Resepi Apam Pisang Ni Mudah Je Nak Buat

Resepi Apam Pisang Ni Mudah Je Nak Buat | Boleh la kan buat makan-makan petang untuk anak beranak.Bosan dengan cekodok kita buat apam pulak.

Memang pebret anak-anak apam pisang dan cekodok pisang.Selain makan macam tu je.Yelah pisang ni bukan boleh alam-lama dalam rumah.Dari dia membusuk gitu je baik kita buatkan sesuatu untuk dimakan bersama keluarga.

Lagi satu bebudak ni kalau tak dipotong dan ajak makan sama-sama memang berkulat gitulah jadinya.So, kenalah umi potong letak dalam pinggan dan makan sama-sama.Kawan kan dengan teh o atau kopi o.Memang layan sesangat.

 

Baca Juga : 7 resepi kek span ikut sukatan cawan

Nak buat  apam pisang coklat ni senang je.Bolehlah refer resepi apam pisang coklat ni kat bawah ni.Alah resepi apam pisang ni mudah je nak buat.Follow resepi kat bawah ni ye. umi memang saja letak coklat sebab nak bagi sedap lagi bebudak ni makan.

RESEPI APAM PISANG COKLAT KUKUS GUNA BLENDER JE

Bahan-Bahannya
  • 1 cawan pisang yang sudah dilenyek
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat *
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu serbuk koko
* diayak bersama
 
Cara membuatnya
RESEPI APAM PISANG COKLAT KUKUS GUNA BLENDER JE
  1. Masukkan air ke dalam pengukus dan didihkan dahulu.Kemudian didalam blender masukkan telur dan gula.Blend sehingga sebati.
  2. Di dalam bekas masukkan tepung yang sudah diayak, masukkan bahan yang dah di blend, kaup rata semua.
  3. Kemudian masukkan esen vanila.
  4. Masukkan pisang dan kaup rata semua.
  5. Dah sebati, bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian lagi masukkan serbuk koko dan gaul rata.
  6. Di dalam loyang, oleskan majerin atau korang boleh je letak baking paper.Tapi umi tak de benda tu, jadi nak elak melekat guna majerin jelah.
  7. Lepas tu boleh la korang masukkan dua adunan ni secara bergilir.
  8. Boleh la korang corakkan ikut kreativiti korang nak macam mana.Tengok jelah hasil lorekkan umi tu..cantik tak..hahahah
  9. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam.Lepas tu boleh la korang cucuk dengan lidi atau sudu, agak dia tak melekat kat sudu tu kira dah masak la ye.
 
RESEPI APAM PISANG COKLAT KUKUS GUNA BLENDER JE
Settle..Kalau tak habis boleh masuk dalam peti ais.Agak keras kukuskan je semula.Tapi buat hari tu tak dan nak keras dalam peti ais tu,esoknya dah habis licin.
 
Umi puas hati sebab diorang makan habis.Jadi tak membazir.
 

 

2 thoughts on “Resepi Apam Pisang Ni Mudah Je Nak Buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *