Resepi Daging Black Pepper Yang Sedap

Resepi Daging Black Pepper Yang Sedap

Resepi Daging Black Pepper Yang Sedap | Ingat nak buat daging bulgogi, memandangkan tak cukup bahannya, jadi umi buatlah menu yang umi nak sangat makan semalam.

Disebabkan babah BDR semalam, umi suruh dia rebus daging biar empuk.Jadi balik umi tinggal masak je.Takdelah habis masa nak menunggu daging tu empuk.

Resepi daging blackpepper yang sedap ni umi google je.Mudah sangat nak dapatkan resepi daging ni.Cakap je korang nak resepi daging apa, semua ada.Janji kena rajin menggodeh.

Baca juga : resepi tomyam abe jo

Nak buat daging blackpepper ni takdelah susah sangat.Janji bahan ada memang siaplah menu tu.Follow resepi campak-campak umi dibawah ni.

RESEPI DAGING BLACK PEPPER MUDAH STYLE UMI

Bahan-Bahannya

  • Daging ( yang dah siap rebus dan potong)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • Sedikit halia- hiris halus
  • Sedikit blackpepper
  • 2 sudu sos blackpepper
  • 2 sudu kicap masin
  • 1 biji kentang dihiris halus(ikutlah kalau korang nak masukkan ke tak)
  • 1 biji lada besar dihiris
  • Minyak untuk menumis

Cara membuatnya

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan juga halia.Panaskan api didalam kuali.
  2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos blackpepper dan kacau sebati.Masukkan juga daging.Kemudian masukkan sedikit air .Jika daging tu tak lembut lagi boleh tambah air.Dah pekat sikit masukkan kicap baru wow kehitaman.
  4. Boleh masukkan jugak kentang awal-awal supaya kentang tu empuk.
  5. Dah sebati semua, perasakan dengan garam kalau nak masin lagi la.Bagi umi dah cukup dah sebab dah letak kicap
  6. Dan siap untuk dihidangkan..

Resepi Daging Black Pepper Yang Sedap

Siap terus umi amik nasi, bersila di kerusi..Tak boleh tahan dah bau  tu.Nasib laki kenyang lagi..hahaha

Halah-halang, kacang sangatlah nak memasak ni,cuma kalau malas tu, memang takkan  berasap ler dapur korang tu.Mentang-mentang dah ada Foodpanda…hahahah…Umi ler tu.

Tunggulah umi jadi isteri sepenuh masa, nak masak apa je cakap, tak yah order kat luar.Hah gitu!!

tak taulah betul ke tidak tu nak masak itu ini.Yang masak hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan tu pun belum tentu.

 

Related Posts

5 thoughts on “Resepi Daging Black Pepper Yang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *