Resepi Mee Kari Simple Janji Sedap | Bila tengok perkongsian resepi mee kari ni terus rasa nak buat.Macam dah lama pulak tak buat mee kari kat rumah tu.
Nak buat mee kari ni mudah je,Janji cukup bahannya maka menjadilah ia.Umi dulu kalau ada kawan-kawan yang nak datang beraya memang suka buat mee kari ni.
Bahan nak buat mee kari ni pun takdelah rumit mana.Kalau tengok resepi yang dikongsikan di Facebook memang betul-betul simple.Umi share untuk korang yang mencari resepi mee kari simple dibuat hanya guna bahan yang cukup mudah juga.Jom tengok resepi mee kari simple janji sedap ni untuk korang yang takde idea nak masak apa untuk hujung minggu nanti ye.
RESEPI MEE KARI SIMPLE
Resepi asal : Puan Fiza
Bahan-bahannya
- 4 Biji bawang merah – blend
- 1 labu bawang putih – bland
- 2 pek serbuk kari daging ( pek kecil)
- 1 senduk cili giling
- 1 pek 3 sekawan( guna yang rm1)
- 2 kiub pati ayam maggi
- fishcake
- Fishball
- Tauhu kering
- Isi ayam atau tulang ayam
- 1 kotak santan 200ml
- Gula dan garam secukupnya
- Air
- Ikan bilis segenggam dan blend dengan sedikit air sehingga hancur
BAHAN HIASAN
- Telur rebus
- Cili merah
- sawi
- taugeh
- Limau Kasturi
CARA MEMBUATNYA
- Tumis bahan kisah, 3 sekawan, cili kisar dan serbuk kari.
- Lepas itu Tumis sampai pecah minyak dan naik bau.Masukkan ikan bilis yang dah dikisar tadi
- Kemudian masukkan batang sawi sahaja yang dah di potong.
- Masukkan santan dan air secukupnmya.
- Masukkan kiub bati ayam, garam dan gula secukupnya.Kalau suka boleh la letakkan ajinamoto.
- Last sekali masukkan tauhu kering dan tunggu sehingga mendidih.
- Selepas tu bolehlah masukkan mee di dalam mangkuk lain, dah masukkan kuah serta bahan hiasan tu.
Rahsia mee kari jadi sedap adalah bila korang masukkan ikan bilis tu.Hah..Itulah rahsianya yang dikongsikan oleh Puan Noor Hafidzah Adam
Senang kan buatnya.Dah tau tu boleh la cuba buat kat rumah tu.
Nak lagi resepi boleh cari dekat menu tab : Resepi
Artikel lain boleh baca juga :
- BERBUKA PUASA DI THISTLE HOTEL JOHOR BAHRU
- SELAMAT ULANG TAHUN MY DEAR SELF
- BERBUKA PUASA DI GBW HOTEL RAMADHAN KEEMPAT
- BAWA PAWAGAM DI RUMAH DENGAN INLAB SENZ SMART HOME CINEMA PROJECTOR
- 5 KEHEBATAN AIR YASIN UNTUK SUAMI ISTERI
Jana pendapatan dengan Bisness Bakeri yang mudah
Sedapnya mee kari. buat sendiri boleh letak banyak rencah sikit. Lama tak buat mee kari.
Sedapnya. Dah lam tak buat mee kari.
sedap-aedap sekali sekala dapat makan macam ni hujung minggu. Malas masak, lump sum kan aje begini. 🙂
sedap-sedap sekali sekala dapat makan macam ni hujung minggu. Malas masak, lump sum kan aje begini. 🙂
Terliur tengok.. Sedapnya..