ikan bawal emas

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Lemak Cili Api

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Lemak Cili Api | Jalan-jalan kat pasar hari tu entah kenapa teringin nak nak beli Ikan Bawal Emas ni hah.Tanya babah sedap masak apa, dia kata masak lemak cili api.

Selalunya umi beli ikan bawal hitam tu je.Sedap gak buat 3 rasa ke ape kan? Tapi hari tu saja nak tukar selera.So, umi beli je seekor suruh kerat 4.Hah..gitulah..

Resepi Masak lemak mudah je.Takdelah susah mana pun kan? Cuma ada sesetengah orang dia akan goreng dulu ikan tu.Tapi umi teus je masak.Tak dan nak menggoreng dah..Maklumler waktu kerja, balik pun dah pukul berapa.So, ambil jalan mudah, tak payah nak goreng.Not Bad la kan rasa dia.

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Lemak Cili Api

 

Bahan-Bahan

  • Sebiji Bawang besar
  • 5-6 biji cili api( ikut korang nak letak banyak mana)
  • 2 kepingAsam keping
  • 1 batang serai
  • Sedikit ikan bilis
  • Kunyit( umi takde kunyit hidup, guna kunyit serbuk je)
  • Sedikit Garam
  • Santan ( umi guna santan kara sahaja)

 

Cara membuatnya.

  1. Blend bawang merah, cili dan ikan bilis
  2. Masukkan ke dalam periuk yang berisi airdan masukkan sekali ikan.Ikut korang jika korang suka tumis bahan blender tu ye.
  3. Masukkan asam keping dan serai.Kemudian masukkan santan.
  4. Kacau dan perasakan dengan garam.
  5. Tengoklah kalau ikan tu dah masak, dah cukup lemak semua, dah boleh dihidangkan…

Orang kata kalau tambah belimbing buluh lagi sedap..Tapi umi masak apa yang ada je kat dalam rumah tu.So, takdelah belimbingnya…

Hah..Itulah resepi simple umi untuk juadah berbuka puasa.

 

Terus terfikir petang ni nak masak apa…

 

Loading

1 Comment

  1. Lama Suami tak mancing, kalau tak, asyiklah makan ikan bawal emas ni sesajaa….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *