10 Koleksi Resepi Mudah Kuih Raya Wajib Ada Bila Raya

10 Koleksi Resepi Mudah Kuih Raya Wajib Ada Bila Raya

10 Koleksi Resepi Mudah Kuih Raya Wajib Ada Bila Raya | Bagi korang yang tercari-cari idea nak buat kuih raya tahun ni, bolehlah cuba aneka resepi kuih raya ni

Walaupun masih lagi berdepan dengan pendemik ni, raya tetap raya kan? Walau tak boleh menziarahi dan perlu mematuhi SOP, kuih raya tetap tak boleh ditinggalkan.Nak-nak kuih raya orang-orang lama.Memang tak boleh tinggal kuih tu tau.Dan ini juga adalah antara kuih raya yang wajib ada bila hari raya.Jadi tak perlu susah-susah nak menggoogle, umi compilekan dalam satu entry 10 Koleksi Resepi Mudah Kuih Raya Wajib Ada Bila Raya

 

#1. TART NENAS 

Tart nenas ni adalah kuih yang sentiasa ada bila hari raya.Boleh dikatakan wajib adalah.Kuih yang selalu orang akan rasa setiap kali berkunjung di rumah.Tart Nenas gebu gebas ni resepi dari Kak Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 250 gm mentega
  • 300 gm tepung kastard
  • 50 gm gula kaster
  • 40 gm tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit kuning telur + Sedikit air + Pewarna kuning – sapuan

Cara cara:

 
  1. Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.Masukkan dalam acuan dan picit, letakkan inti dan gulung.
  2. Sapukan sedikit kuning telur dan susun ke dalam loyang.Bakar pada suhu 170c selama 25 minit.
  3. Susun atas redai dan biarkan dia sejuk.Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam bekas tertutup.

Baca juga 7 resepi kek span ikut sukatan cawan

#2. BISKUT SARANG SEMUT

Dan ini juga merupakan biskut raya yang wajib ada.Nak buatnya pun mudah.Umi memang selalu guna resepi ni untuk buat biskut ni.Jom kita tengok resepi biskut sarang semut yang rangup dan cair dimulut.Resepi ni mengikut sukatan cawan ye.Terima kasih kepada yang berkongsi

Bahan-Bahannya

  • Mentega/Marjerin (250gm)
  • 1 cawan Tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit pewarna kuning
  • Esen vanila
  • Choclate rice- hiasan
  • Paper cup

Cara membuatnya

  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180c selama 10 minit.
  2. Pukul gula dan mentega sehingga kembang
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanila
  4. Kemudian masukkan pula 3 jenis tepung tadi.Gaul sehingga menjadi doh
  5. Parut doh dan letakkan di dalam paper cup
  6. Letak choclate rice di atasnya dan bakar dengan suhu 180c selama 25 minit hingga masak

#3. BISKUT ALMOND LONDON

Bahan-bahannya

  • 250gm buttercup
  • 1/2 cawan gula
  • 3 sdb susu tepung
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Bdam biji secukupnya.Badam digoreng dengan api yang kecil sampai ada bunyi meletup 3 kali.Toskan dan lap minyaknya kemudian bakar lebih kurang 20 minit.Nak bakar pun boleh,
  • Badam cincang secukupnya
  • Untuk salutan biskut, coklat masakan secukupnya dan coco butter untuk cairkan.

Cara Membuatnya

  1. Dalam 1 bekas masukkan butter dan gula.Kacau pakai senduk.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur.Kaca rata.
  3. Kemudian masukkan semua jenis tepung dan sebatikan.Kalau rasa lembik tambahkan sedikit tepung.Kalau rasa keras, tambahkan sedikit butter.Bulat-bulatkan dia dan bakar pada suhu 180c selama 20 minit.
  4. Untuk coklat boleh gunakan teknik double boil

#4. CORNFLAKES MADU

resepi cornflakes madu

Cornflakes madu ni memang mudah sangatlah nak buat.Umi pun rajin jugak buat cornflakes madu.And tahun ni walau tak dapat nak rentas negeri pun takpe.Janji dapat makan kuih raya.Jom tengok resepi cornflakes madu guna sukatan cawan resepi dari Che Nom ni

Bahan-Bahan:

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau taburan manik, untuk hiasan
  • paper cup, secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

#5. BISKUT SEMPERIT

resepi biskut semperit

Bahan-Bahan Biskut Semperit :

  • 250gm Mentega
  • 150gm Gula Aising
  • 1 Kuning Telur
  • 1 sk Esen Vanila
  • 250gm Tepung Cookies (Red Rose)
  • 150gm Tepung Kastad
  • 30gm Tepung Jagung
  • Gula Urai
  • Coklat Urai
  • Ceri

Cara-cara :

  1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati di dalam mangkuk yang besar. (tak perlu terlalu kembang)
  2. Ayakkan tepung cookies bersama tepung kastad dan tepung jagung. Masukkan tepung ni ke dalam adunan tadi.
  3. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Masukkan ke dalam acuan dan teran lebih kurang 2-3cm panjang.
  5. Taburkan coklat rice atau pun sugar sprinkle ke atasnya.
  6. Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit atau sehingga kekuningan.

#6. BISKUT SEMPERIT SUSU  GUNA 3 BAHAN

Plan nak buat tahun ni,insyallah moga tercapai hasrat nak buat kuih raya.Takde penyakit M melekat kat badan.

Bahan-Bahan

  • 5 cawan tepung jagung
  • 1 cawan plan( boleh guna buttercup 250g)
  • 1 cawan susu pekat ( guna cawan yang sama)
  • Pewarna dan coklat cip untuk hiasan

Cara membuatnya

  1. Gaul sebati planta dan susu.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat kat tangan.Doh tak boleh kena angin nanti keras dan susah nak tekan dalam acuan.Doh kena lembik-lembik sikit supaya senang nak tekan nanti.
  3. Asingkan kepada beberapa bahagian mengikut berapa banyak warna kita nak gunakan.
  4. Ambil doh sikit-sikit dari setiap warna dalam acuan.Selang seli.Cubit pink dulu, pastu warna hijau dan kuning.Ulang sampai acuan penuh
  5. Bakar 30-35 minit atau ikut oven masing-masing.
  6. Siap untuk dihidangkan

#7. BISKUT MAKMUR

Umi ambil resepi biskut makmur guna sukatan cawan sebab lebih mudah daripada nak ditimbang.Jarang sangatlah guna penimbang untuk sukat.Jadi guna sukatan cawan lebih mudah.Resepi asal disini

Bahan Doh Biskut Makmur Gebu:

  • 4 Cawan Tepung Gandum | disangai hingga naik bau
  • 1/2 Cawan Gula castor
  • 1/4 Cawan susu tepung | tak kisah brand apa
  • 3 Sudu besar buttercup | Cairkan dulu & tunggu sejuk
  • Minyak jagung | Secukupnya

Bahan Inti Biskut Makmur:

  • 500 gm kacang tanah | sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk
  • Minyak jagung | secukupnya

Cara Buat Biskut Makmur Gebu Cair Di Mulut:

  • Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
  • Campurkan tepung gandum tu bersama gula castor, butter yang dah dicairkan (pastikan butter dah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.
  • Masukkan sikit2 minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tu boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
  • Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
  • Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh.
  • Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
  • Bakar dengan suhu 150Ëš selama 20 minit.
  • Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.
  • Golekkan biskut makmur ke dalam gula halus @ gula kastor
  • Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.

#8. BISKUT KACANG

Umi pasti ramai yang suka makan biskut kacang.Biskut kacang ni antara biskut raya yang popular zaman mak-mak kita dahulu tau.Umi ambil resepi mudah biskut kacang guna sukatan cawan dari Che Nom untuk umi cuba nanti.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan serbuk kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 cawan gula halus
  • minyak jagung daisy atau minyak mazola, secukupnya
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji kuning telur, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah,gula halus dan garam hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
  2. Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan bulat.
  3. Susun dalam dulang yang digris dgn mentega atau dilapik dengan baking paper. Sapukan dengan kuning telur di permukaan biskut dan bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

Tips:

  • Untuk mendapat serbuk kacang tanah yang halus, goreng tanpa minyak sehingga kacang menjadi rangup dan buang kulit sebelum dikisar halus.
  • Boleh juga hiaskan bahagian atas biskut dengan kacang.

#9. BISKUT BANGKIT

resepi biskut bangkit

Umi share resepi yang umi rasa mudah nak buat.Dapat sebalang 2 pun jadiklah kan buat makan raya nanti.Untuk biskut bangkit ni umi ambil resepi dari Che Nom.Serius kalau nak cari resepi korang masuk je blog che nom tu.Banyak sangat resepi yang korang boleh follow.Yang penting sedap.

 

Bahan-Bahan:

  • 330gm tepung ubi
  • daun pandan
  • 30gm shortening
  • 130gm gula icing
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 130ml santan pekat
  • secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Dalam kuali goreng tepung ubi dgn daun pandan dgn api kecil sehingga tepung ringan(sedikit kekuning2an)
  2. Kemudian ayakkan tepung dan dibiarkan sejuk.
  3. Pukul gula icing dan kuning telur sehingga ringan dan berkrim dan gula benar sebati
  4. Masukkan 100 ml santan dahulu dan puku rata lagi
  5. Masukkan tepung ubi tadi kedalam mangkuk adnan tadi,tambahkan sedikit garam dan perlahan2 menguli sehingga doh tak melekat pada tangan
  6. Tambahkan santan sedikit demi sedikit bila perlu
  7. Tutup doh dgn kain lembab,dan rehatkan selama 30 mnt
  8. Terapkan doh menggunakan acuan yg sesuai dan boleh lah dibakar pada suhu 170’c lebih kurang 20-25 minit atau sampai masak mengikut oven masing-msing

#10. BISKUT MAMA CAREY

Dulu rajin ler buat mama carey ni,makin berusia ni makin banyak pulak penyakit M.Insyallah tahun ni nak jugak buat kuih 2,3 macam.Tahun lepas buat popia simpul.Tahun ni takdelah nak menyimpul..hahah.Jom tengok resepi biskut lejen mama carey ni.

Bahan-Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula ising
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B-Topping

  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji telur putih
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan esen vanila
  • Emulco coklat

Cara buat Topping Biskut Mama Carrie

  1. Putar putih telur dan gula aising sampai kembang, gebu dan sebati.
  2. Masukkan tepung jagung serta esen vanilla dan putar lagi.
  3. Asingkan satu sudu untuk letak emulco coklat untuk lukis atas biskut.
  4. Hias guna kreativiti sendiri

Cara buat biskut

  1. Pukul mentega bersama gula aising dan esen vanilla
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung serta susu tepung.
  3. Uli sampai jadi adunan yang lembut.
  4. Selepas itu canaikan
  5. Terap menggunakan acuan
  6. Sapukan topping atau nama lainnya cream ising pada permukaan kuih dan lorek coklat diatasnya.

 

Ha..itulah 10 Koleksi Resepi Mudah Kuih Raya Wajib Ada Bila Raya dan ada di atas meja.Ini antara kuih raya lejen yang menjadi kegemaran ramai.Betul dak..Plan minggu ni nak buat semperit 3 bahan tu.Senang je nampaknya.Oven takde kita guna jelah air fryer kat rumah tu.

 

 

 

Loading

3 thoughts on “10 Koleksi Resepi Mudah Kuih Raya Wajib Ada Bila Raya

  1. saya paling suka biskut makmur. yang masuk mulut terus cair. pastu, saya suka mama carey tapi yang sedap la. jarang dapat makan yang bebetul sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *