Pucuk Manis Guna Bahan Yang Ada

Pucuk Manis Guna Bahan Yang Ada | Bila nampak jiran jual pucuk manis tu macam sedap bila masak lemak.Kalau ada labu lagi sedap kan.

Umi pi bantai beli 2 bungkus.Punyalah banyak sampai umi bagi je jiran sebungkus.Yelah yang nak makannya 2-3 orang je.Tapi boleh buat makan 10 orang.Tu pun tak habis.Tapi takpelah kan, boleh panaskan lagi.

Disebabkan umi lupa nak beli labu, jadi kita masak jelah pucuk manis tu guna bahan yang ada je kat dapur.

Pucuk Manis Guna Bahan Yang Ada

Bahan-bahan

  • Sedikit ikan bilis
  • Udang kering
  • 1 batang serai
  • sehelai daun kunyit
  • Kunyit( nak sedap lagi guna kunyit hidup)
  • 3 ulas bawang putih
  • seulas bawang besar
  • Lada besar ( disebabkan taknak pedas kenalah guna cili ni.Nak lagi sedap boleh guna cili hijau)
  • 1 santan kotak kara
  • 1 biji kentang

Caranya

Blender udang kering, ikan bilis,bawang putih, bawang merah dan lada.Kemudian panaskan minyak dalam kuali.Masukkan bahan blender dan tumis sehingga pecah minyak.Masukkan serai yang dititik, daun kunyi dan serbuk kunyit.DIsebabkan umi takde kunyit hidup, kita gunalah serbuk kunyit.

 

Baca juga : Butir Nangka hidangan minum petang

Masukkan air dan Kemudian masukkan kentang dan tunggu sehingga dia empuk.Lepas tu masukkan sayur pucuk manis dan kita biarkan jelah sampai dia kecut sikit dengan air tu.

 

Then, masuklah santan kara dan masukkan sedikit garam dan perasa.Agak-agak dan mendidih dan semuanya rasa dah sedap.Bolehlah dihidangkan dengan ikan goreng,ayam goreng dan paling penting sambal belacan.Ada lebih sambal nasi lemak, kita letak je atas meja.

Pucuk Manis Guna Bahan Yang Ada

Sapan sambal nasi lemak tu diorang kerjakan.Hah!! janji habis.Anak-anak ni kalau kena dengan tekak diorang, laju jelah habis.Cuba kalau umi masak yang tak kena dengan tekak diorang, confirm umi masuk dapur lagi.

Itu jelah resepi pucuk manis guna bahan apa je yang kat dapur umi.Kalau dah start nak memasak, baru nak cari barang memang taklah nak start motor ke kedai.

Tengah memikir hari ni nak buat menu apa pulak.

 

1 Comment

  1. dia punya lama tak makan pucuk manis tu jdi kecur air liur tgk gambar. sedap terbayang

Leave a Reply

Your email address will not be published.