Punca jerawat dan kedudukan Jerawat yang Perlu diketahui

Punca Jerawat dan Kedudukan Jerawat yg Perlu diketahui

Jerawat memang nampak buruk bila tumbuh banyak di muka.Ada jerawat yang hanya tumbuh di tempat-tempat tertentu sahaja.Apa pula faktor punca jerawat dan kedudukan jerawat yang perlu diketahui

Tak ramai yang tahu akan punca jerawat dan kedudukan jerawat tu hanya di tempat-tempat tertentu sahaja.Kenal pasti mengapa jerawat hanya tumbuh di bahagian-bahagian tertentu.Kita kena mengenalpasti dan memahami mengapa jerawat tu tumbuh hanya dibahagian-bahagian tersebut yang umi nak ceritakan di bawah ni.

 

10 FAKTOR YANG MENYEBABKAN JERAWAT KELUAR

Jom umi ceritakan sedikit faktor-faktor yang menyebabkan jerawat ni keluar.Kita boleh atasi masalah jerawat ni sekiranya kita tahu punca-punca jerawat yang timbul.

PERUBAHAN HORMON

Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh, remaja, mengandung, datang haid ataupun monopouse bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon di dalam badan iaitu hormon androgen(testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasannya seawal seminggu sebelum kedatangan haid sehingga seminggu setelah habis haid, jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa sahaja.

Ketidakstabilan hormon ini kadang kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal masalah ini akan berlanjutan.Majoriti yang mempunyai masalah jerawat ini adalah dalam belasan tahun dan awal 20-an sehingga 40-an.Selain daripada itu penggunaan pil perancang, ubat steroid,Vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

TEKANAN(STRESS)

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihidapi setiap hari.Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan pula ada dua samada emosi atau fizikal

    Tekanan Fizikal

  • Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
  • Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
  • Jadual seharian yang sangat ketat
  • Merokok, pengambilan dadah

Tekanan Emosi

  • Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
  • Buli
  • Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
  • Kerja / belajar yang banyak

PEMAKANAN

Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang, makanan berperisa, seafood(udang, ketam, sotong, kerang), budu, belacan, makanan yang berminyak dan bergoreng seperti telur, daging, ayam goreng.Makanan berlemak juga seperti santan, dairy products seperti susu lembu dan coklat.

TOKSIN

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir sehingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah bermacam sisa toksin yang terkumpul di dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semulajadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu menjadi kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

FAKTOR GENETIC

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia.Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asian dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

ALAHAN(ALLERGIC)

Alahan apabila menggunakan kosmetik, foundation, krim muka baru atau pencuci muka baru yang mempunyai bahan chemical tertentu yang tidak sesuai dengan kulit.Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan luang roma tersumbat.Pakaian ketat atau apa sahaja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

PERUBAHAN BIOLOGI BADAN

Ada segolongan individu kandungan minyak(sebum) di kulit berubah komposisi.Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KD(tidak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

PERSEKITARAN DAN PENCEMARAN

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar, kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi(radang) kemerah-merahan pada kulit.

JANGKITAN PADA KULIT DAN RESDUNG

Kuman(bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat.Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar  ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.

FAKTOR CUACA

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar

 

KEDUDUKAN JERAWAT YANG PERLU KITA KETAHUI PUNCANYA

Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yang sama, ini menggambarkan area dalaman kita yang tertentu mempunyai masalah.Tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yang berlainan, itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman, jerawat wajib tumbuh dikawasan muka yang tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tetapi kulit muka tiada masalah tapi lebih baik jika kita tahu apa yang ada di luar sekarang datangnya dari dalaman supaya kita dapat mengambil berat masalah dalaman tersebut.

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak.

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG DAN DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

 
 
 
Info : fcumiracle
 
 
 
 
Sekiranya anda tahu punca jerawat anda, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi.Hanya faktor perubahan hormon seperti period sahaja anda tidak elakkan darijerawat keluar tetapi cepat-cepatlah tepek dengan Miracle mask supaya jerawat tersebut lebih cepat kecut dan parut hilang
 
 
 
 
 
 
 
 

Loading

5 thoughts on “Punca jerawat dan kedudukan Jerawat yang Perlu diketahui

  1. salam kenal..sy pn slu ada mslh ni..klu dlu lg trok..mmg bnyk kat pp..skrg Alhamdulillah..sbulan sekali ada la sbijik 2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *