Resepi Aglio Olio Udang yang simple dan mudah disediakan.Tak perlu banyak bahan pun takpe, janji ada udang.Lagi pulak dihidangkan untuk anak-anak dan dibuat dengan penuh kasih sayang
Selalunya kalau umi buat soaghetti ni hanya bolognese dan carbonara je.Jarang rasanya umi buat Aglio Olio ni.Tapi hari tu, sajalah nak buat Aglio Olio lepas tengok resepi Aglio Olio udang kat satu blog ni wajib tabur Parmesan Cheese.
Wah!! umi kalau bab letak cheese ni memang pantang la.Bukan umi je, si Auni pun kemain lagi lah dia pun peminat cheese jugak.Eh, kat rumah ni memang tak tersenarai Parmesan cheese tu antara barang dapur yang wajib beli.Tapi bila nak menjamu tekak anak-anak ni, jadi kenalah pelbagai kan masakkan.Bebudak ni kadang ada cerewet dia datang, memang taknak makan nasi.Geram tau.
Jadi malam tu, umi plan nak buat menu western la.Ingatkan nak buat Bolognese, tapi memandangkan si adik ni, pantang nampak warna merah dalam masakkan, jadi umi masak yang simple je iaitu Aglio Olio Udang.
Resepi Aglio Olio ni mudah je korang nak sediakan.Tak perlu bahan yang banyak pun.Jadi jomlah Chef Umi nak tunjukkan macam mana nak buat Aglio Olio yang mudah sangat tu..hahaha
RESEPI AGLIO OLIO UDANG YANG SIMPLE DAN MUDAH
kenapa umi kata simple? Sebab ianya hanya memerlukan udang yang sederhana atau yang besar.Itu je.Lepas tu jangan lupa kopek separuh udang tu supaya senang anak-anak nak makan.Kalau tak buang kulit, umi jugak yang susah nanti masa nak makan, ada je mintak kopekkan kulit udang.Kalau tak, taknak makan…Haishhhh
Bahan-Bahan
- Spaghetti yang dah direbus
- 1 labu bawang putih yang diketuk
- 1/2 biji bawang holland dipotong dadu
- Hirisan cendawan butang ( optional)
- Daun parsley
- Tomato Ceri(Optional) umi tak letak sebab takde
- Sedikit garam
- Chili flakes( kalau takde chili flakes pakai je lada kering dan gunting halus)
- Minyak untuk menumis( umi guna minyak zaitun)
- Parmesan Cheese ( nak lagi sedap memang kena letak ni)
Cara membuatnya:
- Letak minyak dalam kuali, dan goreng bawang putih dan bawang holland
- Kemudian masukkan cili flakes.( Disebabbkan Auni tak makan pedas cili flakes ni umi letak sikit je)
- Masukkan sedikit garam dan spaghetti.Gaul rata
- Masukkan cendawan dan tomato ceri kalau ada.
- Kemudian masukkan daun parsley.Dan last sekali masukkan Parmesan Cheese.Kalau dah cukup semua rasa, matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Actually kalau nak, boleh je letakkan sausage dan sebagainya.Capsicum pun boleh untuk bagi menarik warna aglio olio tu.Tapi kita masak dengan bahan apa yang ada di rumah.Jadi begitulah hasilnya.Janji anak-anak makan dengan riang dan tenang.Haih!! Tenang tu jarang sangatlah..hahahah
Masa hidang dalam pinggan tu bolehla taburkan chili flakes dan parmesan cheese kalau korang nak pedas dah berlemak.Ala..macam korang makan dekat kedai tulah.Mesti korang akan tambah cheese kat atas dia kan.Hah gitulah umi.Lemak cheese tu yang menyedapkan lagi rasa aglio olio tu
hah..itulah resepi mudah aglio olio yang disediakan chef umi malam tu.Umi buat semangkuk besar.Ingatkan terlalu banyak, rupanya habis licin..Alhamdulillah untuk rezeki yang tak putus-putus.
Moga Allah swt perluaskan rezeki umi untuk menjamu anak-anak dengan makanan dari masakkan air tangan umi dia.
Aamin..