RENEW DOMAIN WP UNTUK SETAHUN LAGI

RENEW DOMAIN WP UNTUK SETAHUN LAGI.Biasalah setiap tahun bila tibanya bulan ogos, umi dah siap simpan untuk membayar domain.

Bayaran domain tu hasil daripada blog juga.Jadi umi simpan sikit-sikit untuk bayar duit doman.Syukur alhamdulilah, ramai juga klien yang menggunakan khidmat penulisan umi walaupun umi rasa penulisan umi ni belum cukup baik lagi.

Tapi tahun ni sampai terlupa nak renew.Itupun sedar masa tengok blog tak boleh bukak.Jadi tau dah kenapa.Check email rupanya dah terlebih tarikh.Padanlah muka kan.

Ada lagi yang umi tak puas hati dengan blog ni.Masih lagi terkial-kial nak belajar tentang wordpress ni.Bila bab teknikal ni umi memang ZERO.Memang langsung tak pandai.Tapi ada lah sikit-sikit yang umi belajar pasal WP ni.Yang tak bestnya pasal cpanel.Haish!! kena tipu je dek service provider.Bila kita guna sampai bandwith kita melebihi had sepatutnya kita check kenapa, bila mereka suruh kita bayar untuk besarkan storage tu, kita pun mengiakan je.Padahal benda tu boleh je kita adjust.Takpelah, dah bayar pun kan.Tunggu tahun hadapan kita beralih kepada service provider yang lain.

Alhamdulillah, untuk pencapaian blog semakin hari semakin meningkat.Penutup bulan ogos, umi dah capai pv melebihi 100k.Oklah kan.Yang penting kena rajin update blog dan masukkan banyak keyword dalam blog.

Broken link pun masih terkawal dengan adanya plugin.Kalau dulu beribu-ribu broken link yang terpaksa dibetulkan, jadi bila guna plugin memudahkan sangat umi.Dan itu juga antara salah satu sebab bounce rate blog semakin tinggi.

PAGEVIEW BLOG SEMAKIN BERTAMBAH BAIK

Bila rajin update makan pv kita semakin baik.Yelah, blog sebelum ni bukanlah bagus sangat, jadi kena sentiasa update dan masukkan keyword banyak-banyak. 

Insyallah nak buat lebih baik.Kalau boleh nak la ada income sebulan sekali untuk menampung perbelanjaan.Dah duduk rumah ni tak boleh jelah goyang kaki je.Jadi kenalah buat sesuatu.Bila kita tau minat kita pada benda tu, why not kita buat kan benda yang kita buat.Sayang kalau semua peralatan ada, tapi tak digunakan sebaik mungkin.Dari buat benda tak berfaedah, baik kita buat benda yang berfaedah.

Selain bisnes buku tu, boleh juga tampung sedikit sebanyak kan.Alhamdulillah syukur.Semoga niat baik umi berhenti kerja jaga mak, Allah gantikan yang lebih baik nanti

Doakan umi ek.Alhamdulilah dan renew domain WP untuk setahun lagi.Hari tu hampir-hampir nak beralih semula pada blogspot, tapi husband kata teruskan jelah, sayang pulak kalau dibiarkan.Orang dah kenal kisahsidairy dan tuannya, jadi bila dilepaskan gitu, sayang pulak.

 

Jadi kita teruskan jelah lagi.Semoga ada rezeki yang lebih baik selepas ni..Insyallah, aamin.

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.