RESEPI

Resepi Mee Lidi Goreng bersama dengan Daging Cincang

Resepi Mee Lidi Goreng bersama dengan Daging Cincang

Resepi Mee Lidi Goreng bersama dengan Daging Cincang | Mee lidi ni memang menjadi kegemaran umi masa umi masih kecil lagi.Masa tu tinggal dengan nenek, jadi bila sarapan, dia selalu buatkan umi mee lidi ni.

So, bila ternampak di kedai Acheh tu, terus teringatkan nenek yang pernah suatu ketika dahulu menjaga umi.Al fatihah untuk nenek umi.

Arwah memang rajin buatkan sarapan untuk umi.Walau mee lidi ni di goreng bodo-bodo je, tetapi tetap sedap.Kira sesi throwback la ni kan.

Walaupun cara masak dan bahan-bahan yang digunakan berbeza dan tidak akan boleh sama dengan yang arwah buat, tapi bila nampak Mee lidi ni mulalah kerinduan tu datang.

Inilah Mi Lidi zaman dulu-dulu.Umi rasa takde lagi mee kuning tu.

Resepi Mee Lidi Goreng bersama dengan Daging Cincang
Mee Lidi Legend
Kalau dulu mana kenal spaghetti.Orang dok panggil mee Lidi jelah.Tapi sekarang ni banyak sangat jenis-jenis mee.
So, marilah tengok resepi mee lidi dengan daging cincang hasil masakkan umi di bawah ni ye.

Resepi Mee Lidi Goreng bersama dengan Daging Cincang

Resepi Mee Lidi Goreng bersama dengan Daging Cincang
Resepi Mee Lidi Goreng bersama dengan Daging Cincang
Bahan-bahan
  • Mee Lidi
  • Daging CIncang(guna Ramly)
  • Bahan tumis (bawang merah,putih,lada kering)benda wajib yang aku simpan kat peti ais selalu)
  • Sebiji Telur
  • Sos Tomato
  • Sos Chili
  • Kicap
  • Garam
  • Sayur Sawi /Taugeh/Cili hiris( ikut korang nak letak ape lagi)
Cara buatnya
  1. Rendam Mee lidi sekejap di dalam air.Tak perlu lama sebab bila masak dia akan jadi lembut juga
  2. Di dalam kuali panaskan minyak dan masukkan bahan tumis.Tumis sehingga nauk bau.
  3. Di dalam kuali yang lain, goreng daging cincang sampai air daging tu kering dan letak tepi.
  4. Masukkan sedikit sos tomato, sos cili dan kicap dalam kuali.
  5. Kemudian masukkan daging cincang dan perasakan dengan garam
  6. Masukkan mee dan juga sayuran yang korang nak masukkan tu.
  7. Boleh je nak  tukar daging cincang tu kepada udang atau sotong.
  8. Selepas tu bolehlah rasa mee tu samada cukup rasa atau tidak.Kemudian tutup api dan hidangkan

Untuk hiasan korang boleh letak telur dadar yang dihiris halus macam umi buat ni.

Siap untuk dimakan

** Ada orang letak garam,lepas dah masukkan semua sekali bahan,tapi aku selalu letak lepas aku tumis,agak-agak jelah kan,kang kalau kurang masin baru tambah lagi…hehehe

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(21) Comments

  1. cun gambo tu..buat lapo hahaha

  2. berselera pulak menengoknya. baca tajuk akk terbayang mee tarik warisan asli

  3. sebenarnya saya tak pernah makan mi lidi.

  4. Kat rumah SA ada je mee lidi ni adik beli..blom buat apa pun lagi..x tau nak masak cemana kan..hahaha..well nanti nak cuba la buat macam resepi ni..

  5. menarik kat mane nak beli mee lidi

  6. Tak pernah cuba mee ini.. Bolehlah sha cuba nanti..

  7. eekeke…biasa² je weh

  8. hahah…ni bukan mee tarik eh…heheheh..tetiba teringin nak makan mee tarik

  9. boleh la buat nanti SA

  10. kita beli kat kedai biasa je

  11. cuba ye nanti

  12. Wow nampak sedap, kalau Sis mee lidi ni jarang masak, yang selalu mee suah tu..sama ke ek ? Rasa lain kann..

  13. best dan menyelerakan la nmpk gmbr mee lidi ni..resei pun mudah..boleh try nati lepas raya…hihih

  14. mee suah tak tau yang mana satu…hehe

  15. nanti cuba tau cik tom

  16. Tak pernah lagi buat/makan mee lidi ni. Nanti nak try la buat. Budak² suka makan segala jenis mee ni. 🙂

    1. try buat nanti..Tengok sama ke tak rasanya macam mee biasa kita buat

  17. Wow.. pernh sy nmpk mee lidi..anyway mee apa² pn masak sedap..hehe🤭😋😋

    1. betul..tapi sesekali tukar selera la kan..Asyik mee kuning je

  18. lama tak makan mee lidi..suka rs kenyal2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *