Renungan bersama dalam mendidik anak-anak

Assalamualaikum
sumber:google
Artikel ini bukanlah untuk mengajar ibu bapa di luar sana yang membacanya..Tetapi sebagai satu renungan untuk aku dan ibubapa di sana untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.Perkongsian ini juga bukanlah melihatkan aku sebagai ibu yang bagus dalam  mendidik anak-anak..Aku juga seorang ibu yang masih belajar tentang cara  mendidik anak-anak..Kekadang terfikir bila kita memarahi anak-anak dengan tengkingan itu betul atau salah.Perlu ke kita minta maaf dengan anak-anak selepas kita memarahi mereka dengan teruk.Hukuman bagaimana yang perlu untuk kita lakukan terhadap anak-anak kita ni  apabila mereka berbuat salah.
Aku harap korang tak judge aku macam bagus je minah ni…Seperti yang aku katakan tadi,aku juga seorang ibu yang belajar untuk cara mendidik anak dengan betul.Supaya anak ini,satu hari nanti membesar dengan kebaikkan.
Sebenarnya nak mendidik anak di zaman sekarang ni,memerlukan kesabaran.Memerlukan kita untuk tahu cara didikan yang betul supaya anak tidak memberontak satu hari nanti atas kesalahan kita dalam mendidiknya.
Terdetik untuk berkongsi dengan pembaca blog ni pun selepas membaca artikel ini di facebook baru-baru ni.Ada 22 cara untuk kita mendidik anak kita dengan betul seawal mereka kecil lagi..Orang kata,nak mendidik,biarlah dari kecil.

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Diharap,kita semua akan menjadi ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak.Moga melahirkan anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat..insya allah..

Loading

2 Comments

  1. tertarik dengan cara nom 3 tu,
    ada betulnya kalau rotan bahagian tue,
    macam kita buat refleksologi,

  2. Bab mendidik tak kiralah mendidik anak sendiri mahupun anak org lain memang suatu pembelajaran yg panjang. Hatta seorg guru pun selalu terus belajar apa lagi yg menjadi ibu-bapa selagi bernama ibu-bapa banyak ilmu kena gali dan cari macam tips yg Eda bagi inilah sebahagiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *