7 Tabiat Punca Badan Cepat Penat Yang perlu Anda Tahu

7 Tabiat Punca Badan Cepat Penat Yang perlu Anda Tahu

7 Tabiat Punca Badan Cepat Penat Yang perlu Anda Tahu|Antaranya adalah pengambilan Kopi.Ya atau tidak korang kena baca entry ini sampai habis.Mungkin korang tergolong dalam tabiat yang menjadi punca badan cepat penat ni.

Ya korang, kadang kala tak buat apa pun seharian badan boleh jadi penat.Penat ni merupakan sesuatu yang pasti pernah berlaku kepada setiap manusia normal selepas selesai melakukan sesuatu pekerjaan.

Kepenatan tu juga kadangkala boleh terjadi walaupun kita tak melakukan apa-apa pun dan pastinya menjadi tanda tanya sebab kita menjadi penat kan? So, marilah kita kenal pasti apa punca kita penat walau tak buat apa-apa pun aktiviti.Baca 7 Tabiat Punca Badan Cepat Penat Yang perlu Anda Tahu.

PUNCA CEPAT PENAT YANG RAMAI BELUM TAHUN

Kebiasaannya kepenatan akan dikaitkan dengan aktiviti seharian dalam kehidupan seperti bekerja, bersenam, bersukan mahupun belajar.

Tidak dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti di atas adalah penyumbang utama kepada keletihan yang juga tidak boleh dielakkan.Pun begitu, mungkin ada perkara lain yang mendalanginya termasuklah :

1. Tidak bersarapan pada waktu pagi

Sebab itu ibu kita selalu pesan agar jangan tinggal sarapan pada waktu pagi.Meskipun kita tak rasa lapar atau tidak ada mood untuk makan walau sedikit pada waktu pagi, tubuh badan masih memerlukannya.

Ini kerana tubuh badan kita memerlukan glukosa untuk otot dan otak berfungsi dengan baik selepasa sekian waktu berehat di malam hari.

Selain glukosa, ada banyak lagi nutrien yang kita boleh terlepas sekiranya tertingal sarapan pagi yang seterusnya akan membuatkan kita lebih cepat barai.

2.Tanpa henti kerja, kerja dan kerja

Tanpa mengira jenis atau sektor pekerjaan samada di pejabat atau kilang, ia tetap merupakan sesuatu yang memenatkan baik buat otak dan juga tubuh badan.

Menurut kajian Draugiem Group, pekerja yang efisen dan produktif adalah apabila mereka bekerja selama 52 minit dan kemudian berehat selama 17 minit.

Sudah terang lagi bersuluh, jangan memaksa diri untuk terus bekerja berjam-jam lamnanya kerana ia adalah tidak bagus buat mental dan fizikal.

3.Bersenam dengan terlalu banyak.

Kata orang, bersenam mampu membina tenaga agar kita tidak cepat penat.Namun sebaliknya pula akan terjadi sekiranya bersenam dengan terlalu banyak.

Menurut artikela Livestrong, bersenam itu adalah bagus jika dilakukan dengan cara yang betul yakni makan dan minum dengan sihat serta rehat dan tidur dengan cukup.

Oleh itu, tiada salahnya untuk bersenam cuma pastikan kita melakukannya dengan kadar yang berpatutan dan bersesuaian dengan gaya hidup yang diamalkan.

4.Kopi juga adalah antara punca cepat penat?

Penggemar kopi, adakah korang akan mengubat sedikit tabiat selepas membaca ni?

Untuk pengetahuan korang, semua minuman kopi mengandungi kafein yang merupakan dalang sebenar kepada kenepantan dalam diri.

Ini kerana kafein akan menganggu proses pengeluaran adenosine- sebatian yang membuatkan kita mengantuk, dan akan membuatkan kita lepih cepat penat.

Jadi kepercayaan di mana minum kopi untuk berjaga pada tengah malam mungkin adalah kurang tepat.

5.Kurang terdedah kepada cahaya matahari.

Individu yang hanya terkurung di dalam bilik tanpa terdedah kepada cahaya matahari pasti akan lebih mudah berasa penat.Kenapa?

Ini kerana tubuh badan memerlukan cahaya matahari untuk mengelakkan otak menghasilkna hormon melatonin dengan lebih banyak.

Selain itu, kekurangan pendedahana sinaran ini juga akan membuatkan kita  kurang mendapat vitamin D yang akan menganggu pola tidur kita seharian.

Meskipun kita disarankan untuk hanya duduk di rumah tatkala pendemik ini, namun tidak salah untuk kelaur sebentar di halaman rumah untuk menghirup udara segar.

6.Postur tubuh badan yang penat

Percaya atau tidak, postur tubuh juga akan menjadi pencetus kepada kepenatan yang berlaku tanpa diundang.

Semasa sedang bekerja di hadapan komputer riba, berjalan atau berbaring, postur kita seharusnya tegak dan tidak bongkok agar tidak mudah penat.

Menurut Dr Stacey Pierce -Talsma, postur yang buruk akan lebih tekanan pada tulang sendi dan ligamen, dan inilah punca keletihan.

Jadi mulai hari ini sila betulkan postur tubuh badan korang ya.

Baca juga :  Cara duduk yang betul di hadapan komputer

7. Teknologi

Kini semua orang pasti tidak mampu meneruskan kehidupan serba moden tanpa bantuan telefon pintar, komputer riba dan lain-lain inovasi.

Sedar atau tidak, perkara-perkara inilah yang akan mengundang kepenatan melampau kerana kita semua akan terlalu sibuk menghadapnya.

Sebaiknya, kurangkan masa di hadapan skrin serta berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang sekeliling secara berdepan untuk hidup yang lebih cergas, cerdas dan sihat

 

Sumber : Hellodoktor

Nampaknya ada beberapa yang umi kena ubah bagi memastikan badan ni tak cepat penat.So, dah tau kan apa 7 Tabiat Punca Badan Cepat Penat Yang perlu Anda Tahu

 

 

 

 

2 Comments

  1. Kena kurangkan kopi nih nampaknya, badan sekarang lagi2 umur meningkat cepat jadi penat..

  2. Haii laaa, dari awal tahun cut sugar ni tak minum kopi, baca perkataan kopi pun dah terliur oiii hahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *