Puasa Sunat Enam dan Puasa Ganti di Satukan | Umi pasti ramai yang dah pun selesai melakukan Puasa Sunat Enam.
Dan ada jugak yang baru nak mula berpuasa Enam.Umi pun belum lagi laksanakan puasa ganti.Insyallah dalam masa terdekat ni, memang nak buat.Bulan Ramadhan yang lalu, memang banyak umi tinggal puasa dek kerana keuzuran datang pada awal dan akhir bulan Ramadhan.So, terpaksalah ganti awal.Risau kalau lambat-lambat kang, lupa pulak nak menggantinya.
Tentu antara korang yang confuse tentang Puasa Sunat Enam dan Puasa Ganti boleh disatukan atau tidak kan? Ramai yang mengatakan ia boleh disatukan tetapi ia bergantung kepada niat yang ditujukan tu.
Untuk itu, umi kongsikan dengan korang tentang dua puasa ini yang memusykilkan diri kita terutamanya wanita.
Puasa ganti atau Puasa Qadha yang dikerjakan dalam menggantikan puasa(membayar) kembali puasa ramadhan(puasa wajib) mengikut jumlah hari yang ditinggalkan di atas sebab-sebab tertentu.
Umat islam dibolehkan untuk menggantikan puasa Ramadhan di bulan Syawal(puasa enam hari di bulan Syawal) iaitu menunaikan secara serentak.Jawaoan ini diperolehi dari penulisan Da’i Luqman
BOLEH ATAU TIDAK NIAT PUASA GANTI DI SEKALI DENGAN PUASA SUNAT
Sesiapa yang mengerjakan puasa Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka orang itu akan mendapat pahala seolah-olah pahala berpuasa sepanjang tahun.Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallu’anhu :
Maksudnya : ” Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, Maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang Tahun’.
(Hadis riwayat Muslim)
Bagaimana jika seseorang hendak berpuasa enam dalam bulan syawal sedangkan dia mempunyai puasa qadha Ramadhan yang ditinggalkan adalah wajib sama ada puasa Ramadhan itu ditinggalkan dengan sengaja ataupun disebabbkan keuzuran Syari’ie.
Di sini apa yang menarik, sesiapa saja yang mempunyai puasa qadha Ramadhan, dia boleh saja menyatukannya dengan puasa sunat yang lain sama ada menyatukan denan puasa asyura, hari Arafah, puasa di bulan Sya’ban, puasa mingguan pada hari Isnin dan Khamis, termasuk puasa enam hari pada bulan Syawal dan lain-lain.
Namun begitu, perlu dilhat terlebih dahulu apakah sebab puasa Ramadhan itu ditinggalkan, kerana perbezaan sebab meninggalkan puasa Ramadhan akan menentukan samada boleh atau tidak menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat.
SEBAB MENINGGALKAN PUASA RAMADHAN
Untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak menyatukan puasa Ramadhan dengan puasa sunat itu maka perlu dilihat sebab seseorang itu meninggalkan puasa Ramadhan itu.Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan terbahagi kepada dua iaitu :-
- Meninggalkan puasa Ramadhan bukan disebabkan uzur Syar’ie iaitu dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan syara’.
- Meningglakan puasa Ramadhan disebabkan uzur Syar’ie seperti datang haid atau nidas atau sakit atau musafir.
MENYATUKAN PUASA QADHA DENGAN PUASA SUNAT
Kedua-dua sebab yang disebutkan di atas menghasilkan hukum yang berbeza dalam perkara menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat.Untuk jelasnya diterangkan seperti berikut:
Hukum menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat jika meninggalkan puasa Ramadhan bukan disebabkan uzur Syar’ie.
Adalah haram ke atas seseorang melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam bulan syawal jika dia meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja, kecuali setelah selesai mengqadha puasa yang ditingglakan dengan sengaja itu.
Oleh kerana orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja itu haram ke atasnya melakukan apa jua jenis puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal selagi puasa Ramadhan yag ditinggalkan belum diqadhanya, maka dia tidaklah boleh menyatukan puasa enam Syawal dengan puasa qadha yang ditinggalkan dengan sengaja itu, melainkan setelah selesai dia mengqadha puasa yang ditinggalkan dengan sengaja itu.
Hukum menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat jika meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan uzur syar’ie.
Adalah sunat hukumnya bagi orang yang meninggalkan puasa yang diharuskan oleh Syara’ melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam bulan syawal.Oleh itu, jika seseorang ingin melakukan puasa qadha yang ditinggakannya kerana uzur, maka bolehlah dia menyatukan niat pausa qadha tersebut dengan niat puasa-puasa sunat yang hendak dilakukannya seperti puasa enam bulan syawal.
LAFAZ NIAT PUASA YANG DISATUKAN
Niat bagi orang yang hendak menyatukan puasa qadha Ramadhan disebabkan kerana ada uzur yang dibolehkan oleh syara’ dengan puasa-puasa sunat seperti puasa enam bulan syawal, maka bolehlah dia berniat bagi kedua-dua puasa yang disatukan itu seperti contoh :
SAHAJA AKU BERNIAT PUASA ESOK HARI QADHA FARDU RAMADHAN BERSAMA PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL KERANA ALLAH TA’ALA
Dengan berbuat demikian, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala iaitu pahala puasa qadha dan pahala puasa sunat tersebut.Perkara ini sama dengan orang yang berniat puasa wajib, sama ada puasa qadha atau puasa nazar pada hari Arafah.
info : https://www.hijabista.com.my/boleh-atau-tidak-menyatukan-puasa-ganti-dengan-puasa-sunat-enam/
Belum start juga ni nak ganti..
InsyaAllah minggu depan ke Paka nak start puasa …