Mudahnya dengan Rempah BBQ Ayam Bakar ni | Kerja memasak pun lagi cepat.Jadi adalah masa nak buat kerja lain.Hanya gosok perap dan bakar sahaja menggunakan Air Fryer atau pemanggang ajaib atau kuali leper tu je.

Umi memang suka simpan stock yang ready macam ni.Kadang-kadang permintaan anak-anak ni memang tak dijangka.Kalau tengah malam nak, tengah malam tu jugak kena sediakan.Nak kata esok tak boleh takut malam-malam diorang kelaparan pulak.Nak taknak kena juga sediakan.

Sejak ada rempat Ayam BBQ ni, senang la sikit kerja umi.Umi just perap siap-siap ayam menggunakan rempah bby ayam bakar Mommyhappy ni, kalau diorang nak, umi just masukkan je dalam Air Fryer.Bakar dalam 20 minit siap untuk dimakan dengan nasi.Mudahnya dengan rempah BBQ ayam bakar ni.Meh umi tunjukkan cara bagaimana nak perap menggunakan rempah bbq ayam bakar ni.

CARA MUDAH PERAP AYAM GUNA REMPAH BBQ AYAM BAKAR MOMMYHAPPY

rempat bbq ayam bakar

  • Sediakan beberapa ketul ayam ikut kegunaan
  • Campurkan 3-4 sudu mengikut berapa banyak ayam yang korang gunakan ye.
  • Campurkan juga 1-2 sudu minyak zaitun untuk rasa lebih juicy
  • Tidak perlu tambah apa-apa lagi perasa 
  • Gaul rata bahan perapan dengan ayam dan biarkan ia selama 10-15 minit.
  • Masukkan ke dalam Air Fryer dengan suhu 180 dengan masa 20 minit.
  • Kalau rasa tak masak lagi boleh la adjust balik masa tu.Ikut juga ketebalan ayam korang tu ye.

Mudahnya ada Rempah BBQ Ayam Bakar ni

Dan ready untuk dihidangkan..Mudah kan.Kalau korang taknak bakar terus pun takpe ayam tu.Boleh simpan kat freeze.Lagi lama ayam tu diperap semakin sedap tau.

Mudahnya ada Rempah BBQ Ayam Bakar ni

Rempah ayam perap BBQ ni boleh juga korang gunakan untuk perap udang, sotong dan sebagainya.Kalau korang tengok gambar di atas begitulah rupa bentuk rempah ayam ni.

Apa yang umi suka rempah ni takdelah rasa pedas dan anak-anak boleh makan.Didatangkan dengan Zip lock yang mudah sangat kita simpan samada di luar atau dalam freeze.

Untuk 1 pack ni beratnya adalah 250gm dengan harga RM10 je korang.Murah kan..Kalau korang berkenan nak dapatkan rempah ni, boleh la whatssap umi ye.

 

Nak tengok Testimoni mereka yang dah menggunakan rempah ayam bbq bakar ni boleh tengok sini : Testimoni

Jom sama-sama kita support local brand.Kalau tak korang sape lagi kan?

 

 

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

3 thoughts on “Mudahnya dengan Rempah BBQ Ayam Bakar ni”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *