawah ni

Dah celup roti tu macam kat atas ni, korang terus masukkan ke dalam kuali

Resepi Sandwich Tuna Chili Saba Ayam BrandTerbalikkanlah supaya kedua-dua roti tu masak.kemudian angkat dan ulang untuk roti yang lain.

 

Senangkan? Haruslah senang bila dah ada produk ayam brand ni di rumah.Lagi senang kerja umi nak siapkan sarapan untuk keluarga

Resepi Sandwich Tuna Chili Saba Ayam Brand

Gambar ni jelah yang umi sempat snap sebab berkejar nak siapkan anak.Walau rupa tak semenggah, tapi sedapnya boleh berulang kali nak makan tau.Kalau letak cilipadi lagi bertambah sedap.Kalau tak pedas macam tak sedap.Tapi tulah, disebabkan nak buat untuk anak dara sorang yang tak makan pedas tu, maka umi layankan jelah…

Lebih banyak resepi di sini : RESEPI

Janji anak makan mak is puas hati.

Sebenarnya banyak lagi resepi dari produk ayam brand yang korang boleh cuba.Boleh tengok kat link di bawah ni untuk korang cuba.Semua umi rasa sedap-sedap belaka.Nanti ada masa umi nak cuba pulak resepi lain.

Klik > Resepi Ayam Brand

 

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

2 thoughts on “Resepi Sandwich Tuna Chili Saba Ayam Brand”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *