RESEPI AYAM CILI DAUN KESUM MEMANG SEDAP

RESEPI AYAM CILI DAUN KESUM

RESEPI AYAM CILI DAUN KESUM MEMANG SEDAP.Resepi tiktok ni korang kena cuba tau.Memang sedap rasanya.Ada rasa-rasa lemak dan daun kesum tu yang menyedapkan ayam cili ni.

Ini adalah kali kedua umi buat sepanjang bulan puasa ni, yelah nak buat selalu kang orang muak pulak kan.Jadi cukuplah ulang 2 kali.Yang suka sangat makan ayam cili daun kesum ni si kakak lah.

Itu yang buatkan dia sekali lagi.Masa makan rumah nenek tak puas gaknya, jadi bila di rumah umi buatkan lagi untuk dia.

RESEPI AYAM CILI DAUN KESUM

Nak buat resepi ayam cili daun kesum ni tak memerlukan bahan yang banyak.Lagi senang kalau korang ada tanam daun kesum di rumah.Satu lagi bahan yang jarang korang guna kecuali bila nak buat kuih jelah.

Minyak sapi wajib ada sebab minyak sapi tulah yang menyedap dan memberi lemak pada ayam tersebut.

 RESEPI AYAM CILI DAUN KESUM

BAHAN-BAHAN AYAM CILI DAUN KESUM

  • 1/4 cawan minyak Ghee( tak kisah la brand apa yang korang jumpa)
  • 1 ekor ayam yang siap dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit
  • 5 biji cili merah besar
  • 11 biji cili padi merah dan hijau
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • sedikit daun kesum
  • 2 sudu sos tiram
  • garam dan perasa

Cara membuatnya

  1. goreng ayam dengan minyak ghee sehingga garing
  2. Setelah garing angkat dan toskan
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam minyak tadi.Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan sos tiram dan gaul rata
  5. Masukkan ayam dan gaul sehingga ayam kena dengan sambal.Dan perasakan dengan garam dan perasa.Kemudian masukkan sedikit daun kesum ke dalam ayam tadi.Masukkan satu sudu lagi minyak ghee untuk tambahkan lemak di dalamnya.
  6. Siap untuk dihidangkan

RESEPI AYAM CILI DAUN KESUM

Amacam korang, senang kan.Paling senang la nak buatkan.Umi tak ikut resepi sebenar sebab ada bahan yang takde.Tetap menjadi dan sedap.

Kita boleh je olah sedikit bahan asal mengikut berapa ketul ayam yang korang guna ye.Kalau ikut resepi ni guna 1 ekor ayam tau.

Jadilah sebahagian menu berbuka puasa untuk kali ni.

Tu dia, Mee sebesar mangkuk.Tapi alhamdulillah habis.En suami tu suka betul berbuka puasa dengan mee.Lepas ni menu apa pulak kita ek.

Puasa ni lemau sikit nak update menu berbuka puasa.Kalau dulu kemain rajin nak snap-snap gambar masuk dalam blog.Semoga lepas ni istiqomah la dalam update blog uii.

Macam nak buat pajeri terung hari ni.Tapi tengoklah macam mana.Ataupun buat puri cicah sardin

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *