rempah perap frozen shilanal

REMPAH PERAP FROZEN SHILANAL MUDAH DIGUNAKAN

REMPAH PERAP FROZEN SHILANAL wajib ada dalam peti ais.Kotlah teringin nak makan yang perap-perap tu, takdelah leceh kan nak beli barang untuk perapan.

Zaman sekarang ni semuanya nak mudah.Kalau dulu bak kata Mak mentua umi, kalau teringin nak makan kena buat sendiri.Sampai dia pun pelik kenapalah asyik ada je orang hantar barang.Termasuklah barang basah mahupun yang kering.

Ada jiran umi ni dia memang menjual rempah perap, jadi tak perlu susah nak keluar jauh-jauh.Kita support kan jiran-jiran dan rakan-rakan meniaga.Kebanyakkan jiran-jiran umi  ramai yang meniaga.Umi pasti di perjiranan korang pun ramai kan yang berjual beli ni.

Kalau ada rezeki tu, kita supportlah mereka ni.Mana tau time kita pulak meniaga diorang support kita.Jadi tengahari tu si Auni nak makan ayam.Disebabkan umi dah masak labu masak lemak dan ikan goreng, ayam pun takkan nak goreng jugak kan.Jadi umi perapkan je dengan rempah perap frozen Shilanal ni.Keluarkan awal pagi-pagi,dah tak beku terus kita perapkan dia.Lagi lama perap lagi sedap.

Nak resepi ayam berempah yang sedap boleh klik kat link INI

rempah perap frozen shilanal

Lepas dah sejam dua tu masuk terus dalam Air Fryer je mudah.Sambil tu boleh la umi buat kerja lain.Menyidai baju, menyapu sampah, haishh macam-macam lah.Macam tulah kan kita orang perempuan.Kalau mak umi marah tau kalau buat kerja tak menyambil.Mulalah dia membebel.

Complete dengan sos blackpepper sekali umi beli.Actually bukan ini je tau yang Shilalal ni jual, malah ayam perap dan kambing perap pun dia ada jual.Cuma umi belum la lagi try ayam dan kambing perap dari shilanal.Tunggulah nanti nak mencuba jugak.

Takat ayam tu boleh je kita perap kat rumah kan? Tapi kambing tu umi tak pernah lagi beli kambing untuk masak sendiri.Kalau hari raya turn abang ipar beraya kat sini baru dibelinya kambing tu.Risau pulak umi nak masak kambing.Satunya takutlah hanyir kambing tu tak hilang dan sebagainya.

Jadi kebanyakkan kita banyak beli yang dah ready untuk dipanaskan je.hahha..Senang cerita umi tak pandai masak kambing.

Sambal belacan wajiblah ada kalau ada sayur lemak ni.Anak dara sorang tu sound umi, takde ke yang pedas-pedas mi.Haish!! hah tu sambal belacan cicah jelah dengan ayam or ikan.Ikan tu kita goreng gegaring ek.Barulah sedap.Barulah ekor kena curi.Tiba-tiba bersih je ekor ikan tu.

Tak lain tak bukan si kakak punya kerjalah.My mistake sebab ajar dia makan hari tu.Mula-mula dia tanye boleh makan ke mi, umi jawablah boleh.Suruh dia try mula-mula taknak, lepas tu bukan main kalau goreng ikan, hilanglah ekor dia tu.

Oh ya, korang kalau nak dapatkan Rempah perap frozen Shilanal ni boleh terus whatssap dia atau korang boleh tengok dekat Page dan juga IG beliau untuk tengok produk-produk keluaran SHILANAL ye.

rempah perap frozen shilanal

FACEBOOK | INSTAGRAM | WHATSSAP

 

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *