Kuew Teow Goreng Menu Sarapan pagi | Plan dari semalam memang nak buat kuew teow goreng bila nampak kat Ig Sheila Rusly tu nampak sedap je.Tetapi kita hanya mampu merancang, tapi bila ke kedai, semua lupa nak beli.Maka jadilah Kuey Teow goreng cara umi.
Kalau ikutkan resepi kuey Teow goreng sheila Rusly tu ada dimasukkan kerang dan juga daun kucai.Tapi tulah, bila ke kedai semua dah tak ingat.Jadi masak jelah apa yang ada kat dapur tu.
Sekuali umi buat hari ni memandangkan ada dua adik umi yang bertamu dari malam tadi.So, pepagi ni masak jugaklah untuk diorang.
Resepi kuew teow goreng ni korang bolehlah menggoogle.Terlalu banyak resepi mudah yang korang boleh follow mengikut citarasa memasing.
Sambil tu memikir jugak nak sediakan menu apa pulak untuk makan tengahari.Cakap jugak dengan anak-anak selagi tak habis kuew teow ni dalam kuali jangan harap umi nak masak.
Tapi tulah kan, tak sampai hati pulak tak sediakan makanan tengahari.Jadi masak jelah apa-apa menu yang boleh anak-anak tu makan.
Umi campak jelah sayur sawi tu untuk menyerikan lagi kuew teow umi tu.
Kalau korang nak resepi Sheila Rusly buat tu, boleh follow resepi dibawah
RESEPI KUE TEOW GORENG KERANG LEBIH
Bahan-Bahan
- 1 bungkus kuew Teow
- 4 ulas bawang putih
- 5-6 tangkai cili kering yang dah dikisar
- 6 sudu kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat*
- 1 sudu besar kicap manis*
- 1 sudu besar sos ikan*
- 1 sudu kecil white pepper*
- Segenggam Taugeh( lagi banyak lagi sedap)
- Daun kucai
- Fishcake ( ikut korang nak guna banyak mana)
- Beberapa ekor udang
- Kerang yang dah siap di kopek
- 2 biji telur
Yang bertanda * korang campurkan dalam satu mangkuk dikacau dan korang ketepikan.
Cara membuatnya.
- Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan bawang putih dan selepas tu masukkan pula cili kisar.
- Goreng sehingga naik bau.Dan selepas itu masukkan udang dan fishcake.Gaul sehingga sebati.
- Masukkan campuran kicap kedalam kuali
- Barulah masukkan kuew teow dah gaul sehingga semua sebati.
- Tak perlu letak garam sebab campuran kicap tadi dah pun masin.Tapi ikutlah koranglah kan.Kalau nak tambah lagi masin masukkan garam.
- Masukkan dua biji telur .Seeloknya ketepikan dulu kuew teow tu ketepi.Boleh tengok video Link ni >> SINI<<
- Masukkan kerang.Barulah masukkan daun kucai dan juga taugeh.
- Kemudian gaul sebati daun kucai dan taugeh kemudian bolehlah tutup api dan hidangkan
Mudah kan nak buat kuew teow goreng ni.Umi sebenarnya lebih suka kuew teow goreng basah tu..Haduii sedap weh!
More resepi korang bolehlah belek-belek disini ye
So siaplah menu Kuew Teow Goreng Cara Menu Sarapan pagi untuk kami sekeluarga.
Oh ya, Sekolah-sekolah di Johor mula bercuti sehingga 14 Nov 2020.Johor dah dilabelkan sebagai Red Zone.Nampaknya nak keluar mana-mana lebih kena berhati-hati.
akak kalau dapat kuey teow goreng sendiri ni, harus makan bertambah2
Fuh, lama benar tak makan kuey teow penangan laki tak suka mee putih ni. Menjeling je kuey teow sekilo kat kedai. Kang beli makan sorang tak habis pulak. Sedapnya tengok orang lain masak. Nak sikit boleh… :p
sy x makan kue teow.. sebab dulu kt sekolah.. kalau makan.. salu muntah… maybe sebab bentuknya… so dia rasa aneh kat tekak.. hahaahahss. mak pun x masak la kue teow kt umah ni.. adoi… sampai skrg.. kalau try tu ada la sikit sikit.. tapi x hbis punyaaaa.. hahahahahah… pelik2
tu la tu. semlm jumpa dgn member yg keje di johor. dia maklumkan aida yg johor PKPB jugak 🙁
aduhai. covid19 ni semakin mengganas! serata negara! aduhai 🙁
Paling jahat kue tiaw ni, makan tak ingat pinggan… lagi kalau taugeh sebenbam Sis ko hadap hahahahaha