RESEPI

Resepi Kuey Teow Goreng Sheila Rusly pertama kali dicuba

Resepi Kuew Teow Goreng Sheila Rusly pertama kali dicuba

Resepi Kuey Teow Goreng Sheila Rusly pertama kali dicuba | Lain orang lain cara memasak dan juga bahannya.Kalau umi juga lain bahannya.Sesekali follow resepi orang tu kadang-kadang best jugak ka.Tapi tulah kadang menjadi kadang tak.Air tangan orang kan, takkan sama.

Sesekali kenalah cuba sesuatu yang baru.Selalu umi beli kuey teow yang besar sikit tu, tapi kalau ikut resepi kuew teow Sheila Rusly tu, dia guna kuew teow yang halus sikit tu.

Macam umi selalu guna yang besar tu.Tak taulah apa beza nama jenis mee ni.Tapi umi suka yang kecik-kecik tu.

Follow resepi char kuey teow mudah dan power sheila rusly ni memang mudah.Bahan pun mudah je.Kalau umi siap bawang blend masuk semua.Tapi kalau ikut resepi beliau ni memang lain.Ke, memang umi sorang je yang masak gitu.hahah..Hentamlah labu.Janji jadi rupa dan rasa char kuey teow tu.So, jomlah kita tengok resepi  Kuey Teow Goreng Sheila Rusly pertama kali dicuba ni.

RESEPI  KUEY TEOW MUDAH DAN SEDAP

Bahan-Bahan

  • 1 Bungkus Kuey Teow
  • Semangkuk kecil kerang yang dah dikopek
  • Beberapa ekor udang
  • 1 batang fishcake
  • 1 biji telur
  • 4 biji bawang putih di cincang halus
  • 2 sudu cili blend (ikut kepedasan korang)
  • 2 sudu besar sos tiram*
  • 2 sudu besar sos cili*
  • 3 Sudu besar kicap manis*
  • 2 Sudu besar fish sauce*
  • 2 sudu besar kicap cair*
  • Taugeh ( umi suka letak banyak)
  • Sedikit hirisan daun kucai

Yang bertanda * tu satukan dalam bekas

Cara Membuatnya

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih.
  2. Dah naik bau dia tu, masukkan cili blend .Gaul sampai pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan sos yang dah disatukan tu.Gaul lagi.
  4. lepas tu masukkan udang dan fishcake.
  5. Masukkan kuey teow.
  6. Pecahkan telur sebiji – umi ketepikan sikit kuey teow tu ketepi kuali dan pecahkan telur,baru gaul sekali dengan kuey teow tu.
  7. Masukkan kerang dan gaul sebati.
  8. Barulah masukkan daun kucai dan taugeh.Kacau bagi rata semua tu, dan tutup api.
  9. Umi tak letak garam sebab fish sauce tu pun dah rasa masin.Ikutlah kalau korang nak masin lagi boleh tambah garam

Sekuali umi bagi hah.Nanti nak buat char kuey teow banjir pulak.Selalu umi beli je kat luar.Nak buat sendiri tu belum lagi.

Tengok Resepi char kuey teow basah che nom tu macam sedap je.Resepi  Kuey Teow Goreng Sheila Rusly pertama kali dicuba ni pun not bad jugak.Cuma takdelah basah sangat kan..Biasa-biase je..Janji sedap di makan seisi keluarga…settle

Nak cuba Resepi aneka Mee boleh tengok di entry ini

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *