5 Resepi Kuey Teow Wajib Korang Cuba

5 Resepi Kuey Teow Wajib Korang Cuba

5 Resepi Keuy Teow yang wajib korang cuba bila korang dah takde idea nak sediakan makanan apa untuk dihidangkan untuk keluarga atau mereka yang datang ke rumah.

Kalau dulu umi tidaklah menggemari sangat kuey Teow ni, tetapi memandangkan dah bersama dengan orang yang suka akan kuey Teow ni sedikit sebanyak umi banyak belajar resepi kuey Teow.Asyik kuey Teow goreng je mestilah bosan kan?

Kalau korang tak tau resepi apa nak buat dengan Kuey Teow tu meh umi share 10 resepi kuey teow yang wajib korang cuba

5 Resepi Kuey Teow Wajib Korang Cuba

#1 Kuey Teow ladna

Bahan-Bahan

  • Ayam dipotong dadu
  • Sotong atau udang
  • 2 Ulas bawang putih
  • Sayur ( kobis/sawi/carrot/tomato atau lain-lain sayur)
  • Fishball/Fishcake
  • 3 Sudu tepung jagung yang telah dicairkan
  • 2 biji telur
  • Kuey Teow
  • Kicap manis

Cara membuatnya

  1. Untuk buat kuah, masukkan air mengikut jumlah makan
  2. Masukkan bawang putih dan diikuti dengan ayam/sotong/udang/fishball/fishcake
  3. Asmukkan semua sayur dan renehkan
  4. Masukkan telur dan biar sebati dengan kuah
  5. Masukkan prendah dan perasakan dengan garam atau gula
  6. Masukkan cili padi jika nak pedas
  7. Akhir sekali masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah dan ketepikan
  8. Untuk Kuey Teow pula  lumurkan dengan kicap manis dan gaul.
  9. Goreng sekejap di dalam kuali yang tidak melekat.Barulah diangkat dan dimasukkan kuah ke atas Kuey Teaw tu tadi

Boleh juga cuba resepi lain

#2 Kuey Teaw Sup Thailand

Bahan-bahan

  • 1 Ekor ayam
  • Kicap sotong
  • Kicap cair
  • Lada hitam ditumbuk halus
  •  Lada sulah
  • 1 labu bawang putih dikisar
  • Akar ketumbar
  • 1 ketul kiub ayam
  • garam
  • perencah
  • gula

Bahan hiasan

  • Kuey Teow
  • Taugeh dicelur
  • Kangkung/sawi dicelur
  • Kacang tumbuk(optional)
  • lobak Masin dicelur
  • Ayam/daging/perut diracik halus
  • serbuk cili kisar
  • cili jeruk
  • daun ketumbar

cara membuatnya

  1. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan akar ketumbar, ayam,kicap cair. kicap sotong, kiub ayam, lada sulah dan lada hitam
  2. Sementara menunggu ia mendidih, tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perencah
  4. Tunggu ayam sedikit lembut
  5. Kemudian keluarkan ayam untuk diracik isinya
  6. Boleh dihidangkan bersama bahan hiasan

#3 Char Kuey Teow Basah Penang

Bahan-bahannya

  • 200 gm udang( guna 12 ekor size L
  • 250ml air ( masukkan 1/2 cawan sahaja)
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 sudu kecil garam( ikut pada kesesuaian)
  • 1 sudu kecil gula
  • garam dan perasa secukup rasa

Cara Buat Pes

  1. Rebus udang dengan air.Bila udang hampur masak, angkat udang dan ditoskan airnya
  2. Air rebusan jangan buang.Kupas udang dan asingkan isi dari kulit serta kepala.
  3. Ambil kulit dan kepala udang dan kisar bersama air rebusan tadi.Tapis dan ketepikan air pati udang 
  4. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang, reneh higga menjadi paste yang agak pekat
  5. matikan api dan biarkan sejuk seketika

Bahan Untuk Mee

  • 300 gm Kuey Teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • Kerang
  • Sedikit kucai dan taugeh
  • 1 biji telur

Cara Menggoreng Mee

  1. Tumis lada boh sehingga garing dan masukkan dalam 4 sudu besar paste tadi.
  2. Masukkan udang yang telah direbus dan juga kerang.
  3. Air didih masukkan kuey Teow, kucai, taugeh dan kacau rata
  4. Pecahkan telur, kacau dah bolehlah diangkat.

# 4 Kuey Teow kantonis

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus Kuey Teow
  • 5 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
  • isi ayam
  • Kicap pekat
  • Kicap biasa
  • Serbuk pati ayam
  • Garam
  • Gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu tepung jagung
  • sawi
  • Cili
  • Cuka

Cara Membuatnya

  1. Lumur kuey Teow dengang kicap pekat dan kicap biasa.
  2. Panaskan minyak, masukkan 2 ulas bawang putih yang sudah ditumbuk dan masukkan kuey teow
  3. Gaul rata dan asingkan
  4. Untuk kuah, tumis bawang putih sehingga naik bau
  5. Masukkan ayam dan masak sehingga keluar air ayam dan tambahkan air
  6. Taburkan serbuk pati ayam, garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa
  7. Biarkan kuah mendidih dan masukkan telur yang telah dipukul
  8. Tuang air tepung jagung dan masukkan sayur.Gaul dan tutup api.

#5 Kuey Teow Hong Kong

Bahan-Bahan

  • 1/2 peket kuey teow (500gm)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Minyak secukupnya

Bahan Kuah

  • 1 biji bawang holland (hiris)
  • 6 ulas bawang putih (cincang)
  • Semangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
  • kubis bunga
  • brokoli
  • Lobak Merah
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 pati kiub ayam
  • Air secukupnya
  • lada sulah
  • 1 1/2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang puith dan bawang holland sehingga naik bau.Masukkan ayam dan gaul rata.
  2. Masukkan cili jika nak rasa pedas.Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi.Kemudian masukkan sos tiram dan juga kiub ayam.Tambahkan air secukupnya
  3. Bila dah mendidih, masukkan lada sulah dan kacau rata.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.
  4. Kacau rata dan bairkan ia mendidih sebelum tutup api.
  5. Untuk Kuey Teow panaskan minyak secukupnya.Pukul telur dengan tepung jagung.
  6. Masukkan kuey teow yang telah dibasuh dan tuang telur.Goreng hingga garing dan angkat.
  7. Masukkan Mee ke dalam pinggan dan tuang kuah yang sudah siap tadi.

Selamat mencuba..

Loading

2 thoughts on “5 Resepi Kuey Teow Wajib Korang Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *