rencentric set lunch renaissance hotel johor bahru.4

LUNCH DATE DENGAN RENCENTRIC SET LUNCH RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU

LUNCH DATE DENGAN RENCENTRIC SET LUNCH RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU| Sesekali berkumpul dengan dak-dak JDT Blogger sambil makan lunch kat Renaissance Hotel Johor Bahru.

Sesekali kan nak makan sama-sama dengan kawan-kawan yang sama minat ni memang seronok.Apa taknya, dari sebelum makan, order dan makanan sampai tak habis-habis berborak dan bergambar.Sampai penuh galeri ui.

Itu belum lagi gambar makanan, mau beribu-riban gambar dalam galeri phone.Saja je kali ni kami pilih set lunch sebab masing-masing nak mencuba Rencentric Set Lunch dekat Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Hotel Johor Bahru.

Umi dah beberapa kali jugaklah makan di Wan Li Chinese Restaurant.Kalau dulu umi dah try Buffet Dim sum dia, memang puas hati.So, kali ni umi nak cuba pulak menu set lunch diorang pulak.

Sesekali ubah selera pada set lunch kan, selalunya kami pilih buffet lunch.Makanan dengan kami memang tak boleh dipisahkan..hahahah.

Untuk Rencentric set lunch ni boleh pilih dua premium dim sum, satu main course dan satu dessert.Untuk air pulak memang complimentary chinese tea.

Oklah, untuk pilihan umi, Umi pilih Superior Siew mai dan Deep fried bean curd skin roll with prawn.Untuk Main course pulak umi taknak makan nasi, so umi pilih Braised Ee Fu noodle with crab meat & vegetables.uih! banyak betul portion untuk mee ni.Sampai umi berkongsi dengan yang lain.

LUNCH DATE DENGAN RENCENTRIC SET LUNCH RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU

Dan untuk dessert pulak umi pilih Homemade tropical Mango pudding.

Kalau korang nak makan set lunch yang ada nasi korang boleh la cuba menu seperti Wok-fried chicken sliced with dried chili & Cashew Nuts tu.

LUNCH DATE DENGAN RENCENTRIC SET LUNCH RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU

Tak pun korang boleh cuba jugak fried squid with salted egg yolk & curry leaves.

Itu pun sedap jugak sebab umi dah try makan yang si Sunah dan Sislin order.

Bukan setakat sislin dan sunah je umi try set lunch diorang, si Suzie,ajan dan syu pun umi cuba jugak.Itu bestnya kalau pergi berkumpulan.Dah nama set lunch kan, jadi nak order semua untuk sorang makan memang idok ler.

LUNCH DATE DENGAN RENCENTRIC SET LUNCH RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU

Bila dah ramai-ramai kawan yang datang, boleh la cuba jamah set lunch diorang.Baru adil..Betul dak hahah.

Kenyang betul lunch kitorang hari tu.Lepas kekenyangan barulah boleh sambung membawang.Habis semua bawang dikupasnya.

Jika korang nak lunch tapi tak tau nak makan apa, apa kata korang bawa family, officemate atau sesiapa jelah untuk datang lunch dengan Rencentric set lunch kat sini.Ada setiap hari tau dari 11.30 pagi hingga 3.00 petang.

Sebelum balik kita group photo dulu la ramai-ramai buat kenang-kenangan kan

Umi letak segala details tentang lunch set ni kat bawah ye.

?????????? ??? ????? Wan li Chinese Restaurant Renaissance Hotel Johor Bahru
Daily lunch

Harga : RM68 nett per set
11.30 pagi hingga 3.00 petang
?15% diskaun untuk ahli Club Renaissance Hotel
?https://wa.me/60127719056
?https://bit.ly/TableAppWanLi
?www.wanlichineserestaurant.com
#kisahsidairydotcom #bloggerjohor #jdtblogger #chinesefokd #setlunchhotel #foodjohorblogger #foodie #johorblogger

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *