Resepi Burnt Cheesecake Tanpa Whipping Cream Mudah Sangat Nak Buat

Resepi Burnt Cheesecake Tanpa Whipping Cream | Mudah rupanya nak buat burnt cheesecake ni tanpa menggunakan bahan tu.

Anak-anak memang suka burnt cheesecake ni.Kalau buat satu adunan tu sekejap jelah habisnya.Hari tu diorng request nak buat lagi.Tapi memandangkan nak kena pergi pasaraya yang jauh sikitlah dari rumah tu, umi terus tak jadi.

Tapi depa ni bukan tau umi dia malas nak ke kedai.Yang kedai dekat tu kalau cream cheese tantura tu adalah.Yang lain memang takde diorang jual.Nak jadikan cerita hari tu umi terperasan dekat group masak apa hari ni tak silap umi, diorang buat burnt cheesecake dua bahan ni je.Google jelah resepi burnt cheesecake mudah ni dengan menggunakan susu full cream je.

 

Kalau dulu memang umi buat guna whipping cream.Bakar guna air fryer mudah..Tak perlu nak tunggu panas ke ape, masuk terus dalam air fryer terus set suhu..Tunggu siap and settle

Baca juga : Resepi Basque Burnt Cheesecake Guna Air Fryer

So, umi nak share sikitlah resepi burnt cheesecake tanpa whipping cream ni.Burnt Cheesecake guna susu full cream jelah senang.Benda tu memang ada sentiasa dalam peti ais umi.

Maka terjadilah resepi burnt cheesecake tanpa whipping cream seperti di bawah ni.

RESEPI BURNT CHEESECAKE GUNA SUSU FULL CREAM

 

 

Bahan-Bahannya

  • 250gm cream cheese tatura
  • 2 biji telur
  • 3 sudu gula ( Umi letak 4 sudu untuk manis sedikit)
  • 3 Sudu besar penuh teping gandum
  • 1 kotak kecill full cream milk dutch lady
  • Sedikit essen vanilla

Cara membuatnya

Blend semua bahan di atas sehingga halus

Kalau takde Mixer boleh guna blender je.hari tu nampak mixer ni sales kat shopee.So umi pun grab la.Mudah-mudahan umi terus rajin buat kuih lepas ni..hahaha

Masuk ke dalam loyang 7 inchi ( Umi guna Air fryer -So muat-muatlah loyang tu dalam air fryer)

Setkan suhu 180 dengan masa 25 minit.

Resepi Burnt Cheesecake Tanpa Whipping Cream

Tunggu punya tunggu jadilah cheesecake terbakar di atas.Yang terbakar tu lah yang sedap kan…kan..

Resepi Burnt Cheesecake Tanpa Whipping CreamUmi tak guna baking paper sebab takde kat rumah ni.Jadi malas nak ke kedai, umi sapu dengan marjerin jelah tepi-tepi dia.Tapi tu pun melekat jugak..Xpelah walau tak cantik dimata orang, namun sedap di tekak anak-anak umi.

Resepi Burnt Cheesecake Tanpa Whipping Cream

Sepinggan ni kejap je kehabisan.Umi tak buat terlalu manis.Untuk anak-anak ni memang takdelah nak manis. Sebab sejak dok rumah ni, banyak sangat makan benda manis.Ini pun sebab teringin nak buat..Kalau tak jangan harap.Kedai kek kat depan umah ni kena pejam mata,Kang tengok dek anak, kemain nak masuk kedai kek.

Lepas tu kalau mintak satu je takpe.Dan-dan ler teringin nak tu, nak ni.Macam-macam nak mengalahkan orang umi mengandung

Sukatan sudu tu guna sudu makan biasa je.Letak penuh-penuh sudu.

 

 

1 thought on “Resepi Burnt Cheesecake Tanpa Whipping Cream Mudah Sangat Nak Buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *