Resepi Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap | Nak memuaskan hati setiap orang memang susah.begitulah jugak memasak.Kena pada tekak kita kekadang tidak pada tekak orang.

Apa pun memasaklah dengan rasa tenang dan yang penting sedap..heheheh..Tapi syukur alhamdulillah ayam masak merah umi sentiasa dinikmati dengan rasa nikmat oleh Awfiyah dan babah.Umi guna resepi ayam masak merah yang mudah je ni.

Tapi tidak pada adik,memandangkan adik memang tak suka pedas dan yang paling teruknya, bila nampak merah terus dia reject makanan umi.Tidak pada kerepek ubi pedas ye.Yang tu dia akan makan.Tapi..segelas air memang kena ada kat tepi dia.

Walaupun umi masak ayam masak merah tu takdelah pedas mana, sampai kakak pun buat demo pun dia tak layan.Jadinya bertelur kicap jelah sebagai tambahan disamping lauk pauk yang lain

Punyalah umi masak nasi beriani masa hari raya haji hari tu pun tetap dimakan nasinya sahaja.Oh ya, ayam goreng tidak dilupakan.Kesian pulak kang makan nasi je.

resepi ayam masak merah

Nak masak resepi ayam masak merah kenduri kahwin memang lambatlah lagi.Jadi kita buatlah resepi nasi ayam merah mudah dan sedap untuk dihidangkan bersama lauk pauk yang lain.

Sebenarnya masakkan ayam masak merah ni banyak lagi variasinya, antaranya ayam masak merah thai, ayam masak merah kenduri simple, ayam masak merah perak dan macam-macam lagilah.

Kalau rajin korang google la..Tapi umi punya resepi ayam masak merah ni nampak biashe-biashe tapi sedap..hahahahah.

RESEPI AYAM MASAK MERAH MUDAH DAN SEDAP

resepi ayam masak merah

Bahan-bahan

  • Beberapa potong ayam(kalau umi masak kena ambil yang bahagian tulang-tulang)
  • 3 sudu besar cili kisar – nak letak lebih pun boleh
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • daun sup

Bahan Kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih

Selalunya bahan kisar ni memang dah sedia ada dalam peti ais.Umi ambil 2 senduk kecil bahan kisar 

Cara Membuatnya :

  1. Lumur ayam dengan kunyit dan garam.Kemudian goreng hingga masak.Tak perlu garing ayam tu ye.Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak
  3. Masukkan cili dan tumis dengan api perlahan sehingga masak.
  4. Masukkan gula dan garam dan kacau rata.
  5. Masukkan sos tomato dan sos cili, tambahkan sedikit air dan kacau lagi.
  6. Masukkan ayam goreng tadi dan kacau rata.kacau sehingga kuah tu pekat sikit 
  7. Hidangkan di dalam bekas dan taburkn sedikit daun sup

Settle memasak.Kalau ayam masak merah ni umi suka manis-manis sikit.Barulah sedap kan.

Kalau sikakak makan, nasi tak habis dulu, tapi ayam dah 3-4 ketul.Lagi kegemaran dia adalah nasi ayam.Kalau boleh seminggu tu entah berapa kali nasi ayam.Kalau rajin umi masak, kalau tak rajin umi beli je.Takat nak makan 2 orang tu kan..heheh

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *