Redcool Energy: Siri Minuman Edisi Terhad Terbaharu Hasil Kerjasama Coolblog dan Red Bull Kini Di Pasaran!

Berita baik untuk CooLovers yang mengamalkan gaya hidup aktif dan menginginkan minuman tenaga dengan kelainan tersendiri untuk mengharungi rutin harian. Coolblog tampil bekerjasama dengan Red Bull melalui varian Red Bull Plus mereka untuk menghasilkan Siri Redcool Energy terbarunya yang memberikan pengalaman minuman unik dengan gabungan tenaga dan pencuci mulut dalam satu minuman.

Pelanggan akan berpeluang menikmati rasa buah kiwi yang menyegarkan dan menghilangkan dahaga dengan Energy Xtra Kiwi atau campuran buah beri yang melazatkan dengan Berry Explosion. Pertama seumpamanya, gabungan kedua-dua jenis minuman ini bukan sahaja mempunyai kelebihan Vitamin C daripada jus buah-buahan tetapi juga Vitamin B3, B5 dan B12 serta ekstrak Guarana semulajadi tanpa gula daripada Red Bull Plus.

“Coolblog sentiasa berusaha untuk menggembirakan pelanggan kami dengan cetusan pelbagai rasa baharu yang inovatif dan kreatif, dan kami percaya smoothie buah-buahan edisi terhad yang menggunakan Red Bull Plus dan perisa kiwi dan buah beri berkualiti iaitu Siri Redcool Energy akan memenuhi citarasa pelanggan yang mencari minuman berperisa yang baharu dan menyegarkan,” kata Win Zaidi Zakaria, Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan, Coolblog Dessert Sdn Bhd.

Smoothie buah-buahan penuh tenaga pertama Coolblog x Red Bull Plus pilihan terbaik untuk mendorong anda melangkah lebih jauh

“Redcool Energy adalah minuman yang sempurna memandangkan kita telah mula kembali ke pejabat dengan waktu rehat yang terhad serta sibuk menguruskan anak-anak kembali ke sekolah atau terperangkap dalam kesesakan. Kami pastinya berharap pelanggan akan menikmati kebaikan menyegarkan dalam setiap tegukan yang akan mengekalkan tenaga anda untuk bertahan sepanjang hari menerusi tawaran baharu kami,” tambah Win Zaidi.

Siri Redcool Energy dijual pada harga RM 8.80 setiap satu dengan harga Power Combo istimewa iaitu RM 15.00 untuk dua (2) cawan minuman 700ml. Sempena kempen edisi terhad ini, pelanggan akan mendapat satu (1) tin Red Bull Plus secara percuma dengan setiap pembelian Siri Redcool di cawangan Coolblog yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Coolblog dikenali ramai dalam penghasilan pelbagai pencuci mulut dan minuman inovatif berinspirasikan citarasa tempatan dan antarabangsa untuk pelanggan. Pada Hari Malaysia baru-baru ini, Coolblog memperkenalkan Smoothie berperisa Durian dan Cendol dan pada bulan Ramadhan, Coolblog bekerjasama dengan FarmFresh untuk pengeluaran Smoothie Kathira dan Susu Kurma.

 

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Rohaida Yusof (@sitirohaida_yusof)

 

Untuk meraikan lagi kolaborasi edisi terhad ini, Coolblog menganjurkan aktiviti jelajahraya di sembilan (9) cawangan Coolblog terpilih di seluruh negara seperti yang disenaraikan di bawah. Layari laman sosial @CoolblogMalaysia di Facebook dan Instagram untuk pengumuman dan maklumat lain.

 

2 Comments

  1. Sedap je rupa air dia. Lama dah tak pekena coolblog ni.

  2. Wahh dah ada minum tenaga pulak. Coolblog ni sentiasa ada je minuman baru keluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *