Resepi Sambal Kacang Mudah dan sedap
Resepi Sambal Kacang Mudah dan sedap | Antara menu wajib setiap tahun dipagi hari raya. Resepi ni umi ambil dari mak. Walaupun umi boleh buat sendiri,tapi tetap sukakan sambal kacang atau kuah kacang mak.
Wah..macam pro pulak nak up resepi kan..Walhal baru pertama kali dalam hidup ni,buat sambal kacang.Selalunya bila nak dan teringin nak makan sambal kacang,roger-roger mak je suruh buat..Hah!! Ni dah duduk rumah sendiri,nak panggil kawan-kawan makan,haruslah belajar kan.so, umi sediakan resepi rahsia kuah kacang mak .
Ok..Dah siap-siap roger mak apa bahan yang nak diguna pakai untuk buat Sambal Kacang Mudah dan sedap style mak ni.Kan aku ada ceritakan tadi malam semalam kat rumah ada buat potluck.Entry tu korang boleh baca di entry Potluck raya kami di bulan raya 2016Berkumpul segelintir dari officemate aku yang rapat je.Bila turn aku,aku just buat sambal kacang dan juga nasi himpit..senang tu..ekekekekeeee….

RESEPI KUAH KACANG MUDAH DAN SEDAP

Resepi Sambal Kacang Mudah dan sedap

Bahan-bahan untuk membuat sambal kacang

~Kacang(di sangan atau di goreng tanpa minyak,kemudian di asingkan kulit,seterusnya di tumbuk sedikit halus)
~segenggam udang kering*
~lengkuas*
~Halia*
~Serai
~Beberapa tangkai cili kering**
~3-4 biji bawang merah**
~3 biji bawang putih**
~Sedikit Minyak
~Garam
~Gula
~asam keping
* untuk di blender.
** Blender bersama
 
cara-cara membuatnya
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang diblender bersama.Agak-agak dah pecah minyak tu,boleh masukkan lengkuas dan halia yang sudah di blender.Kemudian masukkan udang kering.Selepas itu masukkan serai dan asam keping.Last sekali baru masukkan kacang yang sudah di blender.Baru perasakan garam dan gula..masukkan sedikit air.
Sambal kacang ni lagi sedap kalau letak gula lebih sedikit.Rasa manis tu yang sedap kan.
Hah!!..senangkan…untuk resepi mak aku ni memang tak letak santan ok!
(Visited 91 times, 1 visits today)

10 thoughts on “Resepi Sambal Kacang Mudah dan sedap

  1. ni hah sempat aida terjah resepi ahsem ni.
    tq ekk for sharing.
    terus terang aida x pernah buat sambal kacang.
    sebab maybe aida x makan kacang tu.
    kalau kat luar pun aida jarang makan sambal kacang.
    kecuali sesekali makan sate 🙂

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.