manfaat journaling

RAIKAN SETIAP HOBI RAKAN JANGAN DIKRITIK

RAIKAN SETIAP HOBI RAKAN JANGAN DIKRITIK | Ye korang, setiap orang ada hobi yang diminati.Walaupun hobi mereka tu kita nampak pelik, tapi tak salah kita raikan sahaja apa jua yang mereka minati.

Tak perlu kita nak merendah-rendahkan setiap apa juga hobi yang rakan kita suka tu.Mungkin pada kita satu pembaziran, tetapi pada mereka yang suka mengumpul atau membuat sesuatu hobi tu tahu akan kepuasan yang ada pada setiap yang mereka lakukan.

HOBI DALAM DUNIA JOURNALING

Cerita pasal journaling ni, umi dah terjebak since tahun lepas lagi.Dalam bulan 5 macam tulah, itupun sebab umi ada ternampak video tiktok pasal journal ni.

manfaat journaling

Teringat zaman kita dulu-dulu kan, mesti ada buku biodata dan buku lirik yang korang buat.

Cuma journal sekarang ni lebih advance la dari dulu.Kalau dulu, nak cari isi kertas yang cantik-cantik mesti cari kat majalah.Sekarang ni dah mudah sangat, kat shopee, lazada atau tiktok sendiri pun ada jual segala bahan untuk journal ni.

Baca juga ; Akhirnya memegang title suri rumah

Dan yang perllu korang tahu adalah, journaling ni jugaklah banyak bantu kawan-kawan umi yang ada anxiety untuk mengurangkan masalah yang diorang hadapi.

Betul ke journaling ni ada manfaatnya?

Sebelum tu meh umi share sedikit tentang pengertian journaling untuk korang yang tak tau pasal ni.

PENGERTIAN JOURNALING

Journaling ni kan satu benda yang kita luahkan fikiran kita ni dalam bentuk tulisan supaya korang boleh fahamkan lebih jelas perasaan korang.Dan ia bukan je main koyak-koyak kertas sahaja, korang boleh sahaja tulis apa sahaja di buku dan cantikkan buku atau kertas korang tu dengan aksesori lain.Korang boleh tengok contoh bullet journal kat bawah ni.

manfaat journaling

Tulislah apa juga yang korang nak luahkan di dalam buku tu atau korang ada planning atau goals dan juga luahan emosi korang yang sedang korang rasa sekarang ni.

Macam jugak korang mellakar atau mewarna.Hanya orang yang buat tu je yang faham apa yang dilakar atau diwarnakan.

 

MANFAAT JOURNALING

manfaat journaling

Manfaat journaling ni salah satunya adalah meningkatkan kesihatan mental.Menurut Dr James Pemebaker, seorang psikologi dan ahli terkemuka dalam bidang expressive writing, journal dapa menurunkan paras depresi dan anxiety seseorang dan meningkatkan kualiti hubungan social antara manusia.Journaling ni juga membuat sel imun T-lymphocytes dalam tubuh menjadi semakin kuat.Ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi, serta meningkatkan kualiti tidur seseorang.

Maud Purcel iaitu seorang psikoterapi dan ahli di dalam bidang journaling juga mengatakan bahawa kegiatan journaling melibatkan penerapan kedua belah otak kita sekaligus.Ketika kita melakukan journaling, otak kiri kita yang cenderung kepada rasional dan analitis ni akan sibuk berfikir.Di waktu yang sama, otak kanan kita yang cenderung kreatif,sensitif, dan intuitif juga akan tetap aktif ketika kita bermain dan berkelana.Perkara ini dapat membantu mengilangkan hambatan mental pada diri kita.Selain itu juga, kita menggunakan lebih banyak kekuatan otak untuk lebih memahami diri kita sendiri dan dunia disekitar kita.

Selain memberi manfaat untuk kesihatan mental, journaling juga mempunyai manfaat yang lain.Salah satunya ialah dapat melatih diri menjadi lebih kreatif kerana dalam bidang journaling ni, kita bebas melakukan apa sahaja untuk menjadi kreatif.

Bila kita buat journaling, kita akan rasa tenang dan tidak lagi memikirkan hal-hal yang lain.

Korang boleh tengok refrence blog di sini bagaimana journal ni boleh membantu mereka yang mempunyai masalah mental dalam kehidupan seharian mereka.

Begitulah cerita tentang dunia journaling ni.Bila korang nampak video tentang journaling ni, mesti korang akan ingat ianya hanya perkara yang merugikan tetapi percayalah ianya sesuatu hobi yang nampak pelik tapi berseni.

Banyak je jenis journaling yang ada, cuma umi lebih kepada mix media journal dan bullet journal sahaja.Kalau tengok yang mewarna dan sebagainya tu, lagi hebat dan penggunaan materialnya juga sedikit mahal dari apa yang umi buat.

Dan sedar atau tidak sedar, ada je yang meminati journaling ni.Mereka sanggup membayar ratusan ringgit untuk satu harga buku journal tau.

Alhamdulillah, dalam dunia journal ni jugak, siapa yang bijak, boleh je berniaga.Umi pun sedang berjinak-jinak dalam perniagaan quotes ni.Tapi tulah, baru je kan, walau banyak buat untuk kawan-kawan journal, itu je dah happy kan umi.Siap lagi buat happymail lagi untuk diorang.

Apa pun korang, raikan setiap hobi kawan-kawan korang.okey.

 

 

 

Loading

2 Comments

  1. menuntut masa dan wang ringgit nak buat journal ni. Mama Yan is tak rajin,,hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *