Realeos Kids mini kitchen playset educational toy untuk Naura

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ hah…benda ni dah lama fikir untuk belikan dak naura tau.Tapi fikir negatif and postifnya bila beli barang mainan untuk dia.

Tapi bila fikirkan kesian,kenalah jugak belikan untuk dia.Yelah…kat rumah,dia bukannya ada kawan nak bermain.Kalau main dengan umi,haruslah dia suka melanyak umi dia tau.Lagi satu nak hindarkan dia dari asyik nak tengok handphone,makanya umi beli juga untuk dia.

Tu pun masa nak beli memang fikir habis-habisan tau..Siap google apakah manfaat memberikan anak alat permainan..Ada di majalah pama aku baca tentang ciri-ciri yang perlu kita pertimbangkan ketika membeli alat permainan untuk anak.Jom kita lihat apakah ciri-ciri yang kita perlu timbangkan untuk bagi mereka alat mainan

  • Menyokong perkembangan kemahiran motor dan kecergasan fizikal kepada si anak
  • Menjana perkembangan fikiran yang positif
  • Memacu kebolehan anak untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
  • Menggalakkan sifat ingin tahu dan mencuba kepada diri anak
  • Mendorong anak meniru tingkahlaku kepada diri anak
  • Meningkatkan kemahiran bahasa
  • Memperkukuhkan semangat bekerjasama,bantu membantu dan perkongsian
  • Tidak menyerupai bentuk sebenar sesuatu makhluk(patung)
So,bila aku dah pastikan bahawa Playkitchen tu ada dalam ciri-ciri di atas…Terus je lah aku beli.
Ni hah…Realeos Kids mini kitchen playset educational toy.
source : google
Dah pun sampai semalam..Bila tengok je kotak yang dibalut plastik tu semalam,dia sibuk dok tanya barang apa tu.Sampai rumah dia yang sibuk nak bawa kotak tu..ala..kotak pun bukan berat sangat.So saja umi suruh dia buka plastik tu..Bila tak boleh dia pulak nak mengamuk.
So umi bukakkan untuk dia,terus dia cakap wah!!!! antek mi..bukak mi!! hah..terujalah tu.

Muka keterujaan tu sampai nampak gigi arnab dia..haishhh..ni terkenan kat cik mamat dialah ni gigi arnab…bhahahaha…
So dia sangat excited sampai time umi pasang pun dia suruh umi cepat-cepat..haihshhh…tak menyabo budak Naura ni.
Hah…siap dah…Oklah untuk dia main,actually ada je Playkitchen yang besar dia,tapi korang kena cari kat tempat menjual mainan budak-budak..harganya pun boleh tahan jugak.So untuk playkitchen ni aku beli kat Shopee je..Murah sikitlah..Harga  RM34.90 je.
Kat situ aku ajar dia peralatan tu untuk apa…guna sudip,pinggan,pisau dan sebagainya..Lagi satu kalau memasak,siap ada bunyi tau..tu yang dia suka sangat tu.
So kalau korang nak juga beli set Realeos Kids mini kitchen playset educational toy  boleh survey kat SHOPEE MALAYSIA tau.Online shopping kedua yang paling aku suka…hehehehe…


ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

4 Comments

  1. waw… tambahkan semangat yah dalam menyebarkan ayat-ayat Allah dalam blog mu… tentang semangat ,,, biar tambah semangat nih yang baca free to visit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *