Ini Sebab Suami Isteri kena Tahu Mengapa Rezeki Tak Masuk | Pernah tak kita terfikir kenapa kita selalu kesempitan duit? Selalu je rasa tak cukup walau gaji dah cukup besar diterima setiap bulan?
Kadang kala kita bergaduh dengan pasangan dan saling salah menyalahkan yang lain bila apa yang kita ada masih tidak mencukupi.Nak dimurahkan rezeki bukan hanya perlu berdoa sahaja, kita perlu elak dari melakukan perkara-perkara ini supaya rezeki dalam rumahtangga tu lebih murah
PERKARA PERLU DIELAKKAN AGAR REZEKI DALAM RUMAHTANGGA LEBIH MURAH
Ini Sebab Suami Isteri kena Tahu Mengapa Rezeki Tak Masuk.Antara perkara-perkara yang kita kena tahu kenapa selalunya rezeki tidak pernah rasa cukup di dalam rumahtangga adalah :-
1.Melambatkan makan makanan yang dihidangkan oleh isteri
Nampak benda ni remeh kan? Tapi bila isteri dah siapkan makanan dan dihidangkan di atas meja, dan isteri dah pun panggil kita makan, kita pula masa tu sibuk dengan telefon, hal-hal lain, lalu biarkan makanan yang dihidangkan tu sejuk, maka lambatlah rezeki tu nak masuk.
2.Mengendahkan anak apabila balik dari kerja
Setiap orang penat bekerja, takde kerja yang tak penat, tapi bila pulang ke rumah, ambil tahu perihal anak.Anak ni bila nampak ayah atau ibu dia pulang dari kerja, kemain suka lagi dia kan.Macam-macam dia nak cerita tanpa dia tahu samada ibu atau ayahnya penat atau tidak.Yang mereka mahukan adalah perhatian.Jadi berilah keutamaan kepada mereka dahulu, peluk cium anak itu kerana merekalah penbawa rezeki untuk kita.
3.Bangun awal pagi untuk solat subuh
Kejutlah pasangan sekali apabila bangun pagi .Jangan dibiarkan saja pasangan kita terus tidur dan dihanyut oleh mimpi-mimpi sehingga meninggalkan solat subuh.Ini juga salah satu rezeki susah nak dekat dengan kita.Bila rezeki sempit, hubungan rumahtangga pun semakin dingin, itulah yang selalunya berlaku pergaduhan.
Baca juga [ 7 zikir pembuka rezeki amalan Rasulullah saw]
4.Skip bagi nafkah kepada isteri
Apabila bercerita tentang nafkah, ramai sahaja lelaki yang tidak ambil kisah tentang ini.Mereka ingat bila isteri bekerja, nafkah tidak perlu lagi diberikan kepada isteri.walaupun isteri bergaji besar, usahakan untuk beri wang belanja kepada isteri mengikut kemampuan kita.Pemberian nafkah kepada isteri itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki.
5.Sering bermasam muka dengan pasangan.
Elakkan bermasam muka dengan pasangan.Berbincanglah secara baik dan telus supaya tidak terjadinya perselisihan faham dan bermasam muka pada waktu yang lama.Perbanyakkan bonding time kita bersama dengan isteri.Dengar segala masalah pasangan dan sama-sama cuba perbetulkan.Barulah rezeki senang nak masuk kan.
Sumber : Kena Tahu
Adat rumah tangga ada pasang surutnya.Selagi kita bergelar manusia, ujian itu akan datang bila-bila masa.Iman sahaja yang boleh membantu kita untuk menyelesaikan segala masalah yang kita hadapi.
Apa pun cuba elakkan perkara-perkara di atas supaya senang rezeki tu nak melekat masuk di dalam rumah.
No 1 tu selalu kena. Selalu bising lauk sejuk. Tak sangka nampak remeh tp kesan dia cmne. Tq kak sharing boleh jdi rujukan pasangan