Besarnya Pahala Seorang Ibu

Besarnya Pahala Seorang Ibu yang melahirkan anak.Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula.

Perempuan islam yang sedang mengandung ternyatan mendapat kemuliaan dari sisi Allah set dan kandungannya akan dipelihara dengan baik sehinggalah selamat dilahirkan nanti.Besarnya pahala seorang ibu dan sebab tu kita harus menghargai setiap pengorbanan mereka.

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada puterinya Fathimah R.Anha” Wahai Fatimah, jika wanita mengandung anak diperutnya maka para malaikuat akan memohon ampun baginya dan Allah set menetapkan baginya sehari 1000 kebaikkan, menghapskan 1000 keburukkannya.Dan baginya pahala pejuang di jalan Allah swt.Jika dia melahirkan bayinya. maka keluarlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya dan tidak akan keluar dari dunia ini dengan membawa satu dosa pun.

Di kuburnya, akan ditempatkan di taman-taman syurga.Allah swt memberikan kepadanya pahala 1000 ibadah haji dan umrah dan 1000 malaikat memohon ampun baginya sehingga hari kiamat.

Subhanallah,sungguh besar kan pahala kepada seorng ibu.Betapa besar nilai seorang ibu yang melahirkan anak.

Tahu tak pahala ibu hamil yang dijanjikan oleh Allah Swt.Jom kita baca 7 pahala ibu hamil yang mudah untuk dimiliki.

Besarnya Pahala Seorang Ibu

7 PAHALA IBU HAMIL YANG MUDAH UNTUK DIMILIKI

Berikut ini adlah penjelasan berkaitan pahala ibu hamil yang akan diperolehi selepas mereka tahu mereka berbadan dua

#1 IBADAH SETIAP IBU YANG HAMIL

Pertama ialah berkaitan dengan ibadah yang dilakukan oleh ibu hamil akan diberikan ganjaran pahala yang cukup luar biasa oleh Allah swt.Lantas ia menjadi semangat untuk ibu hamil memperbanyakkan amalan yang soleh.

Rasulullah Saw turut mengatakan bahawa dua rakaat yang dilakukan ibu hamil adalah lebih baik jika dibandingkan dengan 80 rakaat yang dilakukan oleh perempuan yang tidak mengandung.

Keistimewaan itu diberikan atas sebab perempuan hamil sedang membawa janin di dalam kandungannya.Sekaligus janin yang berada di dalam perut ibu dapat mendengar kalimah suci Al-quran dan bacaan solat yang mempunyai maksud yang cukup mendalam dan baik.

Kepada ibu-ibu yang hamil, disarankan untuk membaca al-quran dan mendengar kalimah suci sambil berniat anak yang dikandungkan mempunyai sifat yang terpuji dan baik hati.

#2 PAHALA PUASA DAN PAHALA IBADAH DI MALAM HARI

Pahala ibu hamil yang seterusnya adalah mereka memperoleh pahala puasa dan pahala ibadan di waktu malam.

Ini kerana ibu sedang membawa amanah yang dikurniakan Allah swt kemana jua walaupun tubuh mereka penat dan sakit kerana kandungan semakin membesar.

#3 PAHALA MATI SYAHID

Keistimwaaan yang boleh diperolehi oleh wanita hamil adalah sekiranya mereka meningal dunia dalam keadaan melahirkan, mereka akan dianggap mati syahid.

Rasulullah Saw Bersabda

Mati syahid itu ada tujuh, selain mati terbunuh dalam perang fi sabilillah, iaitu mati kerana penyakit taum, mati kerana tenggelam, mati kerana penyakit lambung, mati kerana sakit perut, mati kerana terbakar,mati kerana tertimpa runtuhan, dan perempuan mati kerana hamil atau melahiran

-HR Ahmad, Abu dawud,Nasal dan Malik

Allah memberi jaminan ibu hamil yang meninggal dalam masa kehamilannya di mana mereka akan memperoleh syurga sebagaimana yang dijanjikan Allah pada orang lelaki jika mati syahid di medan perang.

Kedudukan tinggi orang perempuan semasa hamil menunjukkan betapa besarnya, harkat yang diberikan Allah dan Rasulnya kepada kaum wanita.

Walaubagaimanapun, kematian mereka akan jadi sia-sia jika kehamilan itu datangnya dari perbuatan zina.

#4 WANITA HAMIL SEOLAH BERJIHAD DI JALAN ALLAH

Semasa orang perempuan sedang mengandung yang bermula dari sakit ketika hendak bersalin, maka Allah akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

#5 MALAIKAT SENTIAS BERISTIGHFAR UNTUK IBU HAMIL

Semasa seorang perempuan sedang mengandung, maka malaikat akan sentiasa beristighfar untuknya dan Allah juga mentaatkan baginya setiap 1000 kebaikkan dan menghapuskan 1000 kejahatan

#6 MEMPEROLEH SATU PAHALA HAJI

Rasulullah SAW akan mendapatkan pahala 70 tahun solat dan puasa bagi wanita hamil dan juga yang mengerah keringat untuk melahirkan.

Malah setiap rasa sakit dalam urat sarafnya, akan digantikan oleh Allah dengan mengurniakan 1 pahala haji.

#7 SEGALA PAHALA JIKA MENGALAMI KESULITAN

Sekiranya ibu hamil megalami sakit, gangguan kesihatan, keletihan dan apa sahaja semasa hamil, maka segala urusan didunia ini akan diberikan ganjaran pahala.

Seorang wanita muslim itu akan menerima ganjaran pahala bahkan sehingga duri yang mengenai perempuan tersebut Allah akan hapuskan dosa-dosanya.

Umi mendoakan mereka yang belum lagi bergelar ibu, akan bergelar ibu satu hari nanti.Insyallah Aamin

 

 

 

22 Comments

  1. salam jumaat kak ida. besar nya pahala menjadi seorang ibu.. ^_^

  2. pengorbanan seorang ibu takkan mungkin boleh di balas …

  3. betul tu… even KA lebih rapat dgn arwah abah sebenarnya, still love my mum more !

  4. Besarnya pengorbanan ibu..sebab tu syurga dibawah telapak kaki ibu…salam Jumaat ya!!

  5. Memang besar pengorbanan seorang ibu. Bile i da ade anak..breastfeed anak..kne bgn tgh mlm sume baru faham kesusahan n ketabahan hati mak I dlu..=) even though anak da nk masuk 1 thn 2 bln..I masih lagi BF..alhamdulillah..syukur ALLAH masih kurniakan rezeki pada my son…kengkadang emo gak mlm2 still kne bgn 3-4 kali skang ni..hehehehe…thx for sharing ya!

  6. Assalamualaikum kak ida. Subhanallah. besar sungguh pahala… semoga Allah permudahkan urusan sheila sepanjang mengandung dan bersalin nanti.. in shaa Allah ~~~

  7. Ibu juga memainkan peranan besar pada keluarga.. tanpa ibu siapa lah kita…

  8. Selamat pagi dear,
    satu perkongsian yg amat bagus. semoga kita semua jadi ibu yang reda atas segala pemberian dan jasa kepada anak2, yg lain Allah akan uruskan…

  9. besarnya pahala seorang yang bergelar ibu….hana blogwalking here…kalau rajin mari singgah blog hana ad wt segmen

  10. Salam Jumaat Kak Eda, pengorbanan ibu tiada ternilai… ^_* I love my mom and appreciate her so that much even words couldn't describe…

  11. betul2..pengorbanan ibu sangat la beso, bila dah melahirkan anak, baru CN lagi sedar, susah melahirkan anak ni, tapi itulah pengorbanan seorang ibu 😉

  12. besar pengorbanan seorg ibu,dulu tak bape kisah sgt tp sejak dah jd ibu ni baru tau pengorbanan mak dulu & kenapa mak buat semua tu…sbb skrg bila anak nak apa2 pun seboleh mungkin cuba tunaikan

  13. besar pengorbanan seorang ibu… pada yang masih ada ibu hargailah dan sayangilah dirinya selagi hayat masih ada… Takkan ada orang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini.

  14. Itulah.. Bila jadi ibu, bru kita tahu btapa besar kasih dan pengorbann ibu..

  15. betul tu ida…satu hari nanti ida akan berpeluang menjadi seorang ibu..
    masa tu rasa nak duk bawah ketiak mak pulak..

  16. Besarnya pengorbanan seorang ibu.janganlah kita sekali pun sakiti hati ibu kita.

  17. mmg besar pahala jd ibu kan.. moga kita dipercepatkan utk jadi ibu.. amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published.