Rasa Sikit Kesannya Sampai Ke Pagi.Begitulah kalau bila ambil kafein di malam.Walaupun diambil hanya secawan kecil, tapi kesannya sampai sekarang masih tak boleh tidur.
Kononnya nak menghabiskan sikit lagi sisa nescafe dari jug petang tadi.Kesudahannya sampai sekarang mata masih segar bugar.Dari otak ni melayang tak tentu hala, maka moh ler kita menghapdet blog ni.
Actually dah banyak hari jugak umi tak menyentuh nescafe.Yelah sejak dah kena warning dengan doktor agar jaga kencing manis meningkat, jadi sekali sekala sahaja umi minum.Nak berhenti terus, hati belum jadi batu lagi.Sesekali tu ye umi akan ambil juga Nescafe.Bila orang yang dah biasa dengan kopi ni, kalau boleh nak diambil hari-hari.Kalau tak ambil satu hari tu rasa kurang lengkap kehidupan.
Haish!! padahal boleh je, tapi hati kena kental.gitchu…
Dan takut tragedi macam nilah yang umi takutkan.Nak pulak esok anak-anak akan bersekolah kan? Jadilah risau takut ler terbabas nak sediakan bekalan mereka.Yelah dah jadi suri rumah sepenuh masa ni, kenalah banyak berjimat.Bekal anak sentiasa kena sediakan.Lagilah si kakak tu cerewet.Bila menu yang melibatkan mee payah nau dia nak sentuh.
Tapi kalau mee hoon tomyam, memang dia suka sangat.Yang tu jelah yang selalunya dia takkan tolak.Kalau semua jenis mee memang dia akan tolak.Maggi goreng pun sama..Itu memang dia suka tapi umi tak suka nak biasakan dia makan maggi.
Tengah pepagi buta up gambo kopi champ dengan roti bakar telur goyang, uiii bila gaknya nak repeat lagi.
Dah beberapa kali jugaklah datang ke kedai Kopi Otai ni.Rasa bila nak balik kampung tu nak menyinggah je kat sini tau.Ni pun rasanya dah 2 minggu umi tak jengah kampung.Budak dah bersekolah ni tak boleh la balik selalu kan.
Tunggulah cuti panjang sikit baru boleh balik.Kalau tak memang tak syoklah kalau takde cuti panjang uii..Tak puas duduk kampung.Umi kalau dah balik ke kampung kan, tak keluar mana-mana pun takpe.
korang pulak?
Ini entah pukul berapa nak tidurnya.Harap-harap esok boleh la berjaga pagi.Kalau rasa 3 pagi masih tak boleh tidur, confirm kena terus berjaga.Kalau tak mau terlepas kang ke siang.
Â
ada juga org tak leh ambil kopi langsung..
Bahaya kopi a.k.a KAFFEIN gitu..