Menu Ikan Caru Sumbat Bakar Sesekali Sedap Juga | Bila hari-hari duduk rumah, sampai tak tau dah nak masak apa.
Kena pulak dengan sayur bening pun dah jadi pada umi.Kalau babah dia tak minat sangat bening-bening.Tapi kalau umi sayur bening, ada pulak ikan goreng dan ikan kering, sambal belacan, memang jadiklah..Hilang diet tau.
Tapi tulah, bila tak tau nak masak apa, dok survey kat facebook apa agaknya menu dari kawan-kawan umi.Umi suka tau kalau tengok menu-menu diorang ni.At least boleh la bagi idea kat umi ni nak masak apa untuk esok dan esoknya.
Kalau tak kang, buntu nak masak apa.Tetiba rindu nak makan Ikan bakar Crystal Bay Alai Melaka.Puas hati tau makan kat sana.Kalau RM200 tu, bawak family memang puas la nak makan seafood.Bila la gaknya kan boleh pi jalan-jalan.
Rindu nak bercuti tau.Anak-anak pun dah bosan duduk kat rumah je.
Hah, berbalik pada menu yang umi masak, menu ikan caru sumbat sambal bakar sesekali sedap juga.Maunya tak sedap, umi yang masakkan..hahaha..Tapi kalau orang lain masak lagi sedap kot.Teringin nak buat ikan caru bakar sumbat kelapa..Eh ada kan?hahah
Umi nak buat pes ikan bakar tu sampai sekarang tak buat lagi.Tunggulah ada kerajinan nak membuatnya nanti, umi cubalah.Memang tak pernah buat pun, cuma rajin membeli je.Dah ada pes tu, bakar je seafood apa yang nak dibakar.Lepas tu masukkan pes,Settle kerja weh
Â
Hah inilah kejadiannya selepas dibakar.Masuk jelah dekat pemanggang ajaib ni.Resepi ikan caru bakar sumbat sambal ni korang boleh google je.Kalau tak pun korang boleh follow ikan resepi caru bakar sumbat sambal kak azie kitchen.Mudah weh..Nak umi tepek resepi kat sini..
credit photo kak azie
Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal
Sedapnyaaa.. My favourite uiii!