Rawatan Ultra Soothing Facial Di Dermalene Johor | Kali ni umi memilih Dermalene Johor Bahru untuk memanjakan kulit muka umi yang dah berkerak ni.
Kalau nak cerita pasal kulit muka ni kan, memang banyaklah masalah yang umi alami.Kalau kita tengok dari mata kasar, takdelah teruk sangat.Sampailah ko datang analisa muka ko dekat Dermalene Skin Specialist ni, baulah tau muka ko tu banyakkkkk sangat masalah.,
Takde jerawat, nampak kulit cantik, tak semestinya kulit korang tu sihat ye.Sebab apa? hah! ni korang kena datang sendiri di Dermalene Skin Specialist ni untuk ketahui lebih lanjut tentang apa masalah kulit muka kita ni.
Bila nampak muka tu flawless je, tak nampak cacat cela, jangan lupa tau kulit mempunyai kelembapan berbeza-beza di setiap tempat.Mungkin korang rasa pipi korang lebih lembut, tapi bagaimana pula di bahagian hidung, dahi dan tempat-tempat lain?
Jadi sesekali korang kena datang ke sini untuk melihat sejauh mana tahap kesihatan kulit korang termasuk umi ni.
Dari alam pekerjaan semasa muda remaja lagi umi memang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat.Sampailah umi pernah mencuba produk-produk chemical.Bila dah semakin tahu tentang banyak maklumat skincare, barulah umi berubah untuk mencari skincare yang lebih selamat.Umi beli je dekat Drugstore tu.
Bila dah berkahwin ni semakin lama masalah jerawat pada kulit muka umi ni dah berkurangan.Cuma, biasalah kan, time datang period tu adalah sebiji dua.Itu normal je kan.Janji kita kena cegah sebelum parah.
Masa dapat tahu yang Dermalene Skin Specialist ni ada kat Johor, umi pun cuba-cubalah call dan buat appointment.So, lepas hantar anak sekolah, umi pun berdesuplah ke Dermalene Skin Specialist Bandar Dato Onn iaitu cawangan mereka di Johor ni.
Oh ya, umi cerita sedikit latar belakang Dermalene Skin Specialist
DERMALENE SKIN CENTRE – KLINIK PAKAR KULIT
Dermalene Skin Specialist ini di asaskan oleh Dr Alina Hasni yang mempunyai Master in Science Clinical Dermatology di Cardiff.Fokus Dermalene ialah memfokuskan rawatan kulit seperti jerawat, jeragat dan parut jerawat.Kini mereka mempunyai cawangan di seluruh Malaysia termasuklah cawangan terbaru mereka di Johor bahru.
Dermalene juga ada mengeluarkan produk mereka sendiri yang boleh didapati di website mereka iaitu di Dermalene.com
Sampai je sana, diorang macam dah tau je kedatangan umi.Suka betul umi dengan suasana tempat facial macam ni.Best ooo.Sebelum menunggu kedatangan staff Dermalene untuk bagi advisor, umi kena isi satu borang maklumat untuk tindakan mereka selanjutnya.
Ni hah borangnya, jadi isilah dengan jujur ye.Lepas pada isi borang tu barulah diorang panggil untuk konsultasi.
Di dalam satu bilik nilah diorang akan mulakan analisa muka korang.Tengok apa jenis rawatan yang diorang boleh suggest pada korang mengikut keadaan kulit muka korang tu.
Ada beberapa produk skincare yang mereka suggest untuk umi pada hari konsultasi.Produk tu takde jual kat mana-mana kecuali klinik mereka.Memang takde bahan terlarang dalam produk mereka ni tau.Takde bauan wangian pun dalam produk diorang ni.
Kalau korang nak beli produk Hellocare ni boleh la beli dekat website mereka di Dermalene Shop ni.
Oklah, jom kita scan muka tengok apa masalah kulit muka umi ni.Pertama kali tengok kulit muka sedalam-dalamnya, aduiii memang mengerikan.Kalau tengok mata kasar takdenya nampak cela kat muka ni sehinggalah mereka menggunakan mesin khas ni.
Masa nilah keluar result untuk kulit muka umi.Diorang melihat pada kelembapan pada beberapa bahagian pada kulit muka umi.
Mesin ni akan menganalisa kulit muka dari segi :
- Pore
- Wrinkle
- Elasticity
- Spot
- U.V Spot
- Skin Tone
- Sebum
- Moisture
Dan last sekali akan keluarlah semua result kulit muka kita.
Ngeri tak tengok kulit muka macam ni korang? Mestilah ngeri kan.Jadi umi nak buat beberapa treatment untuk memulihkan kulit muka umi ni.Tengoklah budget macam mana nanti.
Jom umi cerita pula rawatan pertama yang umi buat disini selepas sesi konsultasi.
RAWATAN ULTRA SOOTHING FACIAL
Pertama sekali umi diberikan rawatan Ultra Soothing iaitu ia membersihkan kulit dan membuang sel kulit mati.Rawatan ni dapat membantu melembapkan kulit muka dan memulihkan cahaya semulajadi kulit muka kita.Barulah nampak lebih muda.
Ia juga dapat menegangkan dan meremajakan kulit muka walau usia dah masuk 40-an gituuu..
Banyak juga bilik rawatan yang ada di SPA ni.Sangat bersih dan selesa ye korang.Umi siap tidur lagi dalam tu sementara nak tunggu mask keras.hahaha
View this post on Instagram
Silalah tengok video reels umi semasa sesi rawatan yang pertama tu.Muka ada senyum sebab kulit nampak lebih cerah sikit selepas rawatan yang pertama.Masuk gambo bebanyak kang korang pening pulak nak tengok..hahaha
Selfie lah sikit selepas rawatan yang pertama ni.Nanti umi cerita pulak ek sesi rawatan yang kedua sebab panjang bebeno kalau nak cerita dalam satu entry.Kang korang bukannya nak baca pun pepanjang ayat ni.
Last but not least, kita bergambo kenangan dulu dengan salah seorang staff yang melayan umi mas akat sana
Dermalene Skin Centre, Johor
Alamat: NO.28 & 28-01, Jln Perjiranan 4/1, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor
No telefon: 011-5753 7146 / 012 677 4502
Waktu operasi: 10am – 7pm
Website: https://dermalene.com/
Facebook:https://facebook.com/dermalenegroup
Instagram: https://www.instagram.com/dermalenegroup/