Resepi Nasi Ayam Che Nom

Resepi Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Ayam Ikut Resepi Che Nom Mudah Dan Sedap | Saja nak ikut resepi Che Nom ni sebab sangat mudah dan senang nak follow

Bila lama dah duduk kat rumah kan, ada je benda yang nak dicuba.Dari deko-deko rumah sampailah masak memasak.Memasak tu jangan cakaplah, entah berapa kali kena masak pun tak tau.Bosan dengan menu tu ubah menu ni.Memasing dah cuba resepi yang siap mereka google

Termasuklah umi ni hah.Kalau dulu umi buat nasi ayam guna resepi mudah ni je hah.Rupanya ada lagi resepi nasi ayam yang mudah lagi sedap ko.Siapa tak suka makan nasi ayam,bebudak ni seingat umi sepanjang PKP ni dah 3 kali buat nasi ayam.Itu yang buat, beli tak taulah nak cakap.

Untuk kali ni umi guna resepi nasi ayam Che Nom.Siapalah tak kenal dengan Che Nom kan? Resepi semua banyak orang google resepi Che Nom.Bukan hanya di blog sahaja, dekat Youtube pun kemain lagi orang mencari.

Umi adalah salah seorang yang suka menggunakan resepi dari Che Nom.Cakap je korang nak resepi apa, semua ada.Kalau takde tu maknanya Che Nom belum buat lah kan..hahahha.

Untuk kali ni umi cuba resepi nasi ayam sedap dari Che Nom.Cuma kali ni nasi tu umi pakai beras basmathi..Uih..sedap weh!! tu pun lebih masa umi buat Nasi Beryani.Bila dah buat nasi ayam, makan bertambah bebudak ni.Ayam sekor tu kalau goreng ,memang habis.Peminat ayam sorang tu kalau tak ambil 3,4 ketul memang tak sah.

Umi pun dah muak dengan ayam.Nak makan ikan masin atau telur asin je.Tapi disebabkan kalau ikut tekak umi, mau kena masak menu lain pulak.Jadinya nak masak kenalah kena dengan tekak diorang ni.

Nak resepi nasi ayam che nom? Boleh follow kat bawah ni.Takpun korang boleh refer blog Che Nom ye

Resepi Nasi Ayam Che Nom Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Ayam Che Nom
Ada je tangan yang menyelit bila umi ambil gambar..haishhh

Bahan-Bahan:

  • Bahan untuk ayam (direbus) :
    • 1 ekor ayam dipotong 8
    • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    • 2 cm halia, ditumbuk halus
    • 1 kiub ayam
  • Bahan untuk ayam (diperap) :
    • 1 sudu besar kicap pekat
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 cm halia, ditumbuk halus
    • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    • 1 sudu besar kicap cair
    • Sedikit madu untuk sapuan
  • Bahan untuk nasi:
    • 3 cawan beras
    • 4 cawan air rebusan ayam
    • 2 sudu besar butter
    • 1 cm halia ditumbuk halus
    • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
    • Sedikit garam
    • 2 bunga lawang*
    • 4 buah pelaga*
    • 1 kayu manis*
    • 1 batang serai ketuk
    • 2 helai daun pandan
    • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
  • Bahan untuk sos:
    • 5 biji cili merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 cm halia
    • 1 sudu besar cuka
    • 1 sudu teh garam
    • 1 sudu teh gula
    • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Bahan untuk sup:
    • Air rebusan ayam
    • 1 biji bawang besar, dikisar
    • Rempah sup bunjut
    • Garam
    • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
  • Bahan untuk kuah kicap:
    • Kuah kicap perapan ayam di atas
    • Kicap manis cap kipas udang
    • Sedikit garam
    • Air rebusan ayam

 

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk ayam:
    1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
    2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
    3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
    4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
  2. Cara untuk memasak nasi:
    1. Basuh beras dan tos air.
    2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
  3. Cara untuk memasak sup:
    1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
  4. Cara untuk memasak sos:
    1. Kisarkan semua bahan di atas.
    2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
  5. Cara untuk memasak kuah kicap:
    1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

 

Tips dari Che Nom

  • Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Tak pun korang boleh tengok video cara buat nasi ayam kat bawah ni

 

Resepi Nasi Ayam Che Nom

Hah..Dah tau kan nak buat macam mana.So jangan lupa cuba buat ikut resepi ni.Pasti korang puas hati.

Tetiba teringin nak makan paru pulak..Sedapnyaa

 

 

 

 

Loading

1 Comment

  1. Nak cuba buat sampai jadi.Terima kasih atas perkongsian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *