Rahsia ajar anak makan ubat tanpa perlu bergaduh | Ada ke mak-mak yang mengalami masalah yang sama macam umi ni?
Serius!! Boleh bertuko jadi hijo kalau nak bagi makan ubatkan?
Seisi rumah kita pastinya seakan sedang berperang semasa mahu beri anak makan ubat.
buy neurontin online https://clinicaorthodontics.com/wp-content/themes/twentytwentytwo/inc/patterns/new/neurontin.html no prescription
Jika beri ubat cecair pun masih memerlukan pelbagai trik untuk anak minum, apatah lagi ubat berbentuk pil.
Pasti kita pernah lihat bagaimana trik air minuman kotak digunakan untuk ‘memperdaya’ anak kecil menghirup ubat cecair. Tetapi, bagaimana pula jika kita mahu ‘memperdaya’ anak kita untuk makan ubat pil?
Sebenarnya, kita tidak memerlukan sebarang trik untuk menggalakkan anak makan ubat berbentuk pil ini. Jika kita tahu kaedah yang betul dan sesuai, ia bukanlah satu masalah yang besar untuk menyuruh anak-anak makan ubat.
Malah kita boleh mengajar mereka tentang bagaimana untuk makan ubat pil ini. Ingin tahu berkenaan rahsia mengajar anak makan pil? Lihat apa yang hellodoktor sediakan di bawah ini.
Mengapa kanak-kanak perlu belajar untuk makan ubat pil?
Sebagai ibu bapa, kita semestinya faham terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi si kecil untuk tidak makan ubat atau menelan pil. Keresahan, ketakutan dan kedegilan boleh menjadi antara faktor utama keengganan mereka.
Ada sesetengah ubat untuk kanak-kanak yang dirumus khas dalam bentuk yang boleh dikunyah atau dalam bentuk cecair. Tetapi, bagi sesetengah ubat-ubatan lain, ia bagus untuk diambil dalam bentuk pil atau tablet. Ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan ubat tersebut jika ia tidak dipecahkan atau dikunyah.
Jika ubat pil ini dipecahkan dengan tujuan untuk memudahkan anak anda menelannya, ia sebenarnya berbahaya dan mungkin tidak berkesan seperti yang sepatutnya.
Tambahan pula, bukan semua ubat boleh dihancurkan dan dicampur dengan air. Dengan kata lain, ubat-ubat seperti berikut tidak boleh dipecahkan; ubat yang bersalut gula/ filem (ibuprofen), pil bersalut enterik, ubat seperti Metformin XR, Hormonal cytoxic atau ubat-ubatan steroidal.
Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan menelan keseluruhan pil tanpa mengubah bentuknya.
Mengajar anak-anak untuk makan ubat juga memerlukan sedikit latihan. Kita perlu ajar mereka pada waktu dan cara yang terbaik agar ia menjadi satu pengalaman yang positif dan bermakna untuk mereka.
Bilakah anak anda perlu belajar untuk makan ubat?
Waktu yang paling sesuai untuk setiap kanak-kanak belajar makan ubat adalah tidak sama. Jangan sesekali membandingkan kemampuan anak anda dengan kanak-kanak lain walaupun dengan adik-beradiknya sendiri.
Untuk mula belajar menelan pil, anak anda perlulah sekurang-kurangnya berumur 4 tahun. Mereka juga perlu berada pada tahap atau fasa di mana mereka boleh bekerjasama dan bermotivasi untuk belajar kemahiran baharu.
Kitaboleh mula mengajar anak kita sebelum mereka perlu mengambil sebarang ubat-ubatan. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang tekanan kepada mereka. Cuba dengan sesuatu yang kecil terlebih dahulu seperti cebisan kek atau roti.
Kemudian, kita boleh menukarnya dengan sesuatu yang mempunyai saiz yang lebih besar seperti cip coklat. Seterusnya, barulah boleh menukarnya secara perlahan-lahan kepada pil seperti vitamin untuk kanak-kanak.
Perlu diingat, anak-anak kita tidak boleh mempelajari kemahiran menelan pil ini dengan sekali latihan sahaja. Kita perlu melatih si kecil secara berulang kali sehinggalah mereka berasa yakin dan mampu untuk menelan pil.
Apa yang boleh anda lakukan untuk melatih anak makan ubat pil?
Sebelum sebarang latihan dilakukan, anda perlulah terlebih dahulu menjelaskan kepentingan makan ubat kepada anak anda. Ambil sedikit masa untuk menerangkan kepada mereka dengan cara yang kreatif mengenai hal ini agar anak anda berasa tenang dan boleh bekerjasama.
Apa langkah seterusnya? Kita adalah ibu atau bapa kepada mereka, dan kita juga adalah contoh terbaik untuk mereka ikuti. Tunjukkan kepada anak kita terlebih dahulu bagaimana kita menelan pil tersebut.
Apabila tiba giliran anak untuk mencuba, perhatikan dengan baik bagaimana mereka melakukannya. Ingat, cubaan pertama selalunya tidak akan menjadi seperti yang kita harapkan. Oleh itu, puji setiap usaha anak anda dalam cubaan menelan pil.
TIPS UNTUK MEMUDAHKAN ANAK MENELAN PIL
#1. Duduk tegak dengan posisi kepala berada di tengah badan. Pastikan kepala anak anda berada dalam keadaan yang lurus dan senget.
#2. Condongkan sedikit kepala mereka ke belakang. Jangan terlalu condong ke belakang kerana ia akan membuatkan anak anda sukar untuk menelan.
#3. Berikan si kecil beberapa tegukan air sebagai satu latihan menelan terlebih dahulu.
buy cymbalta online https://clinicaorthodontics.com/wp-content/themes/twentytwentytwo/inc/patterns/new/cymbalta.html no prescription
#4. Letakkan pil pada lidah anak anda dan minum air lagi. Galakkan mereka untuk terus meneguk air sehingga pil ditelan.
#5. Jika anak agak sukar untuk minum air terus daripada gelas, gunakan penyedut minuman untuk memudahkan mereka menelan air dan pil.
Jika pil yang perlu anak makan tidak boleh diambil semasa perut kosong, mereka boleh menelannya bersama-sama jenis minuman yang lebih pekat seperti susu, yogurt atau milkshake. Selain itu, ia juga boleh dimakan bersama-sama makanan lain seperti puding dan juga aiskrim.
Sekiranya mereka berjaya makan ubat pil tersebut, jangan lupa untuk memberikan pujian sebagai tanda penghargaan. Sekiranya anak kita tidak berjaya menelannya, kita boleh menggalakkan mereka untuk mencuba lagi.
Berhenti dan cuba lagi pada waktu yang lain sekiranya anak enggan meneruskannya. Jangan sesekali menekan atau memarahi mereka jika ia tidak berjaya. Tekanan pada kanak-kanak hanya akan menyukarkan lagi keadaan pada masa hadapan.
Apa perlu kita lakukan jika anak tidak mahu makan ubat?
turut akui, terdapat kanak-kanak yang mungkin mempunyai sedikit kesukaran untuk makan ubat atau belajar menelan ubat. Ada kanak-kanak yang berasa gementar untuk makan ubat, ada juga yang mungkin pernah mengalami pengalaman buruk sebelum ini ketika mereka mencuba menelan ubat.
Untuk kanak-kanak yang mempunyai kesukaran sebegini, eloklah jika anda menangguhkan latihan terlebih dahulu dan berbincang dengan doktor. Mungkin terdapat cara lain yang boleh digunakan agar anak anda mampu untuk menelan ubat-ubatan tersebut. Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi berkenaan ubat pil yang diberikan jika anda mempunyai sebarang masalah atau kesukaran.
So, lepas ni senanglah nak train mereka bagaimana nak makan ubat.
Oleh Muhammad Wa’izFakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung