Rebut Peluang Untuk Berpuasa Hari Tasu’a dan Puasa Asyura pada 9, 10 dan 11 Muharram.Dalam Kalendar islam bulan Muharram memiliki dua hari yang khusus dan sangat dihormati oleh umat Muslim diseluruh dunia.
Dua hari tersebut merupakan hari yang penuh bermakna dan memiliki praktik ibadah khusus, termasuk puasa yang dipandang penting dalam rangka meningkatkan keimana dan kesolehan umat islam.
Dua hari Yang Bermakna dalam Bulan Muharram
Hari Tasua
Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah ﷺ. Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura iaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah ﷺbersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.
“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Sewaktu Rasulullah ﷺberhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
NIAT PUASA ASYURA DAN TASU’A MUHARRAM
Rasulullah ﷺbertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?” Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi ﷺ: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
Rasulullah ﷺbersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
Fadhilat Puasa Tasu’a
Rasulullah ﷺ turut membimbing para sahabat agar berpuasa sehari sebelum hari Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan daripada amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang Yahudi. Sabda Rasulullah ﷺ:
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا
“Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” (HR Ahmad)
Cara Dan Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a
نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى
Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnatal Lillahita’ala “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala” Tarikh Hari Tasu’a Di Malaysia 9 Muharram 1445H / 27 Julai 2023 (Khamis)
Hari Asyura
Asyura (Arab: عَاشُورَاء) adalah hari kesepuluh Muharram Takwim Hijrah. Asyura adalah hari ketika Musa dan anak-anak Israel diselamatkan oleh Tuhan dari Firaun dan menyeberangi Laut Merah. Pada hari ini, Hussein bin Ali, cucu Nabi Muhammad, terbunuh dalam pertempuran Karbala.[1] Gerakan Dunia Sunni merayakan hari ini sebagai Hari Nasional Syahid Umat Islam di bawah pimpinan Seyyed Imam Hayat.[2] Dan berpuasa pada hari ini dianggap sebagai tradisi.[3]
Bagi orang Syiah, Ashura adalah kemuncak bulan Muharram, dan peringatan kematian Hussein ibn Ali dan keluarga serta penyokongnya dalam pertempuran Karbala pada 10 Muharram 61. Berkabung pertama untuk kejadian itu bermula sebaik sahaja berlaku pertempuran.
Fadilat Berpuasa Hari Asyura
Kelebihan berpuasa pada hari Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.
Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Riwayat Ibn Majah (1738)
Cara Dan Lafaz Niat Puasa Asyura
نَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى Nawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita’ala “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala” Tarikh Hari Asyura Di Malaysia 10 Muharram 1445H / 28 Julai 2023 (Jumaat)
Bagi tahun 2023, tarikh Hari Asyura & Hari Tasu’a adalah seperti berikut:
PUASA TASU’A : 9 Muharram = 27 Julai 2023 (Khamis)
PUASA ASYURA : 10 Muharam = 28 Julai 2023 (Jumaat)
Puasa Hari Putih : 13, 14, 15 Muharam – 31 Julai, 1 Ogos, 2 Ogos 2023
Nampaknya tahun ni tak dapatlah umi nak berpuasa, tetapi boleh lagi berzikir dan lakukan banyak perkara yang baik-baik.
Korang yang ada kesempatan tu jangan lupa untuk rebut peluang berpuasa pada hari Tasu’a dan Asyura ye.Jom kita rebut peluang untuk berpuasa hari tasu’a dan puasa asyura