RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI HARI INI

Resepi daging masak merah ala thai ni dan untuk kali pertamanya umi buat.Ada je resepi daging masak merah lain, tapi ikutlah mana yang mudah.Yang penting guna bahan sedia ada je kat rumah tu.

Bila hari-hari duduk kat rumah ni, idea memasak tu banyak,tapi nak keluar cari bahan tu yang kadang-kadang terbantut.Itu pun merahnya tak berapa nak merah sebab pewarna merah kat rumah tu tinggal sikit nau.Selalu ada je si sirap tu, dok umah ni memang cepat habis sebab si kakak tu suka dengan air sirap.

Jadi merah la jugak walau tak merah macam makan kat kedai.Tengok resepi daging masak merah kenduri kenduri tu nampak macam sedap.Tapi tulah, umi buat yang mudah jelah kan.Nampak tak tahap malas tu.

Tadi pun dah google resepi daging masak merah ala thai, tapi macam sama je kan.Jadi buatlah, janji nampak merah.Ada sikit lagi baki daging tu,esok campak je dalam mee hoon.

 

Baca juga : Resepi sizzling yee mee guna kuali

 

Sejak duduk di rumah, dan bakal jadi suri rumah sepenuh masa nanti, boleh la buat entry dengan kerap.Tagline “Umi masak apa hari ini” hahahah.

Bila takde idea nak memasak, kita pergi je dekat group-group yang share menu makanan diorang hari ni,mana tau kan boleh bagi idea.Umi bab memasak memang kurang tau.Tapi untuk masakkan untuk keluarga boleh la.Kadang ada dipuji, kadang ada je dikritik.Tapi umi doa jelah semoga umi dapat memasak dengan lebih rajin dan sedap..hahaha

Walaupun tak berapa terror, umi tepek jugak resepi yang umi follow dari blog Che Nom ni.

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI – CHE NOM

resepi daging masak merah ala thai

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kilo daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit pewarna merah
  • minyak secukupnya
  • 1 mangkuk minyak
  • 3 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 batang karot, hiris nipis
  • 7-8 biji cili padi, belah 2
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 mangkuk air rebusan daging
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1/2 biji bawang holland, hiris membulat
  • 3-4 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:

  1. Potong daging kepada 2 ketulan besar. Rebus di dalam periuk bersama air dan sedikit pewarna merah sehingga daging lembut. Setelah lembut, angkat dan sejukkan. Hiris nipis daging ikut arah lawan urat.
  2. Panaskan minyak. Goreng hirisan daging sehingga garing sedikit, angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  4. Masukkan daging yang digoreng tadi. Kacau-kacau sekejap.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  6. Masukkan hirisan karot, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Masak sekejap sehingga bahan bergaul sebati.(umi tak masukkan)
  7. Masukkan tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang dicarik-carikkan.(umi tak masukkan)

Ada je yang umi tak masukkan sebab bahan takde.Takde bahan takpe yang penting masak..kah-kah!!

Menu lain yang umi masak kari ikan,eh kenapa entah kari tu cair je kan..hahaha..

Hah, sardin tu breakfast pagi tadi.Makan dengan lempeng je.Tambah la sikit sayur kacang.Pinggan cantik tu umi nampak kat Daiso hari tu berkenan pulak.So, rembatlah dua tiga buat mood memasak..kah-kah.

 

 

 

2 Comments

  1. uiii nampak sodappp ni kak!

  2. Sedap sedap lauknya kak. Sedap kalau dapat makan daging masak merah ala Thai akak masak ni 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.