KHASIAT BUAH TEMBIKAI YANG PERLU KORANG TAHU

RAHSIA KHASIAT BUAH TEMBIKAI

KHASIAT BUAH TEMBIKAI YANG PERLU KORANG TAHU yang bukan sahaja sedap di makan ketika panas tetapi ada juga khasiat untuk tubuh badan kita selain menyejukkan tekak.

Tembikai ialah sejenis buah yang sangat lazat dan menyegarkan yang juga baik untuk kita.Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, malah kandungan airnya yang tinggi(92%) juga membuatkan kita lebih rasa kenyang selepas memakannya.

CERITA TENTANG BUAH TEMBIKAI PADA ZAMAN DAHULU

Ibnu Abbas berkata:”Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menmabhkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.”


Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda:”Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga.”


Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda:”Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini”. Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.Baginda bersabda “Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.”Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

RAHSIA KHASIAT BUAH TEMBIKAI

Ada beberapa fakta  yang perlu kita ketahui tentang buah yang menjadi kegemaran ramai ketika musim panas ni iaitu:-

7 FAKTA BUAH TEMBIKAI YANG PERLU KORANG TAHU

#1 Buah Tembikai Membantu Kekal Hidrat

Semua orang tahu cara yang terbaik untuk pastikan badan kekal hidrat adalah dengan minum air secukupnya.

Namun makan buah yang mengandungi banyak air juga mempunyai manfaat yang lebih kurang sama.Buah Tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi.

Malah, kombinasi air dan serat yang terkandung di dalam buah tembikai ini juga boleh membuatkan kita kekal kenyang dalam satu jangka masa yang lama walaupun ia mengandungi kalori yang sedikit.

2#  Bantu Legakan Otot Yang Sakit

Tahukah korang, buah tembikai boleh membantu melegakan otot yang sakit?

Menurut kajian yang dijalankan oleh Jounral of Agricultural Food and Chemistry, minum jus tembikai selepas senaman dapat mengurangkan kadar degupan jantung dan sakit otot yang dialami oleh atlet.

Buah tembikai mengandungi sejenis asid amino yang dikenali dengan nama L-citrulline yang akan ditukarkan oleh badan kepada L-arginine, asid amino yang bantu mengendurkan saluran darah dan memperbaiki peredaran darah.

Baca Juga : Khasiat Buah Jambu Batu

3# Buah Tembikai Bagus Untuk Kesihatan Jantung

Sakit jantung merupakan antara punca utama kematian di seluruh dunia.

Faktor gaya hidup seperti diet yang sihat dapat membantu menurunkan risiko sakit jantung, dan strok dengan cara mengurangkan tekanan darah dan tahap kolestrol dalam badan.

Untuk pengetahuan korang, buah tembikai mengandungi sejenis antioksidan yang dikenali sebagai likopena(lycopene).

Selain itu jgua mengandungi sitrulina(citrulline), sejenis asid amino yang boleh meningkatkan tahap nitrik oksida dalam badan.

Nitrik oksida yang terkandung dalam buah tembikai dapat membantu menurunkan tekanan darah dalam badan.

Malah, menurut kajian yang dijalankan oleh Florida State University mendapati wanita yang telah mengalami manapous boleh meningkatkan kardiovaskular setelah mengambil suplemen yang mengandungi sitrulina selama 6 minggu.

4.Tidak Semanis Yang Di sangka

Mungkin ramai yang elakkan ubah tembikai kerana rasanya yang amat manis.Namun, jika difikirkan kembali. hampir semua buah-buahan mengandungi gula yang banyak.

Tetapi, walaupun manis, buah-buahan ini juga mengandungi nutrien yang tinggi.Sebagai contoh, buah tembikai mengandungi 45 kalori, 11 gram karbohidrat dan 9 gram gula.

Jika dibandingkan dengan ubi keledek yang mempunyai 175 kalori, 41 gram karbohidrat dan 16 gram gula, buah tembikai tidaklah semanis yang kita sangkakan.

Malah buah tembikai sebenarnya mempunyai 1/4 daripada jumlah karbohidrat dan 1/2 jumlah gula jika dibandingkan dengan ubi keledek.

5# Buah Tembikai Ada Pelbagai Khasiat.

Untuk pengetahuan korang, semakin masak buah tembikai, semakin banyaklah vitamin dan nutrien yang terkandung di dalamnya.

Malah, semua kebaikkan buah tembikai seperti likopenia, betak karotena, vitamin C, vitamin serat dan antioksidan akan jadi bertambah banyak apabila buah tersebut semakin berusia.

Selain itu juga korang boleh rujuk kepada warna buah tembikai tersebut.JIka ia berwarna merah terang, lebih banyaklah vitamin dan nutrien yang terkandung di dalamnya.

6# Bagus Untuk Rambut dan Kulit

Dua vitamin di dalam buah tembikai iaitu vitamin A dan Citamin C amat penting utnuk kesihatan kulit dan rambut.

Vitamin A misalnya, amat penting utnuk kulit yang sihat kerana ia membantu sel kulit baru dan memperbaiki kulit yang rosak.

khasiat buah tembikai

Tanpa vitamin A yang mencukupi, kulit akan nampak kering dan kusam.

Vitamin C pula membantu badan membuat kolagen, sejenis protein yang memastikan kulit dan rambut kekal sihat.

7# Bantu Melawan Kanser

Buah tembikai merupakan sumber likopenia yang amat baik untuk mencegah dan merawat kanser prostat.

Walau bagaimanapun, saintis masih lagi mengkaji apakah kaitan antara antioksidan ini dan bagaimana ia boleh membantu melawan kanser.

So, korang dah tahukan apa khasiat buah tembikai ni? jadi selepas ni bolehlah amalkan selalu makan buah tembikai ni kan

16 Comments

  1. Benar, byk khasiatnya.
    Tapi tembikai semakin mahal di bulan puasa ni…hu3

  2. salam jumaat&salam ramadhan # 17
    suka air tembikai

  3. oh. mama suka sangat air tembikai..

  4. lepas ni kena rajin makan buah tembikai lah.. hehehe

  5. aish..pasnih mmg kerap la mkn tembikai..huhu

  6. Banyak khasiat tembikai nikan..kita suka makan tembikai dengan susu..jadi color air bandung..best sangat..

  7. Assalamualaikum. kita suka makan tembikai campur dengan kurma . segar je . kita suka sangat :'D

  8. Kakak makan bukan kerana tahu khasiatnya Ida tapi sebab suka. Bila baca ni barulah terbuka minda..

    Sejak puasa ni kakak belum makan semangka lagi tau.

  9. Assalamualaikum. suami sheila suka sangat makan tembikai. wahhh balik ni nak beli 🙂

  10. kulit tembikai pon kak intan makan tapi buat sayur dengan lada hitam ..dulu mak selalu buat..sedap tau…tumbuk lada hitam.bawang putih, bawang merah.udang kering..tumis..masuk air..masuk kulit tembikai..sedappp

  11. Masa mengandung tak boleh makan nasi atau minum air masak, nurse suruh cuba makan tembikai. Alhamdulillah survived morning sickness dengan tembikai. Haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *