ILMIAH

Puasa Sunat di Bulan Muharram

Puasa Sunat di Bulan Muharram

Ada yang berpuasa hari ni? Alhamdulillah..Tahniah kerana dapat merebut pahala berpuasa sunat di bulan Muharram.Kalau ada yang belum lagi mula puasa sunat, belum terlambat untuk kita puasa sunat di bulan muharram ni.Kalau tak hari ini, mungkin esok

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ ‏”‏ ‏.‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Fadhl Sawm al-Muharram, hadis no : 1163]

تَصْرِيح بِأَنَّهُ أَفْضَل الشُّهُور لِلصَّوْمِ ، وَقَدْ سَبَقَ الْجَوَاب عَنْ إِكْثَار النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ صَوْم شَعْبَان دُون الْمُحْرِم ، وَذَكَرنَا فِيهِ جَوَابَيْنِ :

Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa ia (iaitu bulan Muharram) ialah bulan yang paling afdhal untuk berpuasa. Sebelum ini telah disebutkan jawapan kepada persoalan berkaitan nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam membanyakkan puasa dalam bulan Sya’ban, dan bukannya Muharram. Kami telah menyebutkan bahawa terdapat dua jawapan untuk persoalan ini.

أَحَدهمَا : لَعَلَّهُ إِنَّمَا عَلِمَ فَضْلَهُ فِي آخِر حَيَاته ،

Pertama: Boleh jadi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam hanya mengetahui kelebihannya (iaitu kelebihan puasa dalam bulan Muharram) ketika di hujung usianya.

وَالثَّانِي : لَعَلَّهُ كَانَ يَعْرِض فِيهِ أَعْذَار ، مَنْ سَفَرٍ أَوْ مَرَضٍ أَوْ غَيْرِهِمَا .

Kedua: Boleh jadi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak berpuasa kerana keuzuran disebabkan musafir, sakit atau selainnya. [al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, jilid 8, m/s 237-238]

 

BULAN MUHARRAM BULAN ALLAH?

Kenapakah bulan Muharram digelar sebagai bulan Allah ? Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah menghuraikan dalam Lathoif al-Maarif:

وقد سمى النبي صلى الله عليه و سلم المحرم شهر الله واضافته إلى الله تدل على شرفه وفضله فإن الله تعالى لا يضيف إليه إلا خواص مخلوقاته …

Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah. Penisbahannya kepada Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihannya. Sesungguhnya Allah tidak menisbahkan kepada diriNya melainkan makhluk-makhlukNya yang istimewa…

ولما كان هذا الشهر مختصا بإضافته إلى الله تعالى كان الصيام من بين الأعمال مضافا إلى الله تعالى فإنه له من بين الأعمال ناسب أن يختص هذا الشهر المضاف إلى الله بالعمل المضاف إليه المختص به وهو الصيام

Ketika mana bulan ini mendapat status istimewa dengan dinisbahkan kepada Allah, puasa pula merupakan amalan yang dinisbahkan kepada Allah, sesungguhnya puasa adalah milik Allah . Amalan yang mempunyai sifat yang sama dengan keistimewaan bulan ini, iaitu dinisbahkan kepada Allah, ialah puasa. [Lathoif al-Maarif m/s 36]

 

Sumber : Al-kahfi

 

HARI BERPUASA SUNAT MUHARRAM

 

1.Khamis: 8 Muharram ( Hari amalan diangkat).

[HR al-Tirmizi, no. 747]

2. Jumaat: 9 Muharram ( Hari disunatkan puasa sebelum hari ‘Asyura ).

[HR. Muslim: 1134]

3. Sabtu: 10 Muharram ( Hari Asyura, berpuasa pada hari itu diampuni dosa 1 tahun lalu.

[HR. Ibn Majah: 1738]

4. Ahad: 11 Muharram ( Hari dianjurkan puasa selepas hari ‘Asyura ).

[HR. al-Baihaqi: 287]

5. Isnin: 12 Muharram ( Hari amalan diangkat).

[HR al-Tirmizi, no. 747]

6. Selasa: 13 Muharram ( Hari putih pertama: Puasa hari-hari putih iaitu 13,14 dan 15 hijriyah setiap bulan, ganjarannya seperti berpuasa setahun).

[HR. Abu Daud: 2449]

7. Rabu: 14 Muharram ( Hari putih kedua).

8. Khamis: 15 Muharram ( Hari putih ketiga dan hari diangkat amalan).

Baca juga : Lafaz Niat Puasa Ahada Asyura

Jom kita rebut kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan Muharram ni.

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *