Faktor Usia Mungkin Menyebabkan MIL Sakit Lutut

Faktor Usia Mungkin Menyebabkan MIL Sakit Lutut

Faktor Usia Mungkin Menyebabkan MIL Sakit Lutut | Ceritanya semalam, umi balik kerja, MIL mengadu yang dia sakit lutut sampai tak boleh nak jalan.Terus mintak papah nak masuk ke dalam rumah.Takde pulak kakak Fiyah call bagitahu umi ke ape.

Umi terus call babah inform yang MIL tak boleh nak jalan langsung.Plan nak bawak ke Hospital, memandangkan babah kata sekarang ni nak ke hospital pun risau jugak, jadi sudahnya kami bawa MIL ke klinik biasa je.

Dari apa yang doktor kata, memang biasalah bila orang tua sakit lutut ni.Mybe bahagian lutut dia yang ada masalah.Jadi doktor bagi ubat tahan sakit dulu.Kalau sakit berlarutan barulah doktor akan refer ke hospital.Yelah MIL pun ada sakit lain, jadi takut ada sebab lain yang buat lutut dia sakit.

So far hari ni dia dah boleh pijak walaupun tak boleh laju nak berjalan.Masih berdengkut jugaklah berjalan.Jadi nak ke bilik air atau buat apa je, kenalah jugak papah dia.

So, Faktor Usia Mungkin Menyebabkan MIL Sakit Lutut.Bukan sahaja MIL, umi yang baru nak masuk 40 ni pun dah rasa sakit-sakit lutut.Kalau tak jaga makan, gitulah..Penyakit mudah nak dekat kita kan?

Masalah sakit lutut atau “Knee Osteoarithis (OA)” memang dah sinonim dengan warga emas atau mereka yang semakin meningkat usia ni.Dari apa yang umi baca tentang penyakit ni, kajian menunjukkan seramai 240 juta masyarakat dunia mengalami sakit radang sendi atau “Osteoarthritis”(OA)

APA ITU OSTEOARTHRITIS (OA) LUTUT?

Osteoarthritis (OA) Lutut adalah masalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi lutut. Ia berpunca daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan. Ia juga dipanggil sebagai proses ‘wear and tear’.

Fungsi utama lapisan rawan ini adalah untuk menyerap daya hentakan. Apabila seseorang mengalami OA pada lutut, pergerakan lutut akan terbatas di mana seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk membengkok lutut sepenuhnya. Keadaan ini juga akan menyebabkan kesakitan dan mengehadkan aktiviti harian individu terbabit. Bagi golongan yang berumur, kondisi ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.

Masalah OA pada lutut kebiasaannya terjadi pada mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas. Ada juga yang mengalaminya pada usia yang lebih awal, lebih-lebih lagi jika mereka sebelum ini pernah mengalami kecederaan pada lutut.

TAHAP-TAHAP OSTEOARTHRITIS (OA) LUTUT

APAKAH PUNCA BERLAKUNYA OSTOARTHRITIS LUTUT?

1. Umur: Semakin meningkat usia tua, proses penyembuhan rawan pada tulang untuk sembuh akan semakin perlahan.

2. Berat badan: Semakin tinggi berat badan seseorang, semakin tinggi tekanan yang akan dikenakan pada sendi lutut.

Setiap 1 pound berat badan, ini menyebabkan penambahan sebanyak 3 hingga 4 pound bebanan yang akan dikenakan pada lutut.

3. Keturunan: Ini termasuk faktor genetik yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung untuk mengalami osteoarthritis lutut. Ia juga mungkin disebabkan oleh faktor bentuk tulang atau postur kedudukan lutut yang diwarisi dalam keluarga.

4. Jantina: Wanita yang berusia 50 tahun dan ke atas lebih berisiko tinggi untuk mengalami osteoarthritis lutut berbanding lelaki.

5. Kecederaan lutut: Kebiasaannya mereka yang pernah mengalami kecederaan yang berulang kali pada lutut akan cenderung untuk mengalami osteoarthritis lutut. Contohnya, mereka yang terlibat dengan pekerjaan rutin yang banyak melibatkan mencangkung, melutut dan mengangkat barang yang berat (55 pounds dan ke atas), aktiviti ini menyebabkan tekanan yang konsisten diberikan pada sendi lutut.

6. Atlet: Atlet yang terlibat dalam sukan seperti bola sepak, tenis, atau berjalan jarak jauh berisiko tinggi untuk mengalami osteoarthritis lutut. Digalakkan untuk atlet sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan ketika latihan dan bersukan. Walau bagaimanapun, sangat penting untuk seseorang itu sentiasa konsisten dalam mengamalkan senaman yang mempunyai intensiti yang sederhana bagi menguatkan otot dan untuk mengurangkan risiko osteoartritis.

Otot yang lemah pada sekitar lutut akan meningkatkan risiko seseorang itu untuk mengalami osteoarthritis.

APAKAH GEJALA DAN SIMPTOM OSTEOARTHRITIS LUTUT

  • Sakit pada lutut semakin meningkat apabila seseorang terlalu aktif, dan lega apabila berehat.
  • Rasa ketat dan keras pada sendi lutut terutamanya apabila bangun pagi dan duduk dalam keadaan yang lama.
  • Bengkak pada lutut disebabkan oleh berlakunya keradangan dalaman pada sendi lutut.
  • Pergerakan lutut yang terbatas menyebabkan fungsi fizikal yang kurang berkualiti dan tidak optimum.
  • Bunyi ‘klik’ dan menyakitkan apabila melakukan pergerakan lutut. Ini disebabkan oleh geseran yang berlaku antara permukaan tulang pada sendi lutut.

Bagaimana cara merawat Osteoarthritis (OA) Lutut?

1. Kurangkan berat badan.

2. Sentiasa melakukan senaman: Untuk meningkatkan mobiliti dan pergerakan serta menguatkan otot.

3. Ubat-ubatan: Ubat tahan sakit dan ubat anti radang seperti acetaminophen (Tylenol), ibuprofen (Advil, Motrin), atau naproxen sodium (Aleve).

4. Rawatan suntikan steroid pada sendi lutut.

5. Memakai ‘knee guard’ atau ‘braces’ pada lutut terutamanya apabila melakukan aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan atau dalam keadaan yang lama. Ia berfungsi untuk memberikan sokongan pada sendi lutut.

6. Rawatan fisioterapi: Antara rawatan yang akan diberikan termasuklah rawatan teknik manual yang berfungsi untuk melembutkan otot-otot yang tegang dan juga mengurangkan ketat pada sendi lutut. Senaman juga akan diajar bagi tujuan meregangkan dan menguatkan semula otot yang terlibat.

7. Pembedahan: Pembedahan yang dinamakan sebagai ‘total knee replacement’ akan dilakukan sebagai langkah rawatan terakhir.

Rawatan apakah yang dijalankan oleh Fisioterapi ke atas Osteoarthritis (OA) Lutut?

1. Manual teknik: Antara rawatan yang akan diberikan termasuklah rawatan teknik manual yang berfungsi untuk melembutkan otot-otot yang tegang dan juga mengurangkan ketat pada sendi lutut.

2. Modaliti untuk mengurangkan sakit: Rawatan haba atau sejuk digunakan bagi mengurangkan sakit pada sendi. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit dan meningkatkan pengaliran darah yang lancar

3. Senaman: Senaman juga harus dilakukan bagi tujuan meregangkan dan menguatkan semula otot yang terlibat.

4. Latihan keseimbangan: Latihan keseimbangan badan juga penting di dalam meningkatkan stabiliti badan dengan mengekalkan postur yang baik. Latihan ini perlu ditekankan di kalangan golongan warga emas disebabkan keseimbangan badan yang semakin berkurang dengan penuaan.

5. Penjagaan sendi: Fleksibiliti, kekuatan dan deria rasa sendi perlu dikekalkan secara optimum bagi memastikan lutut bebas daripada implikasi trauma, beban dan hentakan yang berlebihan.

6. Nasihat kepada pesakit:

  • Golongan yang berumur dinasihatkan untuk berjalan dengan bantuan tongkat bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi dan elak daripada terjatuh.
  • Aktiviti menaiki tangga dan mendaki bukit perlu dikurangkan dan dielakkan supaya kondisi sendi tidak menjadi semakin teruk.

Sumber: SINI

So, umi masih berjaga-jaga lagi risau sakit kaki dia makin teruk.Yelah, bila umur kita dah semakin tua, makin banyak la penyakit yang singgah.Sehingga kini, alhamdulillah dah 80 tahun umur MIL.Allah swt kurniakan kesihatan yang baik pada dia.Masih larat lagi nak berjalan, masih boleh makan dengan selera dan ingatan masih kuat.

 

Loading

3 Comments

  1. Pernah baca, tak silap sakit lutut ni bukan faktor usia aje, tapi pemakanan kita, lutut kita tu ada zat dia tersendiri, jika kurang maka tu lee ramai kata ‘minyak pelincir kering’ hehehehe

  2. sama mcm kes ma mertua mama. dah 3 bulan dah dia alami tapi skrg alhamdulillah makin ok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *